* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

PELAKSANAAN PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Bilangan 1 Tahun 2015 pada 25 dan 27 Februari 2015 telah menerima dan memutuskan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sistem Pengurusan Sekolah.
Sehubungan dengan itu, disertakan SOP tersebut untuk dilaksanakan di peringkat sekolah. Segala maklumat lanjut berkaitan perkara ini bolehlah menghubungi Encik Ahmad Faris bin Johan di talian 03-88830672 / 012-3736467 dan e-mel faris.johan@moe.gov.my .

Lampiran : 
Pada tahun 2010, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan kaedah penentuan bandingdan ranking sekolah berdasarkan skor komposit sekolah. Skor komposit sekolah adalah gabungan Gred Purata Sekolah (GPS) dan Skor Penarafan Kendiri Sekolah-Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (PKS-SKPM).
Bermula tahun 2014, Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dimansuhkan. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi murid Tingkatan 3. Implikasinya, kaedah pengiraan GPS sekolah menengah sedia ada bagi tujuan mengira skor komposit dan penentuan banding dan ranking tidak boleh diguna pakai lagi.
Sehubungan dengan itu, kaedah baharu pengiraan skor komposit sekolah menengah bagi tahun peperiksaan 2014 dan 2015 adalah seperti di Lampiran 1. Contoh kaedah pengiraan baharu skor komposit sekolah menengah adalah seperti di Lampiran 2.
Sila muat turun surat edaran di bawah untuk melihat Lampiran 1 dan Lampiran 
Lampiran :
Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh disemak di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 April 2015.

Lampiran :
Syarat Am & Syarat Khas Jurusan
Borang dan Panduan Mengisi Borang
Soalan Lazim
PERMOHONAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
KE TIMUR TENGAH (MESIR, JORDAN DAN MOROCCO)
BAGI SESI KEMASUKAN 2015/2016


1.   Sukacita dimaklumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah (Mesir, Jordan dan Morocco) bagi sesi 2015/2016 perlu membuat permohonan secara atas talian diapp.moe.gov.my/timurtengah.

2.   Permohonan atas talian akan dibuka pada 10 Mac 2015 (Selasa) pukul 12.00 tengah hari dan akan ditutup pada 10 April 2015 (Jumaat) pukul 12.00 tengah hari. Manakala borang permohonan atas talian yang telah dicetak beserta dengan dokumen-dokumen sokongan perlu dikemukakan ke Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi selewat-lewatnya pada atau sebelum     08 Mei 2015 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang.

3.   Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Mesir, Jordan dan Morocco bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)  sahaja. Oleh itu, semua permohonan perlu melalui atas talian dan dokumen yang lengkap perlu dihantar kepada KPM. Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibu bapa sendiri dan dimaklumkan bahawa KPM TIDAK MELANTIKmana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

4.   Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh merujuk kepada Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8870 6627/6226


Bahagian Education Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, No.2, Menara 2, Jalan P5/6
Presint 5, 62200 Putrajaya

PERINGATAN PENJAGAAN KESIHATAN MURID SEMASA CUACA PANAS

Reaksi :  


Muat turun surat siaran di sini.
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

MAJLIS PENGIKTIRAFAN SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN (SKK) FASA 9

3 MAC 2015 (SELASA)

DEWAN ZA’BA
JABATAN PENGAJIAN TINGGI
PUTRAJAYA
Lampiran :