* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 11 Julai 2015

Salam Aidil Fitri 1436H - Maaf Zahir dan Batin

Reaksi :  


Ucapan Penghargaan En.Wee Kok Cheng, Mantan PPPD Bahasa PPD Mersing

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa saya telah menamatkan perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam mulai 2 Julai 2015

Sepanjang tempoh perkhidmatan saya, saya percaya ada pertuturan, perbuatan dan geraklaku yang kurang menyenangi tuan. Oleh itu, sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon maaf atas sebarang kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak.

Saya tidak berniat buruk kecuali untuk menggalakkan tuan-tuan membuat penambahbaikan terhadap apa yang ditegurkan. Saya percaya tuan juga ingin lakukan yang terbaik bagi diri sendiri mahupun anak-anak didik tuan.

Sepanjang perkhidmatan saya di daerah Mersing, saya dapati semua warga pendidikan telah berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan yang terbaik. Saya berdoa agar segala niat murni dan usaha tuan akan terus menghasilkan taraf pendidikan yang lebih unggul pada masa akan datang. Teruskan usaha murni ini.

Akhir kata, saya mohon tuan menghalalkan makan minum saya serta memaafkan saya atas segala kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh perkhidmatan saya di daerah Mersing yang bertuah ini.

Sekian, terima kasih.

MERSING HEBAT

.......................................................................
JASA BAKTI TUAN TETAP DI HATI KAMI
Selamat Bersara daripada kami warga akademik Mersing
.......................................................................
Jumaat, 10 Julai 2015

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat (KPM)

Reaksi :  
Reka Bentuk, Syarat dan Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan mengikut Kriteria Ukuran, Sulaman/Tekatan Logo dan Nama, Jenis Meterial, Warna dan Jenis Font Baju Korporat Pegawai Kerajaan. Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Pegawai/Kakitangan Lelaki dan Wanita (KPM) adalah merujuk Surat Edaran KPM.BKP.300-1/12(13) bertarikh 8 Januari 2014 oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia. Muat turun di akhir entri.

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat (KPM) Lelaki dan Wanita

Penyeragaman Etika Pemakaian Baju Korporat di kalangan warga Kementerian Pendidikan. Penetapkan Ukuran, Sulaman/Tekatan Logo dan Nama, Jenis Meterial, Warna dan Jenis Font dalam Reka Bentuk Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia. Penyeragaman ini dapat membentuk Identiti dan Imej pegawai/kakitangan KPM dalam Etika Berpakaian.

Ukuran Sulaman/Tekapan Logo dan Nama Pegawai

Sulaman/Tekatan Logo dan Nama untuk Baju Korporat (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia


Potongan dan Rekabentuk Baju Korporat Lelaki

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM.BKP.300-1/12(13)

Potongan dan Rekabentuk Baju Korporat Wanita

Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat KPM.BKP.300-1/12(13)

Syarat Pemakaian Baju Korporat (KPM) Kementerian Pendidikan Malaysia

  • Baju korporat tidak boleh menggunakan peruntukan Jabatan/Bahagiandan hendaklah dibiayai sendiri oleh pegawai/kakitangan.
  • Pemakaian Baju Korporat oleh kakitangan KPM hanya dibenarkan apabila melaksanakan Tugas Rasmi di Lapangan Luar sahaja.
  • Baju Korporat bagi pegawai/kakitangan Lelaki KPM/JPN/PPD/Sekolah, hanya boleh dipakaibersama-sama seluar panjang slacks/khakis dengan keutamaan kepadawarna gelap.
  • Baju Korporat Bagi Pegawai/Kakitangan Wanita KPM/JPN/PPD/Sekolah, hanya boleh dipakaibersama skirt labuh berbentuk "A" (A-line skirt) paras tumit atau seluarpanjang polos berwarna hitam dantudung berwarna hitam/dar/cblue/royal blue.

Sila rujuk surat siaran di pautan KPM.BKP.300-1/12(13) untuk pengemaskinian dan update Etika Pemakaian Baju Korporat Terkini. Sekiranya ada perubahan mengikut kawasan dan edaran pekeliling terkini, sila nyatakan di bahagian komen sabagai makluman bersama. Semoga perkongsian mengenai Garis Panduan Pemakaian Baju Korporat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini bermanfaat dan dijadikan panduan dalam etika berpakaian seharian.
Rabu, 8 Julai 2015

PENGGANTUNGAN OPERASI MODUL KEBERADAAN GURU (MKG)

Reaksi :  
Dimaklumkan, EMIS Online (Modul Pengurusan Sekolah) tidak lagi menguruskan data berkaitan guru di sekolah. Pengurusan data guru telah dipindahkan sepenuhnya ke e-Operasi (Modul Pengurusan Guru)

3. Sehubungan itu, Modul Keberadaan Guru dalam EMIS Online digantung operasinya untuk dipindahkan ke e-Operasi sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

4. Sebarang kesulitan yang timbul amatlah dikesali. Keperihatinan tuan/puan dalam hal ini amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Lihat juga capaian di bawah.


http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/index2.php?BHS=&UT=4&MN=40&JN=&W=2139
Selasa, 7 Julai 2015

BULETIN SYIAR RAMADHAN KPM SIRI 3

Reaksi :  

Transformasi tidak terjejas - Utusan Malaysia, 2 Jun 2015

Reaksi :  

Indah, istimewa menjadi cikgu" yang ditulis oleh YB Timbalan Menteri Pendidikan

Reaksi :  


Bilik darjah Frog bantu guru tangani cabaran - Utusan Malaysia, 29 Jun 2015

Reaksi :  

Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 (Kategori Kanak-Kanak dan Remaja)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dimaklumkan bahawa DBP melalui Bahagian Pengembangan Kesusasteraan Kanak-Kanak dan Remaja sedang menganjurkan Sayembara Menulis Sajak DBP 2015 (Kategori Kanak-kanak dan Remaja), dan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara. 

Program tersebut bermula pada 1 April 2015 hingga 31 Julai 2015

Berikut disertakan surat DBP/322/600.2-2/54 (18) untuk tindakan pihak sekolah seterusnya.
Wassalam..

Lampiran : 
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan mesyuarat tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 22 Julai 2015 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Kluang.
Sasaran : JU Pend. Jasmani Daerah

Guru-guru yang terlibat :

1. En. Halim bin Abdullah (SK Sri Mersing)

2. En. Mohd. Rudzahan Amran (SK Bandar Endau)
3. En. Khairudin Hj. Yaacob (SK sri Mersing)
Mohon keberadaan Tuan/Puan..
Sekian. Wassalam.

Lampiran :

JU_PJ.pdf

Taklimat dan Bengkel Peningkatan Prestasi SPM Siri 2 tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan taklimat dan bengkel tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Julai 2015 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Kluang.
Sasaran : Guru Kanan Matapelajaran (GKMP)

Sekolah-Sekolah yang terlibat :

1. SMK Tenggaroh A
2. SMK Tan Sri Abdul Kadir
3. SM Arab Al-Khairiah Al-Islamiah Mersing

Mohon keberadaan Tuan/Puan..
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Bengkel_SPM.pdf
Isnin, 6 Julai 2015

Program STS 66 UPSR Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 9 Julai 2015 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Semarak, PPD Kluang.
Sasaran : Guru Penolong Kanan 1 (Pentadbiran)

KEHADIRAN WAJIB (TIDAK BOLEH DIWAKILKAN)

Sekolah-Sekolah yang terlibat :

1. SK Lembaga
2. SK LKTP Nitar 01
3. SK LKTP Nitar 02
4. SK Penyabong
5. SK Teriang

Mohon keberadaan Tuan/Puan..
Sekian. Wassalam.

Lampiran :
Surat Panggilan Peserta.pdf