Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Khamis, 13 Februari 2014

Makluman Tarikh Kemasukan Data Peperiksaan Dalaman Tahun 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan surat JPNJ.SPA(05)/600-6/2/1 Jld.3 (31) bertarikh 10 Februari 2014 yang menjelaskan perkara berkenaan.

Sekian. Wassalam

Lampiran : Surat Data Pep.Dalaman.pdf
Rabu, 12 Februari 2014

Pelan Intervensi Lima Langkah (PILL)

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth .

Berikut dilampirkan bahan berkenaan untuk panduan dan tindakan pihak sekolah.
Wassalam.
Lampiran :
Program_Intervensi_Lima_Langkah_PILL_PPL_DTP_2013.rar
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dilampirkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2 Tahun 2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap II Secara Berperingkat-Peringkat Mulai Tahun 2014 untuk panduan dan rujukan pihak sekolah.
Wassalam.

Peruntukan masa untuk pelaksanaan mata pelajaran KSSR Tahap 2 adalah seperti berikut:


Masa yang diperuntukkan bagi melaksanakan aktiviti kokurikulum pula adalah seperti berikut:


Peruntukan masa untuk arus perdana adalah seperti berikut (lampiran 1):

TAKLIMAT LINUS2.0 MENGIKUT ZON DAERAH MERSING TAHUN 2014

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa taklimat LINUS2.0 akan diadakan mengikut zon seperti ketetapan di lampiran.

3. Sehubungan itu, guru-guru yang mengajar di tahap 1 matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diwajibkan hadir ke bengkel tersebut.

4. Tuntutan perjalanan adalah mengikut pekeliling sedia ada. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Pegawai FasiLINUS PPD Mersing di talian 013-7231974.


Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


lampiran 
JADUAL_TAKLIMAT_LINUS2.0.docx
Isnin, 10 Februari 2014

TAKLIMAT PEMANTAUAN DAN BENGKEL VERIFIKASI DATA KURSUS DALAMAN KSSR DAN PBS TAHUN 4

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Perkara di atas adalah dirujuk. 

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa taklimat tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh: 11 Februari 2014 (Selasa) 
Tempat: Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Masa: 2.30 p.m –4.30 p.m

Sehubungan itu, pihak tuan diminta membenarkan penyelaras KSSR sekolah tuan untuk hadir dengan membawa bersama data kursus dalaman KSSR tahun 4 (rujuk one stop data JPN). 

Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan adalah berdasarkan kelayakan dan pembayaran akan hanya dibuat mengikut peruntukan semasa yang sedia ada. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan. 


Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungai pegawai kami En. Mohd. Amin A.Hamid, PPPD Sains Matematik.

Sekian, Terima Kasih.
Ahad, 9 Februari 2014

Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Bil. 1 Tahun 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 13 Februari 2014.
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.
Pengerusi : Pegawai Pendidikan Daerah Mersing
Sasaran : Pengetua dan Guru Besar Sekolah-sekolah Daerah Mersing, MGC, M4P Rendah dan M4P Men.

Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan/puan Pengetua dan Guru Besar agar dapat hadir dan turut serta dalam mesyuarat berkenaan.
Wassalam.

Lampiran : Surat Panggilan Mesyuarat.

Pembelian Bahan-Bahan Rujukan Sejarah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor telah menerbitkan buku-buku berikut :

1. Tokoh Guru Johor
2. Bandar Maharani Bandar Doraja
3. Seni Silat Sendeng (Silat Rasmi Negeri Johor)

Sehubungan itu, pihak sekolah adalah digalakkan membeli buku-buku tersebut untuk keperluan dan rujukan warga sekolah.
Pihak sekolah boleh berurusan secara terus dengan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Johor seperti surat JPNJ.SPA(05)/600-3/6/7 Jld 2(54) bertarikh 23 Disember 2013.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
JPNJ.SPA(05)/600-3/6/7 Jld 2(54)