Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 8 November 2013

LOGO BAHARU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Reaksi :  

RASIONAL

Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)
Lampiran :
Berikut disertakan surat siaran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia KPM tentang perkara tersebut yang menjelaskan maksudnya tersendiri.

Lampiran : SURAT SIARAN PEMAKLUMAN MENGENAI STATUS PELAKSANAAN BAYARAN INSENTIF SUBJEK PENDIDIKAN


Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukcitanya dimaklumkan bahawa En. Mahyeddin bin Ab. Malik, Pegawai Teknologi Pendidikan, Pusat Kegiatan Guru Bandar Mersing akan menamatkan perkhidmatan beliau pada 8 November 2013 (Jumaat).

Sehubungan itu, Majlis Lambaian Kasih Semarak Budi akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 8 November 2013 (Jumaat)
Masa : 2.30 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama.
Sasaran :

1. Pegawai-Pegawai BTPNJ.
2. Pegawai-pegawai PKG Johor.
3. Pegawai dan Staf PPD Mersing.
4. Pengetua dan Guru Besar
5. Juruteknik-Juruteknik Komputer sekolah-sekolah.
6. Pegawai dan Staf PKG Mersing.

SELAMAT BERSARA.

KENYATAAN AKHBAR

HEBAHAN PENGUMUMAN TEMA UMUM MATA PELAJARAN SEJARAH 3
(1249/3) – CALON SEKOLAH DAN CALON PERSENDIRIAN BAGI PEPERIKSAAN SPM 2013

Semua calon dikehendaki membaca dan meneliti tema umum berikut dan membuat persediaan awal sebelum hari peperiksaan:
Tema UMUM: Malaysia dan Kerjasama Antarabangsa
Sejak mencapai kemerdekaan Malaysia telah menyertai dan bergerak aktif dalam pertubuhan serantau.
Semua calon boleh membuat rujukan daripada pelbagai sumber yang berkaitan dengan tema umum yang diberi sebagai persediaan menjawab soalan bagi tugasan spesifik dalam Sejarah 1249/3.
Makluman lanjut mengenai arahan dan tema umum bagi kertas peperiksaan Sejarah 3 (1249/3) boleh dimuat turun di portal rasmi Lembaga Peperiksaan di alamat www.moe.gov.my/lp bagi membuat persediaan sebelum peperiksaan bertulis SPM 2013 dilaksanakan pada bulan November ini.

SPM dan STPM Tahun 2013

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya kami mengucapkan selamat menduduki SPM dan STPM 2013 kepada anak-anak permata, calon-calon SPM dan STPM 2013 mulai pada 6 Nov. 2013 hingga 5 Disember 2013 dan 6 Nov. 2013 hingga 18 Nov. 2013.
Kami sentiasakan mendoakan yang terbaik buat anda semua.
Buktikan kemampuan dan serlahkan potensi diri anda..
Wassalam.

Lampiran :
Jadual SPM 2013
Jadual STPM Baharu 2013

Makluman Penutupan SPPBS

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa kemasukan prestasi murid ke SPPBS bagi tahun 2013 akan ditutup pada 1 Disember 2013 tanpa perlanjutan tarikh(KP.LP.002.01.01.06.Jld.3(21) Bertarikh 2 Oktober 2013).

Sekian, harap maklum.
Dengan segala hormatnya saya telah diarah merujuk kepada perkara diatas.

Dimaklumkan bahawa Kementerian, Bahagian Sumber Manusia (BPSM) telah mengeluarkan iklan, permohonan atas talian melalui sistem ePangkat.

Sila rujuk dan fahami Panduan dan Langkah-langkah untuk mengakses sistem ini.

Sebarang pertanyaan mengenai perkara diatas boleh dirujuk ke Unit Naik Pangkat, Jabatan Pendidikan Negeri Johor ditalian 07-2311420 atau 07-2311422.

Sekian, terima kasih

Lampiran :
 S.Jbtnms1 (Surat)
 S.Jbtnms2 (Surat)
 S.Bsmms1 (Surat)
 S.Bsmms2 (Surat)
 S.Bsmms3 (Surat)
 CartaAlir (Prosedur)

SURAT ARAHAN / PENGESAHAN KEPADA BANK BERKAITAN CEK AKAUN SEKOLAH

Reaksi :  
Surat-surat dari pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sepertimana dikepilkan untuk rujukan sekolah bagi menyelesaikan isu berkaitan penunaian cek akaun bank sekolah.
Sekian, terima kasih.

Lampiran :
 Surat Bertarikh 06 April 2006 - Lampiran (Lain-Lain)
 Surat Bertarikh 06 April 2006 (Lain-Lain)
 Surat Bertarikh 15 Mei 2006 (Lain-Lain)
 Surat Bertarikh 10 Julai 2013 (Lain-Lain)

Peringatan : 1249/3 : TUGASAN PROJEK SEJARAH KERTAS 3 (TEMA UMUM)

Reaksi :  
Semua Pentadbir Sekolah/Guru/Calon SPM,

TUGASAN PROJEK SEJARAH KERTAS 3 (TEMA UMUM) bagi Kod 1249/3 boleh dicapai dan dimuat turun melalui pautan di Lembaga Peperiksaan Malaysia atau klik ke pautan mudah SINI.
Sumber : Portal Rasmi Lembaga Peperiksaan

TAKLIMAT VERIFIKASI SKPM SEKOLAH RENDAH

Reaksi :  
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat di atas akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 7 November 2013 (Khamis)
Masa : 8.30 hingga 11.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

Sehubungan itu, tuan diminta hadir ke taklimat tersebut. Surat panggilan rasmi telah diedarkan ke peti surat sekolah dan infoblast melalui sms juga telah dihantar ke telefon bimbit masing-masing pada jam 3.25 petang.

Untuk sebarang pertanyaan, tuan bolehlah berhubung terus dengan En. Mohd Fakarudin bin Hussain di talian 07-7991269.

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

BAHAN PROGRAM PERLAKSANAAN PENCEN TERBITAN DAN PERSARAAN 2013

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.


Sehubungan itu bersama-sama ini disertakan bahan rujukan tersebut
Sekian terima kasih.

Lampiran : NOTA_DARI_JPA.zip

ANALISA PENCAPAIAN AUDIT J-QAF 2013

Reaksi :  
Adalah dimaklumkan bahawa masih terdapat sekolah yang BELUM LAGI MENGHANTAR ANALISA PENCAPAIAN AUDIT J-QAF 2013 sebagaimana yang dikehendaki. 

2. Surat bertarikh 4 Oktober 2013 telah diedarkan dan tarikh akhir penghantaran data ialah pada 21 Oktober 2013.

3. Sehubungan dengan itu, mohon tindakan SEGERA menghantar data ke alamat email (upimppdmg@gmail.com)

4. Berikut adalah senarai sekolah yang BELUM MENGHANTAR data seperti di atas:
1. SK BANDAR MERSING
2. SK AIR PAPAN
3. SK PULAU AUR
4. SK PULAU PEMANGGIL
5. SK PULAU SIBU
6. SK PULAU TINGGI
7. SK TENGGAROH 3
8. SK TENGGAROH 5
9. SK TENGGAROH 7
10. SK LEMBAGA
11. SK TANJUNG RESANG
12. SK BANDAR ENDAU
13. SK PUSAT AIR TAWAR
14. SK PENYABONG
15. SK LABUNG
16. SK NITAR 2
17. SK TANAH ABANG
18. SK PETA

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

MAKLUMAT KEDUDUKAN MURID SEPERTI PADA 31 OKTOBER 2013

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk:

2. Data Murid Cicir yang perlu dihantar seperti berikut:

2.1 Lampiran A - Data Murid Cicir Di Sekolah Rendah Sehingga 31 Oktober 2013.

2.2 Lampiran B - Data Keseluruhan Murid Cicir SK Mengikut Tahun Sehingga 
31 Oktober 2013.

2.3 Lampiran C - Data Keseluruhan Murid Cicir Sekolah SJKC 
Mengikut Tahun Sehingga 31 Oktober 2013.

2.4 Lampiran D - Data Keseluruhan Murid Cicir Sekolah SJKT
Mengikut Tahun Sehingga 31 Oktober 2013.

2.5 Lampiran E - Data Murid Warganegara Tanpa Dokumen Sekolah Rendah
Sehingga 31 Oktober 2013.

3. Mohon kerjasama pihak tuan untuk menghantar data tersebut ke PPD Mersing pada atau sebelum 07 November 2013. Pastikan data yang dihantar terkini mengikut format data murid cicir dan murid tanpa dokumen yang boleh dimuat turun di Portal Jabatan Pendidikan Johor mulai 29 Oktober 2013.

Sekian, terima kasih.
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman Tuan, Mesyuarat Ketua Sektor dan Pegawai Pendidikan Daerah (KSPPD) Negeri Johor Bil 2/2013 telah meminta pihak sekolah memberi perhatian terhadap laporan audit yang berkaitan dengan wang peruntukan yang tidak dihabiskan seperti sepatutnya. Mesyuarat juga meminta agar pihak sekolah menggunakan semua peruntukan yang dimohon mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan.

3. Sehubungan itu adalah dingatkan kepada pihak pengurus sekolah supaya mengemaskini buku tunai di dalam Sistem Maklumat Sekolah (SMS) dan memastikan pengurusan kewangan sekolah diurus dengan baik dan berhemah.

Sekian, untuk makluman serta perhatian pihak tuan selanjutnya,

Terima kasih.

Iklan Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih Siswazah Maktab Mahmud

Reaksi :  
( PERMOHONAN MENGISI JAWATAN KOSONG )
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti di bawah ini di Lembaga Maktab Mahmud.
JAWATAN : GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH SISWAZAH
( Bidang Bahasa Arab )
( Bidang Pendidikan Islam )
( Bidang Bahasa Dan Kemanusian )
( Bidang Sains Dan Matematik )
( Bidang Bahasa Inggeris )
KLASIFIKASI             : PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
TARAF JAWATAN     : SANDARAN
GRED ELAUN              : DC41
JADUAL  ELAUN       : P1 Minimum RM 1806.24 – P1 Maksimum RM 3560.08
Sila kemukakan permohonan melalui borang permohonan jawatan yang boleh didapati di Laman Web berikut http://www.lmm.gov.my mulai 27 Oktober 2013 berserta Wang Pos bernilai RM 5.00 dibayar atas nama‘SETIAUSAHA LEMBAGA MAKTAB MAHMUD’
Lihat Portal LMM untuk maklumat lanjut.