Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................


TINDAKAN SEGERA JEMPUTAN WAJIB KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH MERSING KE PROGRAM HARI PROFESSIONALISME PENERAJU PEMBELAJARAN ALAF BARU FROG VLE
Tindakan       : Semua Pengetua / Guru Besar/ GPK1 dan Guru Penyelaras FROG VLE
Tarikh : 14-11-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : Assalamulaikum wbrkth.

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar untuk memuaturun surat panggilan serta lampiran-lampiran yang berkaitan di pautan di bawah serta mengambil tindakan yang sewajarnya.

2. Program tersebut akan diadakan sebagaiman ketetapan berikut :-

Tarikh : Sabtu, 16 November 2013
Tempat : Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ), Skudai, Johor
Masa : 8.30 pagi – 4.30 petang
Perasmian oleh : YB Menteri Besar Johor


3. Mohon kerjasama untuk meneliti butiran arahan surat panggilan serta lampiran yang berkenaan dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

4. Salinan surat yang sama juga boleh didapati dalam peti surat sekolah-sekolah di PPD Mersing.

Sekian hebahan. Terima Kasih.
Link : jpn.moe.gov.my/ppdmersing
Lampiran 1 :   scan0017.pdf
Lampiran 2 :   Surat_PGB_Lampiran.docx
Selasa, 12 November 2013

Pendaftaran Perkataan Berkaitan Istana Dan Kerajaan Johor

Reaksi :  
Adalah dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim sebagaimana surat daripada Setiausaha Sulit Kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Bil. (41) dlm. SUSSJ.001-4/11 bertarikh 01 Oktober 2013, dimaklumkan bahawa apa-apa tindakan untuk pendaftaran (syarikat, persatuan, domain dan sebagainya) yang menggunakan perkataan-perkataan yang boleh dikaitkan dengan institusi DiRaja Johor atau Kerajaan Negeri Johor hendaklah dirujuk terlebih dahulu untuk mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Johor.
3. Antara contoh perkataan-perkataan yang dimaksudkan adalah “DiRaja”, “Tuanku”, “Tunku”, “Johor”, “Sultan”, “Mahkota”, “Istana” dan sebagainya.
4. Tarikh berkuat kuasa mengenai perkara tersebut adalah mulai daripada tarikh surat ini dikeluarkan.
Sekian, terima kasih.
Setiausaha Kerajaan,
Johor
Lampiran : 

HEBAHAN PROGRAM SAMBUTAN HARI INOVASI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2013

Reaksi :  
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Inovasi KPM Tahun 2013 pada 19 November 2013 yang bertemakan "Warga Berinovasi Merealisasi Transformasi". Semua warga KPM dijemput untuk menyertai program-program yang telah dirancang bersempena dengan sambutan Hari Inovasi KPM. Pelbagai hadiah yang menarik disediakan untuk pemenang yang bertuah. Program-program yang telah dirancang adalah seperti berikut:

PROGRAM/ AKTIVITI
TARIKH
LOKASI
Drop Ideas : Innovation Tree
21 Oktober - 8 November 2013
KOMPLEKS E:
§  ØLobi Blok E8
§  ØLobi Blok E12

Lobi Menara 2, Presint 5

Lobi Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya
Soft Launch Program Inovasi
(Pelancaran Drop Ideas : Innovation Tree)
1 November 2013
Foyer Aras 6 Blok E8
Kuiz Inovasi
Setiap hari Isnin dan Jumaat
 (4 siri)1-11 November 2013
(Melalui emel rasmi bermula jam 8.45 pagi sehingga 8.55 pagi)
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) KPM Tahun 2013
18-19 November  2013
Dewan Jamuan Aras 15 Menara 2, Presint 5
Forum Inovasi
19 November 2013
Dewan Jamuan Menara 2, Presint 5
Pameran Inovasi
19 November 2013
Lobi Menara 2, Presint 5
Majlis Hari Inovasi KPM Tahun 2013
19 November 2013
Dewan Za'ba Menara 2, Presint 5


VISI DAN MISI KPM YANG BARU

Reaksi :  
Mesyuarat Susulan Jemaah Menteri Bil.7 / 2013 yang diadakan pada 27 September 2013 telah membuat pemilihan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang baru.

Visi dan misi KPM yang baru adalah seperti berikut:-
VISI
"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"
MISI
"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Isnin, 11 November 2013

TAKLIMAT PASCA KEPUTUSAN UPSR 2013

Reaksi :  
Tindakan : Guru Besar SK, SJK dan SABK

Assalamu alaikum

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan iaitu keputusan Peperiksaan UPSR 2013 akan dimaklumkan dan diserahkan kepada tuan sepertimana ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 14 November 2013
2.2 Masa : 8.30 Pagi
2.3 Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

3. sehubungan itu, tuan dijemput hadir ke taklimat tersebut. Mohon bawa bersama-sama pendrive dan laptop untuk menerima taklimat sistem pengisian data bagi keputusan UPSR 2013. Kerjasama yang tuan berikan adalah amat dihargai.

Sekian. terima kasih
Saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Bersama-sama ini disertakan surat Jabatan bil.JPNJ/AKN/(40)/400-2/1/13/1 Jld.2(20) bertarikh 1 November 2013, yang jelas maksudnya untuk tindakan tuan/puan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Lampiran : maklumat_espkws.pdf
Assalmualaikum dan Salam Satu Malaysia

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan satu taklimat berkaitan dengan PAJSK telah dirangka bagi tujuan melatih semua Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Rendah sebagai Jurulatih sekolah masing-masing dan berkeupayaan untuk menjadi Jurulatih Utama Daerah (JUD). Oleh itu, satu taklimat akan diadakan seperti ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 19 November 2013
2.2 Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
2.3 Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing
2.4 Keperluan : Komputer riba, Broadband, Extension Wire.

3. Sehubungan itu, tuan diemput hadir. Kerjasama tuan amat dihargai.
Sekian terima kasih
Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan PPD Daerah akan mengadakan program diatas seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 dan 13 Nov 2013
Masa: 8.30 am hingga 5.00 pm
Tempat : Dewan PPD, SMK Taman Kluang Barat, Kluang
Peserta : Pengetua Sekolah Daerah Mersing, Batu Pahat dan Kluang

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan, terima kasih.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa bengkel ini akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh  14 November 2013 (Khamis)
Tempat :  Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

2.  Mohon kerjasama pihak sekolah agar membenarkan Guru Penyelaras LINUS Bahasa Inggeris Tahun Satu untuk hadir ke bengkel tersebut.  Sila bawa bersama:
- Komputer riba
-  Broadband
-  Extension wire
-  Maklumat murid Tahun 1 mengikut konstruk yang dikuasai
-  Format tapak pelaporan yang telah lengkap mengikut data NKRA ( Sila dapatkan tapat kersebut daripada Penyelaras LINUS sekolah masing-masing).

3.  Surat panggilan bengkel telah diedarkan ke semua sekolah rendah.  Sila tepati masa perbengkelan.

p/s  JU daerah sila hadir.

Terima kasih.

Lampiran:Surat_Panggilan_Bengkel_LINUS_LBI.jpg