Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Jumaat, 28 Februari 2014

Program Misi Tawan Sukses UPSR 2014 - Zon Bandar Mersing (SK)

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 1 Mac 2014 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 malam
Tempat : Dewan Politeknik Mersing
Sasaran : 300 orang calon-calon UPSR 2014 (Zon Bandar dan Nitar)

** Sesi malam melibatkan guru serta ibubapa/penjaga. (640 orang)

Sekolah-sekolah yang terlibat :
  1. SKSM
  2. SKSP
  3. SKKI
  4. SKMK
  5. SKBM
  6. SKSD
  7. SK Tenglu
  8. SKAP
  9. SRAB
  10. SKN01
  11. SKN02
Sehubungan itu, mohon tindakan pihak sekolah-sekolah yang terlibat agar dapat mengambil tindakan sewajarnya mengikut ketetapan yang telah dibuat sebelum ini.

Sehubungan itu, juga kami Jawatankuasa Pengelola menjemput Tuan/Puan Guru Besar sekolah-sekolah yang terlibat dan Pegawai-Pegawai di PPD Mersing ke program berkenaan bagi membuktikan kebersamaan kita dalam misi menawan kembali kemuncak kemerlangan UPSR di negeri Johor pada tahun 2014.

Kerjasama Tuan/Puan amat diharapkan.

Sekian. Wassalam.
Rabu, 26 Februari 2014

Penangguhan Bengkel Rubrik PBS STPM Peringkat Negeri Siri Ketiga

Reaksi :  
Semua Pengetua sekolah yang menawarkan Tingkatan Enam / Pra Universiti.

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa bengkel berkenaan yang dijadualkan sebelum ini adalah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak.
Wassalam.

Lampiran : tangguh_Rubrik_STPM.pdf

Penangguhan Taklimat PBS Di Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah Rendah

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan arahan agar semua Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah untuk menangguhkan sebarang taklimat berkaitan PBS tetapi proses pengajaran dan pembelajaran serta penilaian murid seperti yang dihasratkan dalam objektif mata pelajaran diteruskan.

Berikut disertakan surat JPNJ.SPP(35)/600-6/2/5(5) bertarikh 23 Februari 2014 dan KP/KPPM/LPM/JLD 3 (12) bertarikh 17 Februari 2014 yang menyatakan maksudnya yang tersendiri.
Wassalam.

Lampiran : tangguh_PBS.pdf

Ahli Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mersing Sesi 2014-2015

Reaksi :  
Assalamu a'laiku wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan JKD berkenaan seperti berikut :

Senarai JKD
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan Ujian CPT kali kedua untuk semua guru yang mengajar Bahasa Inggeris (Opsyen dan Bukan Opsyen).  Kumpulan sasaran adalah guru yang menduduki CPT tahun 2012 tetapi tidak memperolehi keputusan sahaja dan guru yang baru dilantik atau baru diarahkan mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah.

 Oleh itu, pihak PPD diarahkan menyediakan senarai nama guru-guru yang terlibat. Diminta jasa baik semua sekolah agar dapat melengkapkan borang yang dilampirkan dan mengembalikannya dengan kadar SEGERA sebelum jam 5.00 petang 26 Februari 2014.

Borang yang telah lengkap hendaklah diemailkan ke : saharazad.moe@1govuc.gov.my atau ijat25@yahoo.com.


Sekian terima kasih.

Isnin, 24 Februari 2014

Draf Jadual SPM 2014

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Kokurikulum dan Kesenian telah dilantik sebagai Jawatankuasa Kerja Anugerah Ikon Guru Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2014. Anugerah ini merupakan kali kedua diadakan dan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada pegawai perkhidmatan pendidikan (guru/pensyarah/pegawai) atas sumbangan dan jasa mereka mengharumkan nama negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
 
Sehubungan dengan itu, Bahagian ini memohon kerjasama pihak YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan untuk menghebahkan perkara ini kepada pegawai/pensyarah/guru yang berminat untuk menyertai Pencalonan Anugerah Ikon Guru tersebut. Syarat-syarat serta borang penyertaan adalah seperti Lampiran yang disertakan di bawah. Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Nor Hapipah bt. Hj. Md. Shah di talian 03-88721650 / 010-2255676.
 
Kerjasama dan perhatian YBhg. Datuk/Dato'/Tuan/Puan dalam menjayakan program ini amat dihargai dan dahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

Lampiran Ikon Guru

KENYATAAN MEDIA ISU PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

Reaksi :  

Sumber : Portal KPM

PERLANTIKAN TIMBALAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MERSING YANG BARU

Reaksi :  
Dengan sukacitanya PPD Mersing mengumumkan perlantikan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah yang baru serta Perlantikan Penolong PPD Menengah:
En. Hasan Bin Abd. Rashid, Penolong PPD Menengah dilantik sebagai
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah.
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing.
En. Jamaluddin Bin Shahran, Penolong PPD KGSK, dilantik sebagai
Penolong PPD Menengah.

Perlantikan ini berkuatkuasa mulai 16 Februari 2014. PPD Mersing mengucapkan syabas dan tahniah dan penuh yakin perlantikan ini akan menyemarakan lagi slogan hikmah `MERSING HEBAT`.