* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 28 Ogos 2015

Penutupan Rasmi Program Seribu Bintang 2015

Reaksi :  

Program Menjengah Permata @ Serap Tekanan - SKN02 (28 Ogos 2015)

Reaksi :  

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan semula ujian ini adalah kepada guru BM bukan opsyen yang tidak hadir pada bulan Mac 2014. Ujian ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 29 Ogos 2015 (Sabtu)
Tempat: IPG Tun Hussein Onn, Batu Pahat
Masa: 8.00 pagi hingga 5.00 petang

3. Guru yang namanya tersenarai adalah diwajibkan hadir dan menduduki ujian ini. Sila rujuk senarai edaran yang dilampirkan berkaitan pelaksanaan, jadual, peralatan serta dokumen yang perlu dibawa bersama.

4. Sekadar makluman, untuk guru yang tidak hadir, tindakan akan diambil seperti yang dijelaskan dalam lampiran.

Sekian, terima kasih.


Lampiran : pelaksanaan_semula_ukbm.pdf
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan Lembaga Peperiksaan telah menyediakan Aplikasi Kemasukan Markah dan Instrumen Ujian Bertulis PT3. Terdapat sedikit penambahbaikan kepada aplikasi berkenaan. Bagi membantu serta memudahkan tugas pentaksir dan pentadbir di sekolah, panduan pengurusan aplikasi berkenaan telah disediakan.

3. Pihak tuan akan dilampirkan surat dari Jabatan Pendidikan yang memaklumkan untuk memuat turun panduan berkenaan melalui sesawang PPD Daerah. Namun begitu, pihak kami telah menyediakan bahan tersebut dalam bentuk CD untuk tindakan tuan. Sila dapatkan CD dan surat tersebut di dalam Peti Sekolah masing-masing.

4. Kerjasama tuan amat kami hargai. Sekian terima kasih.

INSTRUMEN LISAN LINUS2.0 SARINGAN KE 2 TAHUN 2015.

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

Perkara diatas adalah dirujuk.

Mohon kepada semua penyelaras LINUS dan guru-guru yang terlibat dengan Program LINUS2.0 agar dapar memuaturun instrumen LISAN saringan 2 yang dilampirkan.

Terdapat perubahan pada kaedah pelaksanaan bagi intrumen Numerasi. Sila Patuhi arahan didalam Panduan Pentadbiran Saringan yang dibekalkan.

Penyelaras induk LINUS2.0 akan ditaklimatkan mengenai Pentadbiran Saringan pada 25.8.2015 seperti surat yang telah diedarkan.

Sekian harap maklum.


Lampiran : INSTRUMEN_SARINGAN_2_2015_LISAN.zip

PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2015 JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Reaksi :  
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Dengan hormat dan sukacitanya dimaklumkan bahawa pertandingan tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 05 Oktober 2015 (perubahan akan dimaklumkan)
Tempat : JPNJ
Masa : 8.15 a.m –4.00 p.m

Sehubungan itu, pihak tuan diminta memaklumkan pekara berkenaan kepada semua guru. Guru-guru boleh menghantar borang penyertaan sebelum 15 september 2015 dengan mengembalikan lampiran A dan B ke PPD Mersing, untuk perhatian En. Mohd Amin Bin A. Hamid. Penghantaran juga boleh melalui emel (ppdsm.mersing@gmail.com) atau aplikasi telegram ke 017-2573981.

Untuk makluman pihak tuan, pertandingan tersebut melibatkan 4 kategori iaitu individu prasekolah, individu menengah, individu rendah dan kumpulan. Semua Inovasi (inovasi P&P) yang diterima akan dinilai dan pemilihan akan dibuat oleh panel Inovasi PPD Mersing. Tiga Inovasi terbaik bagi setiap kategori akan dihantar untuk menyertai pertandingan tersebut.

Kerjasama dan pertimbangan tuan adalah satu penghormatan kepada kecemerlangan daerah Mersing. 

Sekian, Terima Kasih

Lampiran 1:  LAMPIRAN_A.docx
Lampiran 2:  LAMPIRAN_B.docx

Program Menjengah Permata 2015 - 27 Ogos 2015

Reaksi :  


Pelancaran Program Seribu Bintang 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

AlHamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dan Yayasan Pelajaran Johor sedang menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 27 - 28 Ogos 2015
Tempat : SK Teriang
Keterlibatan : 73 orang calon UPSR 2015
(SK Teriang, SK Air Papan, SK Tanjung Resang, SK Penyabong, SK Labong)



Rabu, 26 Ogos 2015

Sekitar Program Menjengah Permata UPSR 2015 - 26 Ogos 2015

Reaksi :  






Selasa, 25 Ogos 2015

Sekitar Program Menjenga Permata -25 Ogos 2015

Reaksi :