Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 18 Disember 2013

Majlis Pengumuman Keputusan PMR 2013 Negeri Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan majlis tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Disember 2013 (Khamis)
Masa : rujuk lampiran
Tempat : Dewan Seminar, Ting. 6, JPN Johor.

Sehubungan dengan itu, Pengetua-Pengetua berikut dikehendaki hadir dan turut serta dalam majlis tersebut.

1. SM Arab AlKhairiah Mersing
2. SM Sains Sultan Iskandar Mersing
3. SMK Sri Mersing
4. SMK Mersing
5. SMK Anjung Batu
6. SMK Nitar


Pemberitahuan Sesi Persekolahan 2014 Sekolah-Sekolah Negeri Johor

Reaksi :  


Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan dengan penjumudan jawatan Juruteknik berikutan perubahan skop fungsi dan pengiktirafan sijil politeknik setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, dan skop tugas skim perkhidmatan Juruteknik dalam bidang kejuruteraan, seni bina dan ukur bahan akan diambil alih oleh skim perkhidmatan Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina dan Penolong Juruukur Bahan. Semua Juruteknik yang telah dilantik secara tetap akan ditawarkan opsyen pertukaran pelantikan berdasarkan bidang pengkhususan ke skim perkhidmatan Penolong Jurutera, Penolong Pegawai Seni Bina atau Penolong Juruukur Bahan di Gred JA29.

3. Sebagai persediaan awal, bersama-sama ini disertakan surat JPN.PKHD(26) 100-3/8(13) dan LAMPIRAN C yang perlu dilengkapkan oleh tuan/puan dan kemukakan ke jabatan ini sebagaimana NOTA yang tercatat di lampiran tersebut sebelum atau pada 20.12.2013 untuk tindakan selanjutnya.

Lampiran :
http://moe.gov.my/jpnjohor
Surat.pdf
Lampiran_C.xls

INSTALLER SISTEM ANALISIS PMR SEKOLAH 2013

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Merujuk perkara diatas

2. Sukacita dimaklumkan kepada semua Pengetua dan Setiausaha Peperiksaan PMR 2013, mohon untuk memuat turun Installer Aplikasi PMR 2013 kosong untuk kemudahan mengimport data peperiksaan PMR 2013 pada 19 Disember 2013 di Bilik Mesyuarat PPD Mersing.

Kerjasama daripada tuan amat dihargai

Sekian, terima kasih

Lampiran : PMR_Sek_2013.rar
Selasa, 17 Disember 2013

KEBENARAN KUTIPAN TAMBAHAN PERSEKOLAHAN UNTUK MURID TAHUN 2014

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.Merujuk Surat Pekeliling Kewangan Bil.7/2012 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, sekolah-sekolah hendaklah mendapatkan kelulusan bagi setiap kutipan bayaran berikut daripada Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru:

2.1Bayaran Tambahan Untuk Murid Bukan Warganegara.

(RM 24.50 untuk sekolah rendah dan RM 33.50 untuk sekolah menengah)

2.2Bayaran Majalah Sekolah.
2.3Bayaran Asrama.

3.Setiap permohonan (perlu disediakan secara berasingan dalam 3 salinan) berdasarkan format permohonan sedia ada dan telah disahkan oleh Guru Besar/Pengetua, diakui oleh YDP Persatuan Ibu Bapa dan Guru berserta minit Mesyuarat Agung/ AJK PIBG 2013. Setiap permohonan perlu diserahkan melalui Pejabat Pendidikan Daerah Mersing (UP: Pegawai Perhubungan Daerah) pada atau sebelum 04 Disember 2013 untuk dikemukakan kepada Penolong Pendaftar di Jabatan Pendidikan Negeri Johor bagi tujuan kelulusan.

Sekian, terima kasih

RAYUAN KEMASUKAN KE SEKOLAH KAWALAN, KELAS RANCANGAN KHAS DAN KELAS ALIRAN AGAMA

Reaksi :  
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan kemasukan ke program di atas boleh mula diperolehi/ disemak di sekolah pada 18 Disember 2013 atau di laman sesawang www.apdm.moe.gov.my.

Bagi mereka yang tidak berjaya, Borang Rayuan boleh diperolehi secara percuma di PPD Mersing mulai 18 Disember 2013.

Tarikh tutup rayuan adalah pada 26 Disember 2013.

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan.

TAKLIMAT PENGURUSAN ANALISIS DATA PEPERIKSAAN PMR 2013

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diserahkan kepada sekolah-sekolah melalui tuan sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Disember 2013
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing

3. Mohon Kerjasama tuan, membawa bersama-sama SU PMR untuk membuat analisis pencapaian calon-calon PMR 2013.

Sekian, terima kasih
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan dengan keputusan kerajaan mengenai pertukaran pelantikan pegawai dalam skim perkhidmatan jumud ke skim perkhidmatan yang berkuat kuasa, kerajaan telah bersetuju supaya pegawai dalam skim perkhidmatan jumud ditukar lantik ke skim perkhidmatan berkuat kuasa yang bersesuaian supaya pegawai boleh terus berkhidmat memberi sumbangan kepada perkhidmatan awam.

3. Diantara jawatan-jawatan jumud yang dikenalpasti di Jabatan Pendidikan Johor, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang akan ditawarkan untuk ditukar lantik ialah:

3.1. Tukang Masak/Penolong Dapur (N1, N4)

3.2. Jaga (R1, R4)

4. Sebagai persediaan awal, bersama-sama ini disertakan Surat JPNJ.PKHD(26)100-3/8(14), LAMPIRAN D dam LAMPIRAN E yang perlu dilengkapkan oleh tuan/puan dan kemukakan ke jabatan ini sebagaimana NOTA yang tercatat di lampiran tersebut sebelum atau pada 20.12.2013 untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Lampiran : 
Surat.pdf
Lampiran_D.xls
Lampiran_E.xls
Tuan,

Bersama-sama ini dipaparkan surat JPNJ/PTK(45)/500-3/4/8 Jld.4(50)bertarikh 6 Disember, 2013 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya. Mohon kerjasama tuan untuk menyebarluaskan kepada kakitangan di sekolah tuan.

Sekian, segala kerjasama yang tuan berikan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Lampiran : Jadual_Peperiksaan.PDF

PEKELILING AM PROTOKOL PENGIBARAN BENDERA

Reaksi :  
Tuan,

Bersama-sama ini dipaparkan surat JPNJ.PP(31)/100-5/3/1(70)bertarikh 3 Disember, 2013 yang dengan sendiri menerangkan maksudnya. 

Sekian, segala kerjasama yang diberikan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Lampiran : Pekeliling.PDF
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa keputusan permohonan ke SK/ KRK/ KAA bagi sesi persekolahan tahun 2014 boleh disemak mulai 17 Disember 2013 melalui sistem APDM. 
Untuk sebarang pertanyaan, tuan boleh berhubung dengan PPPD Menengah (Murid), En. Mohd Fakarudin bin Hussain di talian 07-7982741.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu surat Jabatan PKHD/26/500-1/115(3) Bth: 25 November 2103 adalah berkaitan.

Mohon kerjasama tuan/puan untuk mengemukakan perakuan Tanggungkerja mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Sekian terima kasih.

Lampran : 2316.pdf

MAKLUMAN: PERTUKARAN SETARA GURU PENOLONG KANAN SEKOLAH RENDAH DAERAH MERSING.

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa pertukaran tersebut adalah seperti berikut :-

1. En Khairuddin bin Yaacob - Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK SK Sawah Dato PPPLD DGA34 Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sri Mersing.

2. Pn Haslina binti Abd Hamid - Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tenggaroh 3, PPPLD DGA32 ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Sawah Dato Mersing.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 16 November 2013.

3. Pn Hairani binti Pon PPPLD Gred DGA34 Secara Time Based Berasaskan Kecemerlangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tenglu , Mersing ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah yang sama.

4. Pn Zaleha binti Hasin PPPLD DGA34 Secara Time Based Berasaskan Kecermerlangan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK LKTP Tenggaroh 2, Mersing ditukarkan sebagai Guru Penolong Kanan Kokurikulum SK Tenglu , Mersing.

Pertukaran ini berkuatkuasa pada 1 Disember 2013.

Sekian terima kasih.
Tindakan       : PENGETUA / GURU BESAR / SEMUA JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 SEKOLAH-SEKOLAH / PKG DAERAH MERSING
Tarikh : 17-12-2013
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat : MESYUARAT PERANCANGAN 2014 ( PENYELARASAN SKT/ FAIL MEJA / LOG TUGASAN HARIAN) BAGI JURUTEKNIK KOMPUTER FT17 SEKOLAH-SEKOLAH / PKG DAERAH MERSING

Merujuk kepada perkara di atas, mesyuarat perancangan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut:-

Tarikh / Hari : 19 Disember 2013 ( Khamis )

Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat : Bilik Seminar, PKG Bandar Mersing

2.. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua Pengetua/Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat adalah dipohon untuk memberi kebenaran dan pelepasan kepada Juruteknik Komputer sekolah masing-masing untuk hadir ke mesyuarat perancangan tersebut.

3. Tuntutan perjalanan tuan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan digalakkan berkongsi kereta.

Kerjasama tuan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.


# Surat rasmi panggilan mesyuarat boleh dimuaturun dari pautan di bawah.
Lampiran 1 :   MesyJTK20140001.pdf