Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Selasa, 22 April 2014

Kutipan Data Ujian Kecergasan Fizikal Kebangsaan Malaysia (SEGAK) Negeri Johor 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.


Al-Hamdulillah,sukacitanya dimaklumkan bahawa kami diarahkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Johor agar mengumpulkan data ujian SEGAK sekolah-sekolah di daerah masing untuk tujuan penggabungan data di peringkat negeri dan kebangsaan nanti.

Penggabungan peringkat negeri Johor akan dibuat pada 28 April 2014 (Isnin) ini..
Sehubungan itu,  mohon kerjasama pihak sekolah agar, dapat menghantar data "SOFTCOPY" ujian tersebut kepada pihak kami dengan kadar SEGERA..

emailkan data berkenaan ke segakmersing@gmail.com

Arahan SEGAK : 

Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian dengan cekap dan berkesan tanpa berasa letih. 

Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan.
Satu penilaian yang standard yang di kenali sebagai Program Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) telah dirangka untuk dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2008.

SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.
Pelaksanaan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) mengikut Buku Panduan Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia yang dikeluarkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ujian ini boleh dilaksanakan semasa waktu pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan juga di luar waktu
persekolahan.

a. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2008
b. 5 Set Ujian SEGAK
    i. Pengiraan Indeks Jisim Badan
   ii. Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
  iii. Ujian Tekan Tubi
  vi. Ujian Ringkuk Tubi Separa
   v. Ujian Jangkauan Melunjur
c. Penilaian SEGAK hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun


Sekian. Wassalam.

Lampiran :

0 komen ::

Catat Ulasan