* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 28 Oktober 2014

Status Pelaksanaan Pelaporan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) Ting. 3 2014

Reaksi :  
u.p. Semua Pengetua Sekolah Menengah

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia sedang membuat penilaian kepada Status Pelaksanaan Pelaporan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) Ting. 3 2014.

Sehubungan itu, kami memohon kerjasama pihak sekolah agar dapat melengkapkan borang atau template yang dilampirkan bersama-sama hebahan ini dengan kadar segera.

Borang yang telah lengkap, hendaklah di"emailkan" kepada akademikmg@gmail.com sebelum atau pada 1 Nov 2014 (Sabtu).

Sekian. Wassalam.

Lampiran : Pelaporan_Perkembangan_Pembelajaran_Murid_Okt_2014.xlsx
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Johor akan mengadakan taklimat tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 3 Nov. 2014 (Isnin)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Pejabat Pendidikan Daerah Segamat

SILA BAWA KOMPUTER RIBA DAN BAHAN KEPERLUAN YANG BERKAITAN.

Guru-guru yang terlibat :
1. En. Mahathir Mohamad (SK Penyabong)
2. En. Rahiman Harun (SMK Ungku Husin)
3. En. Yahya Atan (SMK Nitar)
4. En. Rudzahan (SK Bandar Endau)

Wassalam.

Lampiran : Segak.pdf
Isnin, 27 Oktober 2014

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2013 Daerah Mersing

Reaksi :  
 

Tindakan : Guru Besar, Guru BI Tahun 5 Semua SR Daerah Mersing

1. Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut di atas akan dilaksanakan seperti yang telah dirancang mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 29 hingga 30 Oktober 2014
Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Al-Azhar, PPD Mersing

2. Guru yang terlibat dikehendaki membawa bahan / alatan seperti berikut:
- DSKP Bahasa Inggeris Tahun 5 - fail dilampirkan
- Literature text (poems)
- Computer riba
- Thumbdrive

3. Sila pastikan guru tuan menepati masa kerana kursus ini akan dipantau oleh Puan Siti Paridah dari Bahagian Perkembangan Kurikulum.

Kerjasama dari semua pihak diucapkan ribuan terima kasih.

T/K