* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 25 Oktober 2014

Tahniah Datuk Seri Dr.Khair, KPPM

Reaksi :  

Salam Maal Hijrah 1436H

Reaksi :  

Khamis, 23 Oktober 2014

SESI PRODFESIONAL JKD PANITIA PRASEKOLAH DAN UJIAN PASCA EPPT 2014

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Sukacita dimaklumkan bahawa sesi di atas akan dijalankan pada 29 Oktober 2014 di Bilik Wawasan, PPD Lama dari jam 12 tengah hari hingga 5.00 petang

Semua guru prasekolah KPM adalah terlibat dan diminta menepati masa. Makan minum akan disediakan.

Pada masa yang sama, semua mentor Kursus EPPT juga terlibat dalam pengendalian ujian pasca EPPT mulai jam 2.30 petang. Sila lihat Surat panggilan dalam peti surat sekolah masing-masing.

Sekian, terima kasih.

PAJSK: TINGKATAN 3

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Assalammualaikum dan salam kokurikulum.

1. Adalah perkara diatas dirujuk

2. Penilaian PAJSK bagi Tingkatan 3 tetap dilaksanakan secara online. Oleh itu kami memohon pihak tuan menjalankan penilaian secara offline dahulu sebagai persediaan bagi kemasukan secara online.

3. Unit Kokurikulum akan mengadakan satu taklimat kemasukan PAJSK secara online pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih

BENGKEL PENYEMAKAN DAN VERIFIKASI DATA LINUS SARINGAN 2 TAHUN 2014

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut:

2.1 Tarikh : 27 Oktober 2014 (Penyelaras LINUS Bahasa Inggeris)
2.2 Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sri Pantai.
2.3 Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

2.4 Tarikh : 28 Oktober 2014. (Penyelaras LINUS)
2.5 Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Mersing.
2.6 Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang.


3. Sehubungan itu, Penyelaras LINUS dan Penyelaras LINUS Bahasa Inggeris diminta hadir ke bengkel tersebut. Sila patuhi masa dan bawa bersama perkara-perkara berikut:

3.1 Komputer riba.
3.2 Broadband.
3.3 Kabel extension.
3.4 Cetakan Data Saringan 2 tahun 2014 daripada Portal NKRA yang telah disahkan oleh Guru Besar.
3.5 Justifikasi murid yang tidak menguasai bagi murid tahun 3 dan tahun 2.
3.6 Lengkapkan tapak Power Point yang dilampirkan.

4. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur. Tuntutan perjalanan adalah mengikut pekeliling sedia ada. Sebarang pertanyaan, sila hubungi FasiLINUS PPD Mersing di talian 013-7231974.


Kerjasama dan perhatian pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


Lampiran :
TAPAK_BAHAN_LAPORAN_LINUS_SARINGAN_2_SEKOLAH_TAHUN_2014_.xlsx

READ2014 DAN KM1M

Reaksi :  
Sumber : Portal Rasmi PPD Mersing

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Sehubungan dengan itu diminta Guru Perpustakaan dan Media merancang dan mejalankan program tersebut.

2. Laporan kesemua aktiviti yang dijalankan perlu diemailkan ke alamat berikut : pkg_bandar_mersing@moe.gov.my sebelum atau pada 11 November 2014 mengikut format laporan pelaksanaan yang dilampirkan.

Sekian, Terima kasih.

* Sila cetak kesemua lampiran yang disertakan.


Lampiran :
Surat_KPPM.pdf
CONTOH__AKTIVITI__KM1M_2014.pdf
LAPORAN_PELAKSANAAN.docx

SAMBUTAN BULAN BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKTOR PENDIDIKAN 2014

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, berikut disertakan surat dari KPM dan JPN Johor untuk makluman dan tindakan pihak sekolah selanjutnya.

Wassalam..

Lampiran : Sambutan_Bulan_Bahasa_Keb.PDF