* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 25 April 2014

Makluman : Aktiviti Akademik Esok 26 April 2014 (Sabtu)

Reaksi :  
SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH FELDA DAERAH MERSING TAHUN 2014
Dewan FELDA Tenggaroh 01
08:30:00 hingga 13:00:00
350 peserta - Calon-Calon UPSR Sekolah-Sekolah FELDA
Kelolaan : JKD Kecemerlangan UPSR Sekolah-Sekolah FELDA
Urusetia Akademik : En. Azamani Ghazali

PROGRAM DIFUSI MODUL UNTUK GURU PROGRAM HALUS PERMATA 4 TAHUN 2014
Tempat : SK Sri Mersing
Masa : 08:00:00 hingga 13:00:00
Peserta : 150 peserta - Guru-Guru MP UPSR Tahun 6
Kelolaan : JKD Kecemerlangan HALUS Permata
Urusetia Akademik : Pn. Olly Rozita Binti Mohamed Zain

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN FORMAT UPSR BAHASA INGGERIS SJK 2014
Tempat : SJKC Chiao Ching
Masa : 08:00:00 hingga 14:00:00
Peserta : 20 peserta - Guru-Guru BI SJK
Kelolaan : JKD MP BI SJK
Urusetia Akademik : Cik Saharazad Binti Mustaffar

KURSUS KBAT_iTHINK GURU-GURU MRSM MERSING
Fasilitator : Cik Saharazad Binti Mustaffar

TAHNIAH RAKAN-RAKAN EMPOWER AKADEMIK
MENGUPAYAKAN ORGANISASI, MENGURANGKAN KUASA DOMINASI DAN KERENAH.
MAKLUMAN...MAKLUMAN..

Penangguhan Program Cabar dan Capai Impian - Sesi Motivasi Bersama Angkasawan Negara (Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

PROGRAM TERSEBUT YANGG DIJADUALKAN PADA 26 APRIL 2014 (SABTU) INI..ADALAH DITANGGUHKAN KEPADA SATU TARIKH YANG AKAN DIBERITAHU KELAK...

Prestasi STPM Daerah Mersing (2008-2013)

Reaksi :  
Prestasi STPM Mersing :

TAHUN
CALON
LULUS PENUH
%
KDDKN DALAM NEGERI
PNGK
KDDKN DALAM  NEGERI
%
2008
127
122
96.06
8
2.14
10
3.15
2009
191
187
97.91
1
2.29
7
1.05
2010
149
138
92.62
10
1.98
10
5.37
2011
144
128
88.89
10
2.02
10
9.03
2012
148
95
64.19
9
1.93
10
24.32
2013
142
140
98.59
6
2.52
9
1.41

Prestasi SPM Daerah Mersing (2008-2013)

Reaksi :  
Prestasi SPM Mersing :

Tahun
% Cemerlang
% Lulus Dapat Sijil
GPD
Kedudukan Dalam Johor
2008
2.42 (37)
93.98
5.24
1
2009
1.80 (28)
92.53
5.32
4
2010
2.74 (43)
94.01
5.04
3
2011
1.69 (25)
93.11
5.05
5
2012
2.20 (31)
94.95
4.90
3
2013
1.91 (27)
90.05
4.88
4

Prestasi PMR Daerah Mersing (2008-2013)

Reaksi :  
 Prestasi PMR Mersing :

Tahun
% Cemerlang
% Menguasai
GPD
Kedudukan Dalam Johor
2008
5.53 %
93 org.
61.30 %
2.82
5
2009
5.26 %
93 org.
58.02 %
2.78
7
2010
5.18 %
80 org.
67.34 %
2.70
3
2011
7.77 %
114 org.
67.17 %
2.70
6
2012
3.94 %
57 org.
66.46 %
2.68
4

2013

6.87 %
(91 org.)
67.92 %
2.69
7

Prestasi UPSR Daerah Mersing (2008-2013)

Reaksi :  
Prestasi UPSR Mersing :

Tahun
% Cemerlang
% Menguasai
GPD
KedudukanDalam Johor
2008
5.71%

62.32%
2.32
10
2009
8.80%
139 org.
69.41%

2.24
7
2010
7.54%
108 org.
65.60 %
2.29
4
2011
9.21%
131 org.
72.52 %
2.147
4
2012
9.93%
144 org.
75.38 %
2.12
1
2013
8.31%
109 org.
67.20%

2.21
10












Rabu, 23 April 2014

Program Cabar dan Capai Impian - Sesi Motivasi Bersama Angkasawan Negara (Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Empower ECER Mersing dengan kerjasama PPD Mersing akan menganjurkan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 26 April 2014 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing.
Sasaran : Calon-Calon UPSR, PT3 dan SPM dari 6 sekolah yang terlibat dengan program Empower Akademik ECER Mersing.

Sekolah-sekolah yang terlibat :

1. SMK Sri Mersing
2. SMK Mersing
3. SK Bandar Mersing
4. SK Pusat Air Tawar
5. SJK Tamil Mersing
6. SJKC Pai Chee
7. SMK Ungku Husin
8. SMK Tenggaroh A
9. SMK Tan Sri Abdul Kadir

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah yang terlibat, hendaklah mematuhi keputusan dan ketetapan yang telah dibuat sebelum ini oleh pihak Empower ECER Mersing.

Tentatif :

8.30 pagi - Pendaftaran dan Sarapan Pagi
9.00 pagi - Aktiviti Permainan Interaktif
10.30 pagi - Sesi Motivasi bersama Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, Angkasawan Negara.
12.30 tgh. - Majlis Perasmian oleh Ahli Parlimen Mersing
1.00 ptg. - Makan tgh dan bersurai

Wassalam.

BENGKEL PENULISAN BAHASA INGGERIS SJK 2014

Reaksi :  
Tindakan :
Guru Besar SJKC Pai Chee, SJKC Kg Hubong, SJKC Jemaluang Dan SJK Tamil Mersing

Salam Sejahtera

Sukacitanya dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: 24 hingga 25 April 2014 (Khamis - Jumaat)
Tempat: Dewan SJKC Pai Chee, Mersing
Masa: 2.00 petang – Pendaftaran peserta ( 24 April 2014)
1.00 petang – Bengkel tamat ( 25 April 2014)


Penganjur : JKD Kecemerlangan SJK

2. Sekolah yang terlibat diminta untuk mengambil tindakan seperti berikut:
2.1 Menghantar murid Tahun 6 mengikut jumlah agihan
2.2 Melantik Guru Pengiring
2.3 Lengkapkan Borang Penyertaan -diserahkan kepada Urus Setia sewaktu 
pendaftaran
2.4 Pakaian - sukan

3. Sila tepati masa perbengkelan.

4. Surat kami dengan Rujukan:JPA4006.UPA/600-2/3/2 Jilid 5 (17) telah diedarkan ke semua sekolah yang terlibat. Bersama - sama ini disertakan surat yang berkaitan.

Terima kasih.


Lampiran :
SJK.jpg
SJK1.jpg
SJK3.jpg

TERKINI : PEMBETULAN PADA BORANG MAKLUMAT PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3) 2014

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Satu Malaysia

Borang Maklumat Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Sukacita dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu mohon pihak tuan melengkapkan lampiran yang disertakan dan kembalikan softcopy yang lengkap ke alamat emel uppppdmg@gmail.com serta hardcopy ke Unit Penilaian dan Peperiksaan Pejabat Pendidikan Daerah Mersing pada atau sebelum 25 April 2014.

3. Kerjasama dan tindakan pihak tuan sangat-sangat kami harapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Borang_Maklumat_PT3.xls

ANALISIS HEADCOUNT (TOV DAN ETR) PENCAPAIAN UPSR SK

Reaksi :  
Tahniah kepada sekolah yang telah berjaya menghantar maklumat TOV dan ETR UPSR sekolah 2014 seperti yang dikehendaki.

Namun begitu terdapat beberapa buah sekolah yang masih belum menghantar maklumat tersebut.

Bersama-sama ini disertakan senarai sekolah yang belum menghantar maklumat TOV dan ETR pencapaian UPSR 2014.

1. SK (LKTP) NITAR 1
2. SK (FELDA) TENGGAROH 4
3. SK (FELDA) TENGGAROH 6
4. SK (FELDA) TENGGAROH 1
5. SK (LKTP) NITAR 2
6. SK (FELDA) TENGGAROH 3
7. SK (FELDA) TENGGAROH 7
8. SK MERSING KANAN
9. SK TANAH ABANG
10. SR AGAMA BERSEPADU

Diharap sekolah yang tersenarai di atas dapat menghantar maklumat tersebut sebelum 30 April 2014.

u.p : Pn. Olly Rozita Binti Mohamed Zain, Penyelaras UPSR, PPD Mersing

Selamat Menyambut Hari Guru 2014

Reaksi :  

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, kami mengucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2012 kepada semua warga pendidik. Tema sambutan pada tahun ini adalah Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara..
Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kecemerlangan seluruh warga pendidikan walau dimana peringkat mereka berada.

PENGENALAN HARI GURU

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. 

Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

LOGO HARI GURU


logo 

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh. 
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

OBJEKTIF

1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.

2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.

3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.

4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.

5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.

6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

IKRAR

Bahawasanya kami
Guru-guru negara Malaysia
Dengan ini berikrar
Mendukung terus cita-cita kami
Terhadap tugas kami
Dan menyatakan keyakinan kami
Pada cita-cita murni pekerjaan kami
Kami akan berbakti
Kepada masyarakat
Dan negara kami.
Kami sentiasa menjunjung
Perlembagaan negara
Kami mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukun Negara
Pada setiap masa.

LAGU HARI GURU


Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kit...
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua...

Di bidang pembangunan 
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta...


Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan...

TEMA


Tema rasmi Hari Guru 2014 adalah Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Tema itu telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan Malaysia sebagai tema sambutan Hari Guru kali ke 43. Untuk info, tarikh Hari Guru di Malaysia jatuh pada 16 Mei 2014. Sambutan hari guru pada 16 Mei setiap tahun adalah sebagai penghargaan terhadap jasa warga pendidik.
guru
Maksud Definisi Tema Hari Guru 2014
Guru: Kata guru merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
Pencetus: Merujuk kepada maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/ idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
Kreativiti: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorang dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
Penjana: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan
Inovasi: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi penghasilan sesuatu produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik dan bermakna.

2013 
Guru Malaysia 1Aspirasi 1Agenda
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2011 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara