* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Rabu, 19 Mac 2014

Mesyuarat Penyelarasan Tuisyen YPJ 2014

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor bersama-sama Yayasan Pelajaran Johor akan mengadakan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Mac 2014 (Rabu)
Masa : 10.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : SMK Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Personal yang terlibat :
Pengetua dan YDP PIBG
SMKUH
SMKAB
SMK Mersing
SMK Sri Mersing

Wassalam.
Assalammualaikum dan Salam Sejahtara

1. Surat JPNJ:SPA(05)/600-3/3/2 Jld 8(51) yang bertarikh 10 Mac 2014 adalah dirujuk dan telah diedarkan ke semua sekolah yang terlibat pada 13 Mac 2014.

2. Pihak PPD telah menerima maklumat terbaru berkaitan ujian tersebut di atas. Berikut dilampirkan senarai terbaru yang diperolehi dari JPN Johor. Tiada perubahan dibuat pada tempat dan masa ujian.

3.  Guru juga diminta untuk membawa bersama 'headphone with microphone with 2 connectors...(green and red colour)'


Lampiran: CPT_Johor_2014.xlsx


Terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh pihak sekolah.

Sekian, harap maklum.

KENYATAAN AKHBAR KEPUTUSAN SPM 2013

Reaksi :  

TEKS UCAPAN

AMANAT YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA
DI MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA ALUMNI RSOG (RAZAK SCHOOL OF GOVERNMENT)
VISI KEPIMPINAN SEKTOR PERKHIDMATAN AWAM
Muat turun teks ucapan di sini.
Dukacita dimaklumkan bahawa Allahyarham Encik Samsudin bin Yatim dari Cawangan Bajet, Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia telah kembali ke Rahmatullah kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya semalam. Warga KPM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham.
 
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Amin.

ANJAKAN KE-11 FEBRUARI 2014: BULETIN BULANAN TRANSFORMASI KPM

Reaksi :  


Muat turun Anjakan ke-11 Februari 2014 di bawah.

Anjakan Isu 11

JOM SERTAI PROGRAM SAHABAT PTPTN DI HATI

Reaksi :  


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa PTPTN mewujudkan kolaborasi strategik bersama KPM melalui ProgramSahabat PTPTN Di Hati. Pelbagai tawaran istimewa dan cenderahati menarik menanti warga KPM.
3. Sehubungan itu, warga SPT, KPM dijemput hadir ke sesi taklimat dan Kaunter Promosi Sahabat PTPTN Di Hati seperti ketetapan berikut:

SESI TAKLIMAT
Tarikh : 12 dan 13 Mac 2014 (Rabu & Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 10.30 pagi
Tempat : Dewan Jamuan, Aras 1, SPT, KPM

KAUNTER PROMOSI
Tarikh : 12 hingga 14 Mac 2014 (Rabu - Jumaat)
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Lobi, SPT, KPM                                                                                           
4.       Warga SPT, KPM yang bercadang membuka akaun SSPN-i perlu membawa bersama dokumen seperti berikut:
  1. Salinan MyKad Pemohon;
  2. Salinan Sijil Kelahiran/ MyKid/ MyKad Anak;
  3. Surat Akuan Berkanun/ Sijil Anak Angkat (bagi ibu bapa yang ingin membuka akaun bagi anak angkat di bawah jagaan sah mereka).

APLIKASI PERMOHONAN PROGRAM PERGURUAN KPM SESI 2014

Reaksi :  

PERMOHONAN MENJALANKAN KAJIAN

Reaksi :  
Permohonan menjalankan kajian hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan boleh dibuat secara atas talian melaluihttp://eras.moe.gov.my dan perlu disertakan dengan kertas cadangan dan instrumen kajian yang lengkap. Kelulusan dari BPPDP adalah perlu sebelum sesuatu kajian dijalankan di presmis KPM termasuk sekolah. Sebarang pertanyaan sila hubungi Dr Hj Zabani bin Darus (03-8884 6578) atau Dr Maimunah bt Muda (03-8884 6593).

Harap maklum.

KARNIVAL SEPAKTAKRAW MESCA 2014 - ANTARA REGU

Reaksi :  
Dimaklumkan bahawa Persatuan Sukan dan Kebudayaan Kementerian Pendidikan Malaysia (MESCA) akan menganjurkan Karnival Sepaktakraw MESCA - Antara Regu pada 15 dan 16 Mac 2014 bertempat di Gelanggang Sepaktakraw, MSN Bukit Jail, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput untuk mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Borang Pendaftaran boleh didapati dengan memuat naik borang seperti di bawah.  

BORANG KARNIVAL TAKRAW MESCA 2014
Surat Karnival Sepaktakraw MESCA 2014

PROGRAM PERMATA PINTAR DAN PERMATA INSAN SESI 2014

Reaksi :  
YBhg. Dato’/Tuan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Saringan Pertama Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Ujian PERMATAPintar UKM1 telah bermula dari 1 Februari hingga 31 Mei 2014. Ujian tersebut terbuka kepada semua murid berikut :
a)    Program PERMATA Pintar bagi murid berumur 9 hingga 15 tahun dan boleh diakses secara atas talian di laman web http://ukm1.permatapintar.edu.my 

b)    Program PERMATA Insan bagi murid berumur 8 tahun  dan boleh diakses secara atas talian di laman webhttp://permatainsan.usim.edu.my 
 
Sekian, terima kasih.

TOKOH KEPIMPINAN PENDIDIKAN SEMPENA HARI GURU 2014

Reaksi :  
Bahan Tokoh Kepimpinan Pendidikan Sempena hari Guru 2014.

Panduan Pencalonan
Borang calon
Surat Siaran

SEMAKAN KEPUTUSAN PANGGILAN TEMUDUGA NPQEL AMBILAN 2/2014

Reaksi :  
Semakan keputusan panggilan temuduga Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) Untuk Ambilan 2 Tahun 2014. Maklumat Lanjut 

NATIONAL ACTION RESEARCH CONFERENCE 2014

Reaksi :  


www.narc2014.com/

Muat turun brosur NARC2014 di bawah.
NARC2014 (brosur)

JEREBU: GURU BESAR, PENGETUA BOLEH TUTUP SEKOLAH - TPM

Reaksi :  
Tutup sekolah jika IPU melebihi 200 - Berita Harian, 5 Mac 2014

"Jika guru besar dan pengetua rasa tindakan itu perlu kerana mutu udara merosot hingga boleh memudaratkan kesihatan pelajar, mereka berhak membuat keputusan untuk menutup sekolah" - YAB Menteri Pendidikan.

PAKAIAN SERAGAM PEMANDU DAN PAP DI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Reaksi :  

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI EDUCATION MALAYSIA, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Reaksi :  
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2.    Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia ingin mempelawa calon-calonWARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan di Education Malaysia (EM), Kementerian Pendidikan Malaysia, seperti berikut:
i.    Pengarah Gred 48 (Terbuka), Education Malaysia

        a.    Dubai
        b.    Ho Chi Minh City

ii.    Atase Pendidikan Gred 41/44 (Terbuka), Education Malaysia

        a.    Australia

iii.    Atase Pendidikan (Promosi) Gred 41 (Terbuka), Education Malaysia

        a.    Dubai
        b.    Beijing
        c.    Ho Chi Minh
3.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi pegawai-pegawai berikut:
i)    Cik Nurul Hidayah Binti Ahmad Zamzuri
       Penolong Setiausaha
       03-8870 5211
       hidayah.zamzuri@moe.gov.my

ii)    Puan Mardiana Binti Zulkifli
       Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
       03-8870 5241
       mardiana.zulkifli@moe.gov.my
4.    Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 Mac 2014 (Jumaat). Segala kerjasama dan perhatian YBhg./Datuk/Dato'/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan mengenai perkara ini amat dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA''
Lampiran :