MAKLUMAN AWAL BENGKEL LATIHAN GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) DALAM PELANTAR VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P) | ||
Tindakan | : | Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru-guru Muda 1Malaysia |
Tarikh | : | 23-04-2015 |
Unit | : | KURIKULUM |
Oleh | : | En. Azman Bin Yusof |
Maklumat | : | SK SERI PANTAI SK TENGLU SK (FELDA) TENGGAROH 6 SK PUSAT AIR TAWAR SK TELOK LIPAT SK MERSING KANAN SK SRI MERSING SJK(C) KG HUBONG SJK(C) PAI CHEE SMK SRI MERSING SMK PAI CHEE (CF) SMK UNGKU HUSIN SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR SMK MERSING Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa, Program GM1M dalam Virtual Learning Environment (VLE) Frog sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran dilaksanakan bertujuan menggembeleng barisan guru-guru muda daerah Mersing dalam usaha memaksimumkan penggunaan Platform Pembelajaran Maya VLE Frog sebagai platform pengajaran dan pembelajaran. 3. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pendidikan Guru dengan kerjasama YTL Communications Sdn Bhd akan menjalankan sesi latihan program ini bagi daerah Mersing pada 30 April 2015 di Makmal Komputer SMK Mersing melibatkan hanya 14 buah sekolah dengan 2 orang penyertaan guru bagi setiap sekolah. 4.Kriteria pemilihan peserta adalah seperti berikut: 4.1 Berumur 40 tahun dan ke bawah. 4.2 Belum pernah menghadiri kursus berkaitan Pelantar VLE melalui Frog Asia. 4.3 Bukan guru penyelaras ICT di sekolah masing-masing. 4.4 Dua orang guru bagi setiap sekolah yang dipilih. 5. Peserta-peserta perlu membawa rancangan pengajaran mata pelajaran yang diajar beserta ID IBestariNet / VLE masing-masing. Sekian makluman awal. Surat panggilan rasmi dan maklumat yang berkaitan akan menyusul seberapa SEGERA. |
الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Khamis, 23 April 2015
MAKLUMAN AWAL BENGKEL LATIHAN GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) DALAM PELANTAR VIRTUAL LEARNING ENVIROMENT (VLE) SEBAGAI PLATFORM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (P&P)
Rabu, 22 April 2015
PERMOHONAN HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN SEPARUH MASA/SAMBILAN (HLPS) KEPADA PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS)
Sila pastikan anda telah membaca Pengenalan, Tatacara Permohonan dan Syarat-syarat Permohonan Program sebelum mengisi Borang Permohonan Online.
Rujukan : http://apps5.moe.gov.my/ehlps/
KENYATAAN AKHBAR KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA YBHG. TAN SRI DR. MADINAH MOHAMAD MENGENAI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH, SERI KEMBANGAN, SELANGOR
KENYATAAN AKHBAR
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
YBHG. TAN SRI DR. MADINAH MOHAMAD
MENGENAI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH,
SERI KEMBANGAN, SELANGOR
KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
YBHG. TAN SRI DR. MADINAH MOHAMAD
MENGENAI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SUNGAI BESI INDAH,
SERI KEMBANGAN, SELANGOR
Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerima aduan dan permintaan daripada Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan, Selangor untuk memindahkan sekolah tersebut ke lokasi sementara kerana bangunan sedia ada didapati telah mengalami kerosakan teruk dan mengancam keselamatan guru dan murid sekolah.
Laporan yang diterima dari Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Forensik telah mengesahkan semua bangunan sekolah tidak selamat diduduki akibat keretakan dan pemendapan yang serius di Blok B dan keretakan yang juga berlaku di Blok A, kantin dan kawasan persekitaran sub-station TNB akibat kerja-kerja pembinaan projek perumahan mewah yang dijalankan berdekatan sekolah tersebut.
KPM berpendapat keselamatan dan kesihatan murid dan guru mesti diutamakan kerana kerja-kerja pembinaan perumahan oleh pihak kontraktor telah menjejaskan pengoperasian sekolah.
Sehubungan itu, KPM telah membuat keputusan agar murid-murid sekolah itu dipindahkan ke lokasi sementara yang boleh menampung seramai 1,228 murid dan 74 orang guru. Keputusan ini dibuat setelah KPM bermesyuarat bersama pihak-pihak berkepentingan termasuk JKR, MPSJ, Pengarah Pendidikan Selangor, Guru Besar Sekolah, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut dan pemaju kondominium.
Mesyuarat semalam itu juga telah mengenalpasti satu bangunan yang sesuai yang telah mendapat kelulusan menduduki (CF) untuk dijadikan premis sekolah sementara dengan keluasan 10,000 kaki persegi, mempunyai bangunan 4 tingkat yang boleh diubahsuai untuk menjadi bilik darjah bagi menempatkan seramai 1,300 murid, bilik-bilik khas seperti makmal sains dan pusat sumber, pejabat pentadbiran, bilik guru, serta dilengkapi dengan kemudahan lain seperti dewan serbaguna berpagar, tempat letak kereta yang luas dan pondok pengawal.
Jarak lokasi premis sekolah sementara ini juga terletak dalam jarak 3 kilometer daripada sekolah asal iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah serta mempunyai laluan akses yang mudah. Pihak sekolah dan ibu bapa telah membuat lawatan ke premis tersebut dan telahpun memberi persetujuan untuk perpindahan murid-murid dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Taman Sungai Besi Indah ke premis sementara ini.
JPN dan Pejabat Pendidikan Daerah telah diarahkan untuk membantu sekolah berpindah dengan kadar segera untuk membolehkan premis sekolah sementara ini beroperasi mulai 5 hb Mei 2015.
Notis juga akan dikeluarkan kepada pemaju kondominium menuntut tindakan serta merta terhadap kerosakan, penggantian serta kos pengangkutan perpindahan.
Ketua Setiausaha
Kementerian Pendidikan Malaysia
Putrajaya
21 April 2015
Kementerian Pendidikan Malaysia
Putrajaya
21 April 2015
Lampiran :
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 25 hingga 27 April 2015 (Sabtu hingga Isnin)
Masa: 8.30 pagi - 5.00 petang (Pendaftaran : 8.30 pagi)
Tempat: Makmal Sains, SM Sains Sembrong, Kluang, Johor.
Sehubungan dengan itu dipohon tuan mengarahkan seorang guru yang akan mengajar subjek berkenaan pada tahun 2016 untuk menghadiri kursus tersebut. Kehadiran peserta adalah wajib. Guru berkenaan diminta membawa bersama computer riba, ‘thumb drive’, buku teks tingkatan 4 dan 5, huraian sukatan pelajaran (hsp), surat panggilan kursus dan satu salinan muka depan buku akaun bank yang masih aktif.
Sekian untuk makluman dan tindakan pihak tuan, Terima Kasih.

Senarai nama pekedai yang berdaftar dengan pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) dan juga nama-nama penjual/pekedai buku yang telah berdaftar dengan pihak BSN berserta Garis Panduan Pemberian Baucar Buku 1Malaysia Tahun 2015 boleh dimuat turun di bawah.
Lampiran :
NAMA PENJUAL BUKU TAHUN 2015
GARIS PANDUAN KEPADA PEKEDAI BUKU 2015
GARIS PANDUAN KEPADA PELAJAR DAN IPT TAHUN 2015
Lampiran :
NAMA PENJUAL BUKU TAHUN 2015
GARIS PANDUAN KEPADA PEKEDAI BUKU 2015
GARIS PANDUAN KEPADA PELAJAR DAN IPT TAHUN 2015
Isnin, 20 April 2015
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PENOLONG PENGARAH GRED DG41 DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN, KPM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan segala hormatnya dimaklumkan perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sehubungan dengan itu tuan/puan yang berminat dipelawa untuk memohon jawatan tersebut. Borang permohonan hendaklah dikemukakan ke Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia pada atau sebelum 30 April 2015.
Sekian terima kasih.
Lampiran :
Tek.Pend.pdf
tek.2.pdf

Dengan hormatnya dimaklumkan, perkara tersebut di atas adalah berkaitan.
2. Program tersebut akan dijalankan mengikut ketetapan berikut:
Tarikh : 21 April 2015 ( Selasa)
Masa : 2.00 - 2.30 petang (Pendaftaran)
2.00 - 5.00 petang
Tempat : Balai Raya Kg Bahagia, Mersing
3. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan supaya dapat hadir ke program tersebut seperti ketetapan di atas. Semoga dengan kehadiran tuan, dapat membantu kami menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Sebarang pertanyaan mengenai program bolehlah menghubungi Pn Norhimah binti Ismail di talian 013-3481415.
4. Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Lampiran :
Surat_Jemputan_Program.PDF

Tindakan | : | Semua Sekolah Rendah Dan Menengah KPM Daerah Mersing 2015 |
Tarikh | : | 15-04-2015 |
Unit | : | PENDIDIKAN ISLAM |
Oleh | : | Pn. Zanariah Binti Basri |
Maklumat | : | 1.Perkara di atas adalah seperti ketetapan berikut : Tarikh : 25/4/2015 (Sabtu) Masa : 7.45 pg - 2.00 ptg Tempat : Dewan Al Azhar PPD Mersing 2.Penyertaan adalah TERBUKA kepada semua sekolah rendah dan menengah KPM peringkat daerah Mersing tahun 2015. 3. Tarikh akhir penghantaran borang penyertaan Festival Nasyid pada 20 April 2015. Kerjasama didahulukan dengan ucapan terima kasih. |
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa JKD Pendidikan Moral Sekolah Rendah akan menganjurkan pertandingan berkenaan seperti ketetapan berikut :
1. Pertandingan Buku Skrap - Pencemaran (Tahap 2)
2. Pertandingan Buku Skrap bertajuk - Perayaan Di Malaysia (Tahap 1)
Tarikh : 17 Ogos 2015 (Isnin)
Masa : 9.30 pagi hingga 11.30 pagi
Tempat : SJKC Jemaluang
Peserta :
- Tiga orang dalam satu kumpulan (Tahap 2)
- Tiga orang dalam satu kumpulan (Tahap 1)
Sumbangan : RM 25 (1 kumpulan)
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Guru Besar SJKC Jemaluang, Pengerusi JKD Pendidikan Moral (Rendah)
Lampiran :
syarat_-syarat_pertandingan_buku_skrap___Borang__Penyertaan.pdf

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 6 (KSSR) DAERAH MERSING UNTUK SUBJEK SAINS DAN SEJARAH PADA 22 DAN 23 APRIL INI
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti yang telah ditetapkan pada 22 – 23 April (Rabu – Khamis) bertempat di Bilik Seminar (Sains) dan Dewan Al-Azhar (Sejarah)
Pendaftaran pada 8.00 pagi, Kehadiran adalah wajib dan tiada sekolah dikecualikan. Peserta kursus juga diingatkan untuk membawa bersama cetakan DSKP subjek berkenaan. DSKP Sains dan Sejarah boleh didownload di lampiran
Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan, Terima Kasih.
Lampiran :
DSKP-Sains-Tahun-6.pdf
Dskp-Kssr-Sejarah-Tahun-6.pdf

Langgan:
Catatan (Atom)