* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 30 Disember 2014

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

Reaksi :  
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 DAN TINGKATAN 4 ASRAMA 1MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2015

Sukacita dimaklumkan permohonan kemasukan murid Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Asrama 1Malaysia (A1M) dibuka mulai 15 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015.
Permohonan kemasukan ke A1M kepada semua murid bumiputera dan bukan bumiputera yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan di seluruh negara.
Murid-murid  yang terpilih ke A1M akan ditempatkan di salah sebuah sekolah berikut:
ASRAMA 1MALAYSIA
NAMA SEKOLAH
A1M Kuala Lumpur
SMK Victoria, Kuala Lumpur
lelaki sahaja
SMK (L) Methodist,  Kuala Lumpur
lelaki sahaja
SMK St John, Kuala Lumpur
lelaki sahaja
SMK Sentul Utama, Kuala Lumpur
lelaki sahaja
A1M Johor
SMK (P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, Johor
perempuan sahaja
A1M Sabah
Maktab Sabah, Kota Kinabalu, Sabah
lelaki & perempuan
A1M Sarawak
Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Miri, Sarawak
lelaki & perempuan
Syarat-syarat permohonan memasuki A1M adalah seperti berikut:
SYARAT – SYARAT PERMOHONAN
  1. Terbuka kepada semua WARGANEGARA MALAYSIA sahaja yang akan ke tingkatan 4 pada 2015.
     
  2. Pendapatan keluarga pada tahap rendah atau sederhana.
     
  3. Aktif dalam kokurikulum dan sukan.
     
  4. Pencalonan hendaklah dibuat oleh PENTADBIR di sekolah semasa di mana pemohon belajar.
     
  5. Pemohon hendaklah tidak terikat dengan Program Khas yang lain (Projek Sukan, Kelas Rancangan Khas dan Kelas Aliran Agama).
     
  6. Calon yang menerima tawaran ke Asrama 1Malaysia mesti bersekolah di sekolah yang ditawarkan di dalam pakej Asrama 1Malaysia. Sekiranya murid keluar daripada Asrama 1Malaysia, pihak sekolah berhak menukarkan murid ke Sekolah Menengah Semasa murid memohon.
     
  7. Permohonan kemasukan ke A1M Sabah dan Sarawak hanya bagi pemohon dari negeri berkenaan sahaja manakala pemohonan ke A1M Kuala Lumpur dan A1M Johor bagi pemohon dari Semenanjung Malaysia sahaja.
     
  8. Setiap permohonan hendaklah disertakan SATU salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut :
  1. Sijil lahir pemohon / kad pengenalan                       
  2. Keputusan UPSR (Bagi permohonan ke Tingkatan 1) Atau Keputusan PT3 2014  (Bagi permohonan ke Tingkatan 4)            
  3. Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/pengesahan ketua kampung atau penghulu sekiranya tiada slip gaji
  4. Salinan kenyataan/sijil kokurikulum 2014
  5. Salinan sijil-sijil aktiviti akademik/kokurikulum
  1. Keputusan Jawatankuasa Pemilihan adalah MUKTAMAD.
Permohonan yang berjaya akan dimaklumkan melalui surat.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar oleh pihak sekolah terus ke Bahagian Pengurusan Sekolah Harian selewat-lewatnya pada 28 Januari 2015.
Klik untuk muat turun borang permohonan

Sila klik pautan di bawah untuk maklumat lanjut berkenaan Asrama 1Malaysia
http://www.moe.gov.my/v/Asrama-1Malaysia-AH

APLIKASI KEMASUKAN 10% MARKAH KOKURIKULUM SPM,STPM, STAM TAHUN 2014.

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa kemasukan markah kokurikulum ke dalam Aplikasi Penilaian 10% Markah Kokurikulum untuk pelajar SPM,STPM, STAM tahun 2014  boleh dilakukan bermula 15 Disember 2014 sehingga 31 Januari 2015.

Sumber : Portal Rasmi KPM
TEKS UCAPAN PERASMIAN
 DATO'  SERI IDRIS BIN JUSOH
 MENTERI PENDIDIKAN II
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DI SEMINAR KEBANGSAAN
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT 2014
PADA 1 DISEMBER 2014 (ISNIN) JAM 9.00 PAGI
DI DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC
 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
 Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
 YBhg Dato’ Seri Ir. Dr Zaini Ujang
Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
YBhg Prof Emeritus Tan Sri Anuwar Ali
Presiden/Naib Canselor, Open University Malaysia (OUM)
Dif-dif Jemputan
Pegawai-pegawai Tertinggi KPM dan OUM
Para Pembentang Kertas Kerja
Wakil-wakil Media
Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian.

(PENDAHULUAN)
  1. Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurniaNya, kita dapat berhimpun pada hari ini sempena perasmian Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014.
  2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan syabas atas kejayaan penganjuran seminar peringkat kebangsaan ini hasil daripada kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Open University Malaysia.
  3. Pergandingan bahu di antara pihak Kerajaan dengan pihak universiti seperti ini amat diperlukan dalam membangunkan modal insan Malaysia.
 (PSH: EMPLOYMENT-EMPOWERMENT-ENJOYMENT)
  1. Kemajuan negara bergantung kepada ciri-ciri kecemerlangan yang ada pada rakyatnya. Modal insanbertindak sebagai penggerak kepada pembangunan.
  2. Menurut kepada Teras Kedua Misi Nasional yang dimuatkan di dalam Rancangan Malaysia ke-9,ditegaskan bahawa kejayaan negara bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki.
  3. Cabaran-cabaran seperti perubahan pengetahuan ekonomi global, perkembangan teknologi yang pantas serta persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaan mendesak kita supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada.
  4. Dalam hal ini, Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) berperanan besar dalam menggilap kemampuan dan mencapai kegemilangan.
  5. Menurut kajian, kepentingan PSH dikenalpasti melalui konsep ‘The Three Es’ iaitu employment (pekerjaan),empowerment (pemerkasaan) dan enjoyment (keseronokan).
  6. Employment. Di Jepun, kesedaran tentang kepentingan PSH menyebabkan tercetus fenomena ‘employability fever’ pada awal tahun 2000. Telah dilaporkan bahawa seorang jurutera Jepun berumur 34 tahun mengumpul lebih 50 sijil kemahiran sebagai ‘job protection’.
  7. Di China, seorang ahli fizik komputer bernama Wang Zhen telah mengikuti lebih 40 program MOOC(Massive Open Online Learning). Beliau telah mengambil kursus dalam Big Data untuk membolehkannya mencari pekerjaan baru mengikut keperluan pasaran semasa.
  8. Empowerment. Pembudayaan PSH memberi peluang kepada rakyat memperkasakan diri. Sebagai contoh, inisiatif Accreditation of Prior Experiential Learning atau APEL membolehkan rakyat melanjutkan pendidikan ke institusi pengajian tinggi dengan menggunakan pengalaman pekerjaan sebagai kelayakan kemasukan. Ini bukan sahaja membolehkan rakyat meningkatkan ilmu, tetapi juga meningkatkan kualiti kehidupannya dalam jangka masa panjang. 
  9. Enjoyment. Ramai antara kita mencintai ilmu. Ramai juga golongan yang telah pencen dan ingin mencari ilmu dan kemahiran baru untuk kepuasan diri. Kursus-kursus PSH yang ditawarkan di Kolej Komuniti seperti memasak kek kukus (Gula hangus), jahitan kreatif (jahitan tudung 2 lapisan, tudung lycra bertingkat), membuat Powerpoint professional dan sebagainya tersedia untuk dimanfaatkan rakyat. 
  10. Para hadirin yang dihormati, PSH adalah sebahagian daripada proses pendemokrasian pendidikan yang merangkumi program menjana pengetahuan, kemahiran dan kompetensi. Ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia dalam melaksanakan penambahbaikan kepada sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra sekolah hinggalah ke tertiari, termasuk vokasional.
  11. Menjelang tahun 2020, unjuran penduduk Malaysia adalah seramai 34.2 juta dan golongan pekerja yang berada dalam lingkungan umur antara 15 hingga 64 tahun adalah seramai 26.2 juta orang. 
  12. Golongan pekerja inilah yang perlu kita mahirkan melalui PSH.
  13. Sebahagian besar tenaga kerja di negara ini terdiri daripada kelompok yang tidak berkemahiran tinggi dan jika tidak dipertingkatkan, kita akan terpaksa menerima lebih ramai tenaga mahir dari luar yang sekaligus merencatkan usaha pembangunan tenaga kerja yang mahir dan berkualiti di kalangan rakyat.
  14. Pelaksanaan PSH juga mustahak kerana ia dapat memastikan kesaksamaan sosial dalam struktur masyarakat tanpa mengira tempat. Masyarakat di luar bandar, yang mungkin selama ini kurang menikmati taraf kehidupan seperti di bandar, boleh berusaha memperbaiki taraf kehidupan melalui PSH.
  15. Oleh itu, PSH merupakan wadah terbaik bagi meningkatkan lagi potensi seseorang individu dan Rakyat Malaysia perlu disedarkan tentang penyemaian budaya ilmu yang boleh diterokai tanpa batasan usia, masa, mahupun tempat. 
 (PENDIDIKAN ISLAM SEPANJANG HAYAT) 
  1. Untuk Makluman hadirin sekalian jua, pelaksanaan PSH telah diperluaskan melalui inisiatif Pendidikan Islam Sepanjang Hayat (PISH) iaitu hasil cetusan idea YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap di Perhimpunan Agung UMNO pada bulan Oktober 2013. 
  2. Beliau telah menyarankan agar PISH ini dijadikan satu dasar utama Negara dan telah melancarkan inisiatif PISH pada 5 April 2014 bertempat di Kolej Komuniti Ledang, Johor.
  3. Kewujudan PISH adalah satu inisiatif yang menggabungkan latihan kemahiran dan pendidikan agamademi membentuk masyarakat yang berilmu, mempunyai nilai, beriman dan bertakwa yang menjamin kesejahteraan dalam kehidupan.
  4. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Nabi Muhammad telah bersabda yang bermaksud: "Menuntut ilmu adalah wajib ke atas tiap-tiap orang Islam."
  5. PISH menggabungkan konsep Ukhrawi dan Duniawi:
  1. Bagi konsep Ukhrawi, PISH memberikan kesinambungan Pendidikan Islam yang berterusan kepada setiap lapisan masyarakat seperti golongan lepasan sekolah menengah, belia tercicir, pelajar dan komuniti setempat. 
  2. Manakala bagi konsep Duniawi pula, PISH memberikan ilmu kemahiran dan keusahawanan kepada pelajar tahfiz, pelajar sekolah pondok, pelajar maahad, belia dan komuniti.
  1. Program PISH dilaksanakan berasaskan Strategi Lautan Biru (BOS), iaitu mengambilkira saranan Kerajaan untuk mengamalkan langkah perbelanjaan berhemah dan perkongsian sumber sedia ada secara optimum.
  2. Sehubungan itu, saya mencadangkan satu Seminar Kebangsaan PISH dianjurkan bersama dengan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti pada tahun hadapan 2015 untuk membincangkan pelaksanaan PISH serta strategi PISH bagi mendekati belia dan rakyat jelata dalam melengkapi diri secara holistik dalam aspek perkembangan kendiri dan kemahiran hidup secara Islam.
(PENUTUP) 
  1. Mesej utama Seminar ini, pada pendapat saya, ialah proses pencarian ilmu patut dijadikan seperti penerokaan yang tidak bernoktah.
  2. Justeru, Seminar ini diharapkan dapat menjadi platform yang berkesan dalam membudaya dan memperkasakan PSH di kalangan warga Malaysia, khususnya golongan yang sudah berkerjaya.
  3. Saya berkeyakinan Seminar ini yang bertemakan Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai Tonggak Ketiga Pembangunan Modal Insanmampu memberikan impak yang besar dalam menyokong dan meningkatkan taraf kompetensi tenaga kerja negara.
  4. Sememangnya transformasi ke arah budaya PSH adalah selari dengan dasar Malaysia yang ingin menjadi negara maju dan melahirkan generasi yang berilmu, berkebolehan dan berkemampuan.
  5. Ucapan tahniah dan tahniah dirakamkan kepada para pembentang kertas kerja, dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Seminar.
  6. Saya juga mendoakan agar segala usaha murni menjadikan PSH sebagai budaya di kalangan rakyat akan terus cemerlang demi kemakmuran negara.
  7. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan sukacitanya merasmikan Seminar Kebangsaan Pembelajaran Sepanjang Hayat 2014. 
Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum WBT.

KENYATAAN AKHBAR : BILANGAN KEANGGOTAAN LEMBAGA PENGELOLA SEKOLAH (LPS)

Reaksi :  

ARAHAN PERTUKARAN PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Reaksi :  
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Cik Ainul Hayati binti Ab Raof, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG48 memangku Gred DG52 telah melapor diri di PPD Mersing dan bertugas sebagai Pengetua SMK Nitar (JEA4036), Mersing, Johor mulai 28 Disember 2014.

Pihak kami mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kepulangan puan ke daerah Mersing bagi meneruskan legasi pendidikan. Semoga pengurusan sekolah di bawah pentadbiran puan akan terus cemerlang dan seterusnya merealisasikan slogan Mersing Hebat.

Sekian, untuk makluman.


Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

PENEMPATAN DAN PERGERAKAN GURU BESAR/ PK. DAERAH MERSING DIS. 2014

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dimaklumkan penempatan dan pergerakan yang dimaksudkan:

1. Ahmad bin Awang -PK Kokurikulum SK Sinar Bahagia,Kulaijaya dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Pemanggil, Mersing
2. Nordin bin Abd Rahman - PK Pentadbiran SK Ayer Manis,Kulaijaya dilantik sebagai Guru Besar SK Pulau Aur, Mersing
3. Abd Rashid bin Amat - PK Kokurikulum SK Tmn Cahaya Masai,P.Gudang dilantik sebagai Guru Besar di SK(Felda) Tenggaroh 1,Mersing
4. Rosni bte Kassim - PK HEM SK Bandar Seri Alam,P.Gudang dilantik sebagai Guru Besar di SK(Felda)Tenggaroh 7, Mersing
5. Miskiah bte Jalaludin - PK Pentadbiran SK Desa Cemerlang,P.Gudang dilantik sebagai Guru Besar SK(Felda)Tenggaroh 2,Mersing
6. Rohani bte Ghaper - Guru Besar SK(Felda)Tenggaroh 7, digerakkan ke SK(Felda) Nitar 2,Mersing dengan jawatan yang sama.
7. Lukman bin Yunus - GAB SK(Felda)Tenggaroh 5, dilantik sebagai PK Kokurikulum di SK(Felda)Tenggaroh 1,Mersing.

enempatan secara hakiki dan pergerakan ini berkuatkuasa mulai 1 Disember 1014 dan
16 Disember 2014.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

PELAKSANAAN PROGRAM BAHASA MALAYSIA TAHUN 2015

Reaksi :  
Assalamu alikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa JPN Johor terus berusaha untuk meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Malaysia di semua SR dan SM dalam negeri Johor.

Sehubungan dengan itu, tuan.puan PERLU MEMASTIKAN semua program BM yang tersenarai pada lampiran dilaksanakan di peringkat sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

Lampiran : 

Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing
Isnin, 29 Disember 2014

Kriteria Aliran Sains Tingkatan Empat Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan kriteria berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran :
Kertas_Makluman_Kriteria_Aliran_Sains__PT3_18.12.14.pptx
LP-KM_KRITERIA_ALIRAN_SAINS-TKT4_PT3_18.12.14.pdf
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR

Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.
Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;
a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan
b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.
Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.

Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014
Isnin, 15 Disember 2014

PERGERAKAN SETARA GURU BESAR DAERAH MERSING DISEMBER 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Berikut adalah pergerakan yang dimaksudkan :

1. En. Rafie b. Dali, Guru Besar SK Sri Mersing bertukar ke SK(FELDA) Ulu Penggeli Kluang 

2. Pn. Sabihah bt.Sapuan, Guru Besar SK Sri Pantai bertukar ke SK Sri Mersing
3. Pn. Azimah bt. Md Zin, Guru Besar SK Tenggaroh 1 bertukar ke SK Sri Pantai
4. En. Abd. Razak b. Husain, Guru Besar SK Penyabong bertukar ke SK Nitar 1
5. En. Shamsudin b. Othman, Guru Besar SK Nitar 1 bertukar SK Penyabong

Pertukaran tersebut berkuatkuasa pada 01 Disember 2014.

Sekian untuk makluman, terima kasih.

PERTUKARAN SETARA GURU PENOLONG KANAN DAERAH MERSING

Reaksi :  
Assalamu a"laikum.dan Salam Mahabbah.

Berikut adalah pertukaran dan perlantikan yang dimaksudkan :

1. Azizah bte Abd Hamid GPK Pentadbiran SK Tenggaroh 6 bertukar ke SK Kem Iskandar sebagai GPK HEM.


2. Noor Alina bte Mohd Noor GPK Pentadbiran SK Tenggaroh 1 bertukar ke SK Tenggaroh 6 sebagai GPK Pentadbiran.


3. Md Razif bin A Razak GPK HEM SK Tenggaroh 1 dilantik sebagai GPK Pentadbiran 
di sekolah yang sama.


4. Siti Mariam bte Masran GPK Kokurikulum SK Tenggaroh 1 dilantik sebagai GPK HEM
di sekolah yang sama.


5. Lukman bin Yunus GAB SK Tenggaroh 5 dilantik sebagai GPK Kokurikulum di SK
Tenggaroh 1


Pertukaran dan Penempatan Secara Hakiki ini berkuatkuasa mulai : 1 Disember 2014.
Sekian untuk makluman. Terima kasih.
Khamis, 4 Disember 2014

PENEMPATAN PEMANGKUAN PEGAWAI KANAN PERKHIDMATAN PENDIDIKAN

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa EN. SUHAIMI BIN ISMAIL, PPPD Gred DG48, PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SMK Anjung Batu (JEA4038), Johor ditempatkan sebagai PENGETUA, SMK Felda Tenggaroh (JEA4034) Johor memangku Gred DG52 dengan dibayar elaun memangku.

Tarikh berkuatkuasa pemangkuan ini ialah mulai 1 Disember 2014.

Pihak kami mengucapkan tahniah dan syabas di atas pelantikan ini dan berharap agar daerah Mersing akan lebih cemerlang dalam merealisasikan slogan MERSING HEBAT.

Bengkel Kerja Pembelajaran Abad ke 21 Pengetua Negeri Johor 2014

Reaksi :  
Kepada :

Guru Besar
SMK Sri Mersing

SMK Anjung Batu
SMK Ungku Husin
SMK Tan Sri Abdul Kadir
SMK Nitar
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan bengkel berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 9 Disember 2014 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Semiar, Aras 6, JPN Johor
Sasaran : Pengetua, GPK1 dan 3 orang Guru Penyelaras Pemb. Abad ke 21

Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
Surat Panggilan.pdf

Bengkel Kerja Pembelajaran Abad ke 21 Guru Besar Negeri Johor 2014

Reaksi :  
Kepada :

Guru Besar
SK Seri Pantai
SK Pulau Sibu
SK Teluk Lipat
SJKC Pai Chee
SJKC Kg. Hubong

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan bengkel berkenaan seperti butiran berikut :

Tarikh : 7 Disember 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Savannah Hill, Ulu Tiram, Johor
Sasaran : Guru Besar, GPK1 dan 3 orang Guru Penyelaras Pemb. Abad ke 21

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan.pdf
Ahad, 30 November 2014

PERINGATAN MESRA : DIALOG PRESTASI PPD MERSING BIL 11/2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah. Sukacita diingatkan bahawa Dialog Prestasi PPD Mersing Bil 11/2014 akan dijalankan pada 1 Disember 2014 (Isnin) bertempat di Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Fokus utama dialog ini adalah untuk mendapatkan punca kepada prestasi UPSR sekolah tuan serta program yang telah sekolah laksanakan. Mohon bersedia dengan maklumat yang diperlukan agar sesi dialog dapat berjalan dengan lancar.

Di samping itu, mohon tuan bersedia dengan data bagi murid Tahun 5, 2014 yang akan melangkah ke Tahun 6 pada 2015. Data yang dimaksudkan adalah TOV dan ETR (cemerlang, menguasai, GPMP dan GPS) secara keseluruhan dan bagi 4 mata pelajaran utama. 
Mohon serahkan hardcopy kepada Pn Olly Rozita bt. Mohamad Zain semasa sesi pendaftaran yang akan bermula jam 9.00 pagi.

Agenda dialog :

9.00 hingga 9.30 pagi (Pendaftaran dan minum pagi)
9.30 pagi - 1.00 ptg (Sesi dialog dijalankan)
1.00 - 2.00 ptg (Makan tengah hari)
2.00 - 4.30 ptg (Sesi khas dengan GB SK peta dan SK Tanah Abang)

Sekian, terima kasih.
Sabtu, 29 November 2014

Pencapaian UPSR 2014 - Satu Ulasan

Reaksi :  
36,304 dapat semua A dalam UPSR 2014, pencapaian keseluruhan menurun.

Pencapaian keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 menurun sebanyak 0.02 Gred Purata Nasional (GPN) daripada tahun 2013.
GPN pada 2013 ialah 2.27 mata manakala GPN tahun ini 2.29 mata. Nilai GPN lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof semasa mengumumkan analisis keputusan UPSR di kementerian itu di Putrajaya, berkata calon yang mendapat keputusan cemerlang semua gred A tahun ini ialah sebanyak 36,304 orang.
Jumlah itu ialah 7.89% daripada 460,407 calon yang menduduki peperiksaan.
Pencapaian itu juga menurun sebanyak 1.26% berbanding 2013 yang mencatatkan 42,646 calon mendapat keputusan cemerlang semua gred A, katanya.
Di Sarawak, sebanyak 1,862 calon berjaya mencapai keputusan cemerlang A dalam semua mata pelajaran yang diduduki mereka, menurun 0.08% berbanding 1,916 orang pada tahun lepas.
Pengarah Pendidikan Negeri Serina Sauni berkata jumlah sekolah mencatat pencapaian 100% kelulusan bagaimanapun meningkat kepada 116 sekolah berbanding 84 sekolah tahun lepas.
Sementara itu, di Terengganu, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Mohammed Embong berkata pencapaian GPN negeri meningkat sebanyak 0.06 mata iaitu 2.14 berbanding 2.20 pada 2013, dan jumlah ini mengatasi pencapaian peringkat nasional sebanyak 2.29.
Bagaimanapun jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang semua A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.90% atau 476 calon berbanding tahun lepas.
Tahun ini hanya 2,563 pelajar daripada 21,099 iaitu 12.10% yang berjaya memperolehi semua A berbanding 3,039 pelajar tahun lepas, katanya semasa mengumumkan analisis keputusan UPSR negeri itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu di Kuala Terengganu.
"Berdasarkan analisis yang dibuat, faktor utama penurunan pencapaian calon mendapat semua A adalah disebabkan oleh pencapaian mata pelajaran Sains yang 1,286 orang atau 55.70% murid gagal mendapat A, bermakna mereka memperoleh 4A 1B," katanya.
Sementara itu, 49 daripada 377 sekolah di negeri itu berjaya memperoleh peratus semua A, dengan Sekolah Kebangsaan Bukit Tadok, Hulu Terengganu merupakan sekolah terbaik berdasarkan nilai Gred Purata Sekolah (GPS) sebanyak 1.23, katanya.
"Bagaimanapun, pencapaian keputusan UPSR pada tahun ini adalah terbaik dalam tempoh 14 tahun daripada segi pencapaian Baik (minimum C bagi semua mata pelajaran) dan menunjukkan peningkatan pencapaian Gred Purata (GP)," katanya,
Di Kelantan, pencapaian keputusan UPSR mencatatkan pencapaian membanggakan apabila mendapat GPN sebanyak 2.16 mata.
Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan Ab Aziz Abdullah berkata pencapaian GPN negeri itu menyamai pencapaian tahun lepas.
Sebanyak 3,600 calon negeri atau 11.15% daripada 31,987 calon yang menduduki UPSR tahun ini, memperoleh A bagi semua mata pelajaran yang diambil, katanya pada majlis pengumuman keputusan UPSR negeri itu di Kota Baru.
Di Perak, sebanyak 2,847 atau 7.6% daripada 37,479 murid yang menduduki UPSR lulus cemerlang dengan memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
Pengarah Pendidikan Negeri, Mohd Idris Ramli berkata peratusan calon yang mencapai keputusan cemerlang itu bagaimanapun mengalami sedikit penurunan berbanding 8.49% tahun lepas.
Di Negeri Sembilan, sebanyak 1,833 atau 10.5% daripada 17,510 calon yang menduduki UPSR 2014 mencapai keputusan penuh 5A atau 7A.
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Pkharuddin Ghazali berkata dalam penguasaan semua A, jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar berkurangan daripada 4.4% kepada 3.5%.
Di Sabah, pencapaian pelajar yang mendapat semua A dalam peperiksaan UPSR meningkat 0.14% iaitu sebanyak 1,231 daripada 44,427 calon.
Pengarah Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip memberitahu pemberita di Kota Kinabalu daripada segi GPN juga pencapaian calon UPSR Sabah meningkat dengan mencatat 2.71, berbanding 2.76 tahun lalu, dan adalah yang terbaik berbanding pencapaian dalam tempoh lima tahun.
Di Johor, jumlah pelajar yang mendapat semua A menurun 1.12% berbanding tahun lepas dengan 4,811 pelajar catat keputusan cemerlang.
Sementara itu di Selangor, jumlah pelajar mencapai keputusan cemerlang menurun sebanyak 1.63% berbanding tahun lepas dengan hanya 6,593 calon atau 7.76 peratus daripada 85,392 calon cemerlang.
Pengarah Pendidikan Negeri, Zainuren Mohd Nor berkata GPN Selangor turut merosot 0.04% kepada 2.22% tahun ini berbanding 2.18% lebih kecil tahun lepas.
Di Kuala Lumpur, jumlah pelajar yang mendapat A dalam semua mata pelajaran menurun sebanyak 1.88% dengan hanya 1,681 calon yang mendapat keputusan tersebut berbanding 2,108 calon tahun lepas, menurut Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan Datin Nawal Salleh.
Beliau berkata daripada segi GPN juga menurun sebanyak 0.05 mata iaitu 2.21 pada tahun ini berbanding 2.16 tahun lepas.
Di Kedah, peratus kelulusan keseluruhan meningkat sebanyak 2.19% dengan 2,831 daripada 34,623 calon UPSR memperolehi gred A dalam semua mata pelajaran.
Pengarah Pendidikan Kedah, Datin Azuyah Hassan berkata GPN pula menurun kepada 2.29 berbanding 2.27 tahun lepas.
Di Melaka, pencapaian keseluruhan calon UPSR sedikit merosot dengan GPN 2.15 berbanding 2.13 tahun lepas.
Pengarah Pendidikan Melaka Datuk Md Rashid Hussin berkata pencapaian cemerlang turut menurun sebanyak 9.21%, iaitu hanya 1,242 calon daripada 13,714 calon pelajar berjaya memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.
Bagi Pahang, sebanyak 2,257 calon atau 9.22% daripada 24, 491 calon yang menduduki UPSR mendapat keputusan cemerlang semua A, iaitu menurun 1.92% berbanding tahun lepas apabila 2,791 calon mendapat semua A, kata Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan negeri, Mohd Razali Mustafar.
Faktor penurunan pelajar mendapat 5A adalah kerana subjek Sains yang dikatakan agak sukar berbanding tahun lepas, katanya.
"Kami dapati sebanyak 1,169 pelajar tidak mendapat 5A sebab mendapat B untuk subjek Sains dan berdasarkan analisis awal dikatakan soalan subjek tersebut memerlukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, dan ini memerangkap pelajar daripada mendapat keputusan cemerlang," katanya.
Bagi Perlis, GPN yang dicapai adalah 2.41 mata, merosot berbanding tahun lepas sebanyak 2.37.
Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis Dun Kasa berkata daripada 4,029 calon yang menduduki peperiksaan itu, sebanyak 291 murid mendapat A dalam semua mata pelajaran yang diambil.
"Pencapaian sekolah luar bandar agak memberangsangkan apabila 150 murid mendapat semua A dalam mata pelajaran yang mereka ambil berbanding 141 murid sekolah kawasan bandar," katanya pada sidang akhbar di Kangar.
Sementara itu keputusan UPSR di Pulau Pinang memuaskan dengan GNP 2.17 berbanding Gred Purata Nasional 2.29, bagaimanapun jumlah yang mendapat semua A menurun.

Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sharifah Bee Aboo Bakar berkata jumlah itu menurun 1.36% berbanding tahun lepas, apabila tahun ini hanya 2,335 daripada 23,629 murid yang menduduki UPSR mencapai keputusan Cemerlang A dalam semua mata pelajaran berbanding tahun lepas sebanyak 2,722 calon.
Sharifah Bee berkata tiga murid pendidikan khas di negeri itu termasuk Ho Hua Ze, yang rabun,  dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kim Sen Leong memperoleh 6A dan 1B.
Sementara itu Juliana Ding Lian Yu yang mengalami masalah pembelajaran dari sekolah yang sama memperoleh 4A dan 3B, manakala Emirul Iskandar Haris Leong dari SK Bandar Tasek Mutiara mendapat 4A dan 1B. – Bernama, 26 November, 2014.

ANUGERAH UPSR 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum dan Selamat Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya kami merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada sekolah-sekolah yang telah menerima anugerah kecemerlangan UPSR 2014.


Pengarah Pendidikan Johor telah menyampaikan sendiri anugerah tersebut dalam Majlis Pengumuman UPSR Negeri Johor pada 26 November 2014 di Dewan Seminar, JPN Johor. 

Moga pencapaian tersebut Insya Allah akan sentiasa menjadi inspirasi kepada semua sekolah daerah mersing dalam pencapaian UPSR.

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG ANJAKAN SAUJANA

1) SK PULAU AUR

a. KATEGORI : ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG SEKOLAH HARIAN

KRITERIA - GRED PURATA SEKOLAH TERBAIK (BILANGAN CALON 1 - 25 ORANG) - GPS 1.20

b. KATEGORI : ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG ANJAKAN SAUJANA

KRITERIA - PENINGKATAN GPS 3 TAHUN BERTURUT DAN TIDAK KURANG DARI 0.5 MATA

c. KATEGORI : ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG MENCAPAI ETR

KRITERIA - SEKOLAH CEMERLANG 100% DAN GPS KURANG DARI 1.50

2) SK TANJUNG RESANG 

KATEGORI : ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG 

KRITERIA - ANJAKAN SAUJANAPENINGKATAN GPS 3 TAHUN BERTURUT DAN TIDAK KURANG DARI 0.5 MATA

3) SK LABUNG

a. KATEGORI : ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG 

KRITERIA - ANJAKAN SAUJANAPENINGKATAN GPS 3 TAHUN BERTURUT DAN TIDAK KURANG DARI 0.5 MATA

4) SK (F) TENGGAROH 6

KATEGORI : ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG SEKOLAH FELDA

KRITERIA - GPS TERBAIK - 1.59

Sekian, Terima Kasih
Rabu, 26 November 2014

Keputusan UPSR 2014

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut dimaklumkan keputusan berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah serta pegawai-pegawai yang berkaitan.

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUNASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

BERTINDAKLAH SE ALIM  KATA







Maklumat lain akan menyusul.....
Rabu, 19 November 2014

Bengkel Pelan Tindakan 2015 Berdasarkan PPPM 2013-2025 Zon Bandar (Rendah)

Reaksi :  
Assalamu alaikum dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 27 Nov. 2014 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi hingga 12.30 tgh.
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Seri Pantai
Sasaran : Guru Penolong Kanan 1 dan seorang guru

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat memastikan kehadiran guru-guru berkenaan.
Sekian. Wassalam.
Ahad, 16 November 2014

UJIAN PRA APTIS KOHORT 4 2014

Reaksi :  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa ujian tersebut akan dijalan seperti berikut:

Tarikh   : 16 dan 17 November 2014 (Ahad & Isnin)
Masa     : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi (Sesi pagi)
               2.00 petang hingga 5.00 petang (Sesi petang)
Tempat : Makmal Komputer Abd Ghaffor, SMK Ungku Husin
Jadual :  Rujuk Lampiran


2.     Semua guru yang tersenarai dikehendaki berada di pusat ujian 10 minit lebih awal dengan membawa bersama Kad Pengenalan masing – masing supaya proses ujian dapat dijalankan dengan lancar. Guru yang tiada Kad Pengenalan TIDAK AKAN DIBENARKAN untuk menduduki ujian ini. Makan tengahari di sediakan.

3.     Bersama ini disertakan surat panggilan dan lampiran jadual ujian untuk tindakan tuan.

Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.

Lampiran 1:  surat_panggilan_UJIAN_APTIS.pdf
Lampiran 2: Pre_Aptis_Nov_2014_Mersing.xlsx
Khamis, 13 November 2014

Bengkel Kerja Penyelarasan Kajian Penyediaan Profil Fasa 2 : Keluwesan Operasi Jadual Waktu Kurikulum

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia akan membuat kajian tersebut sebagai persediaan pelaksanaan peluwesan berkenaan pada tahun 2016.
Sehubungan itu, satu bengkel kerja bagi tujuan penyelarasan akan diadakan seperti butiran di bawah :

Tarikh : 24 November 2014 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SMK Suria Perdana, Batu Pahat.
Sasaran : Guru Penolong Kanan 1 (Pentadbiran)

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut :

1. SJK Tamil Mersing
2. SK Bandar Endau
3. SK Labong
4. SK Peta
5. SK Pulau Tinggi
6. SRAB
7. SMK Sri Mersing
8. SM Sains Sultan Iskandar Mersing

Wassalam.
Lampiran : surat panggilan bengkel.pdf
Selasa, 11 November 2014

Buletin Jauhari JPNJ Keluaran Okt. 2014

Reaksi :  


Wacana Ilmu The Excellent Journey - Dato Haj Sufaat Tumin, TKPPM Operasi, KPM

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor telah mengadakan wacana tersebut seperti butiran di bawah :

Tarikh : 9 November 2014 (Ahad)
Masa : 1.30 - 5.00 petang
Tempat : Lotus Desaru Resort

Berikut dilampirkan slaid ucapan beliau untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.

Lampiran : The Excellent Journey

TAKWIM PERMAINAN DAN SUKAN PERINGKAT MSSD , MSSJ DAN MSSM BAGI TAHUN 2015

Reaksi :  
Dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan berkaitan .

2. Sehubungan itu dimuat naik takwim sukan dan permainan bagi tahun 2015.

3. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya.


Lampiran : 2015_TAKWIM.xls

SEMINAR MEMPERKASAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE 21

Reaksi :  
Perkara di atas adalah dirujuk. 

2. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan seminar berkenaan seperti ketetapan berikut :

SEKOLAH MENENGAH DAN SEKOLAH RENDAH :

Tarikh:15 November 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi – 2.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Utama, Politeknik Mersing
Sasaran : GPK1 dan semua GKMP (Sekolah Menengah)
GPK1 dan semua Ketua Panitia (Sekolah Rendah)
( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains )


2. Sehubungan itu, pihak sekolah dikehendaki memberikan kebenaran kepada guru-guru berkenaan hadir dan turut serta dalam seminar tersebut seperti jadual di atas. Kehadiran peserta adalah diwajibkan dan sila menepati masa yang ditetapkan.

3. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada di bawah aktiviti 150109 (DTP). Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

Komitmen dan kerjasama tuan bagi merealisasikan slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakkal) adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing.


Sekian. Wassalam.
Ahad, 9 November 2014

Bahan Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Johor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, Bicara Profesional Pengarah Pendidikan Johor telah diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 6 November 2015 (Khamis)
Masa : 3.30 - 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Semua pegawai PPD Mersing, Pengetua dan Guru Besar.

Berikut dilampirkan bahan berkenaan untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam.

Lampiran :  Halatuju Pengarah Pendidikan Johor
Isnin, 3 November 2014

PERTUKARAN SETARA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG34

Reaksi :  
Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa En W Mohd Ghazali bin W Mat, Guru Besar SK (FELDA)
Tenggaroh 2 telah bertukar ke SK Kem Iskandar dengan jawatan yang sama. 

Pertukaran ini berkuatkuasa mulai : 24 Oktober 2014. 

Sekian untuk makluman tuan/puan, terima kasih.