Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Isnin, 18 Ogos 2014

KEPUTUSAN CPT 2012 DENGAN MENCAPAI TAHAP CEFR C2 ATAU C1

Reaksi :  
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menyediakan satu platform untuk guru - guru Bahasa Inggeris yang telah menduduki CPT pada tahun 2012 menyemak keputusan mereka dan memastikan sama ada mereka layak diberi Bayaran Insentif Profisiensi Bahasa Inggeris ( IProBI ). Sila pastikan guru benar-benar layak dan memenuhi semua syarat dan kelayakan yang ditetapkan sebelum mengisi borang permohonan.

Sila layari laman web berikut untuk maklumat lanjut: http://apps.moe.gov.my/abpg/CPT/index.cfm.

Selamat berjaya.
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah
Al-Hamdulillah, sukacitanya diingatkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan mengadakan kursus tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 19 - 20 Ogos 2014
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Wawasan, PPD Lama, Mersing
Sasaran : Pengerusi Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengenalpasti guru-guru berkenaan dan memastikan kehadiran mereka ke kurus tersebut.

Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan Kursus
Jadual Kursus

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Ahad, 17 Ogos 2014

Bengkel Kerja Penyelarasan Aktiviti dan Penyediaan Modul Skor A dan GALUS MP Pend.Moral Negeri Johor 2014

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan hormatnya sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan mengadakan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 18 Ogos 2014 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SK Lelaki Bandar Kluang

Guru-guru yang terlibat :

1. Pn. Marlina Abdol (SMKUH)
2. Pn. Rosmah bt. Wahab@Abdullah (SMKAB)
3. Pn. Norazah bt. Mohamad (SMKPC)

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Pend.Moral.pdf

PERINGATAN MESRA : DIALOG PRESTASI PPD MERSING BIL 8/2014

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa dialog prestasi bil 8/2014 akan dijalankan pada 18 Ogos 2014 (Isnin) bertempat di SK Teriang mulai dari jam 10.30 pag hingga 1.00 petang.

Fokus kali ini adalah prestasi Peperiksaan Percubaan UPSR dan kaitannya dengan penyeliaan guru Tahun 6 dari bulan Januari hingga Julai 2014.

Beberapa buah sekolah telah dikenalpasti untuk membentangkan program yang memberi impak paling besar terhadap prestasi mata pelajaran tertentu. Masa yang diperuntukkan adalah selama 20 minit sahaja. Sekolah yang terlibat adalah :

1. Bahasa Inggeris – SK Teriang.
2. Matematik – SK Tg Resang.
3. Sains – SK Pusat Air Tawar.
4. Bahasa Melayu – SK Lembaga Endau

Surat telah diedarkan melalui peti surat semua SR zon Endau.
Sekian, terima kasih.

Peringatan Kelas Bimbingan YPM MARA-MRSM SPM 2014

Reaksi :  
PERINGATAN....PERINGATAN...PERINGATAN

Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Yayasan Pelajaran MARA dan MRSM Mersing sedang meneruskan program tersebut pada tahun 2014 dengan melibatkan 100 orang calon SPM 2014 di aliran Sains dan Sastera.

Kelas tersebut telah bermula pada 23 Mei 2014 (Jumaat).

Terima kasih kepada pihak sekolah yang memberikan kerjasama.

Sekolah-sekolah yang terlibat adalah seperti berikut :

Aliran Sains : 30 orang
1. SMKN (15 orang)
2. SMKAB (15 orang)

Aliran Sastera : 60 orang
1. SMKN (12 orang)
2. SMKAB (12 orang)
3. SMAAM (12 orang)
4. SMKM (12 orang)
5. SMKSM (12 orang)

Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya sebagaimana keputusan dalam Taklimat Program Kelas Bimbingan YPM MARA pada 8 Mei 2014 yang lepas.

Wassalam.
Lampiran :
Surat Makluman dan Lantikan Guru Pengiring 
Jadual Pelaksanaan Kelas