* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 5 September 2015

Impak LINUS

Reaksi :  



Rabu, 2 September 2015

Peka Bahasa : Menamakan - Menamai

Reaksi :  

PERADUAN INSTAGRAM SEHATI SEJIWA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2015

Reaksi :  
Dengan hormatnya adalah saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.         Bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia Tahun 2015, Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), akan menganjurkan Peraduan Instagram Sehati Sejiwa yangbertujuan:-
 
  1. Memaparkan gelagat sehati sejiwa dan rasa cinta rakyat Malaysia dalam menyambut  Hari Kebangsaan Tahun 2015 dengan penuh patriotisme.
 
  1. Menyemarakan  semangat patriotisme dan cintakan negara  di kalangan masyarakat melalui aplikasi instagram;
 
  1. Merakyatkan amalan kibaran jalur gemilang di lapangan dan media online.
 
(Penyertaan adalah dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bermula pada 23 Ogos 2015 Sehingga 18 September 2015
 
3.         Sehubungan itu, semua yang berminat, sila hantarkan insta foto atau insta video gelagat Sehati Sejiwa anda dalam menyambut Hari Kebangsaan 2015 secara kreatif melalui instagram anda beserta #im58, #SehatiSejiwa dan mention @instamerdeka.Untuk maklumat lanjut berkenaan peraduan :-
 
b) Sila FOLLOW akaun INSTAGRAM http://instagram.com/instamerdeka
c) Sila FOLLOW TWITTER https://twitter.com/instamerdeka
 
4.         Bersama-sama ini turut dilampirkan info beserta terma dan syarat pertandingan untuk perhatian YBhg. Dato'/Tuan/Puan jua. Sehubungan dengan itu, semua warga Kementerian/ Jabatan/ Agensi adalah dijemput untuk menyertai peraduan ini.

Dengan segala hormat saya merujuk kepada surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) rujukan JPA (I) S.177/22/1 Klt.10 (11) bertarikh 17 Ogos 2015/ 2 Zulkaedah 1436H mengenai perkara di atas.
 
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa Tuan/Puan untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon kemudahan penajaan untuk Pegawai Pengurusan dan Profesional bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2016. 
 
3.         Pegawai-pegawai yang berminat boleh  melayari Portal JPA www.jpa.gov.myatau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui tentang syarat-syarat dan tatacara permohonan. Borang permohonan hendaklah diisi secara atas talian dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama dokumen-dokumen seperti di LAMPIRAN 1 surat pelawaan JPA dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C).
 
4.         Kesemua dokumen ini hendaklah dikemukakan sebanyak empat (4) salinan. Borang JPA(L) LDP 1A/96 (LAMPIRAN B) akan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM.
 
5.         Permohonan secara atas talian bagi pegawai yang ingin memohon dibuka mulai19 Ogos 2015 (Rabu) hingga 11 September 2015 (Jumaat). Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 11 September 2015 (Jumaat)sebelum jam 5.00 petang kepada:
 
           Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
           Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604, PUTRAJAYA
 
6.         Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini pihak Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:
 
            6.1       Encik Azmi Tepoli
                        Tel       : 03-8884 7947
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : azmi.tepoli@moe.gov.my
 
            6.2    Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
                     Tel          : 03-8884 7943
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : danial.suhaimi@moe.gov.my
 
7.         Bersama-sama ini disertakan sesalinan surat jemputan Jabatan Perkhidmatan Awam untuk perhatian  Tuan/Puan jua.
 
Sekian, terima kasih.
 
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
 
Saya yang menurut perintah,
 
 
Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

Program Menjengah Permata UPSR 2015 - 2 Sept. 2015

Reaksi :  



Program Menjengah Permata SR 2015 Zon Tenggaroh - 1 Sept. 2015

Reaksi :