* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 12 September 2015

IKLAN PENGAMBILAN JURULATIH SUKAN GRED 29 HINGGA 44 (JAWATAN TERBUKA) DI SEKOLAH SUKAN MALAYSIA

Reaksi :  
Permohonan adalah dipelawa daripada Pegawai Perkhidmatan Awam atau warganegara Malaysia bukan penjawat perkhidmatan awam yang berkelayakan untuk mengisi  jawatan  Jurulatih Sukan  (Jawatan Terbuka) di Sekolah Sukan Malaysia Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Sekolah Sukan Malaysia Tunku Mahkota Ismail  Kota Tinggi, Johor, di Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Sekolah Sukan Malaysia Sabah dan Sekolah Sukan Malaysia Terengganu.
Untuk maklumat lanjut sila muat turun maklumat di bawah:

KAJIAN KEPERLUAN GURU PENDAMPING DALAM PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF

Reaksi :  
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menjalankan satu Kajian Keperluan Guru Pendamping Dalam Program Pendidikan Inklusif.
Sehubungan dengan itu, kerjasama tuan/puan dalam memberikan maklum balas Kajian Keperluan Guru Pendamping Dalam Program Pendidikan Inklusif amat kami harapkan. Maklum balas yang jelas dan telus akan dapat membantu pihak kami membaiki mutu perkhidmatan pendidikan khas. Tempoh masa soal selidik ini bermula dari 01 hingga 30 September 2015. Sila kembalikan borang soal selidik yang telah dilengkapkan pada 05 Oktober 2015 kepada :
         Pengarah
         Bahagian Pendidikan Khas
         Kementerian Pendidikan Malaysia
         Aras 2, Blok E2, Kompleks E
         Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
         62604
         Putrajaya
         atau e-mel kepada:
         Dr. Ab Halim bin Sulong                            : halim.sulong@moe.gov.my
         Puan Maslyana binti Ahmad Rathuan       : maslyana.rathuan@moe.gov.my
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

Jumaat, 11 September 2015

Pindaan Tempat Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Sejarah Sekolah Rendah Tahun 2015

Reaksi :  
Kepada ,
Guru Besar
SK Mersing Kanan
SK Sawah Dato
SK Sri Mersing
SK Bandar Mersing
SK Kem Iskandar
SK Tenglu
SK Air Papan
SJKC Pai Chee
SJK Tamil
SK Sri Pantai
SK Telok Lipat
SK Pusat Air Tawar
SK Pulau Sibu

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan kursus berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13 - 15 Sept. 2015 (Ahad-Selasa)
Masa : 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : SK Bandar Mersing

Sasaran : Pengerusi Panitia Sejarah atau Guru yang mengajar MP sejarah Tahun 4 dan 5

SILA BAWA BERSAMA :
  • Komputer Riba
  • DSKP Sejarah Tahun 4 dan 5
  • Buku Teks Tahun 4 dan 5
  • Wayar Penyambung Elektrik
  • Peralatan membina BBM
  • Pendrive (8 GB ke atas)
Wassalam.

Khamis, 10 September 2015

Sekitar Hari Kedua dan Ketiga UPSR 2015

Reaksi :  













Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan kursus tersebut di atas seperti ketetapan berikut:-

Tarikh : 13 hingga 15 September 2015
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : SK Seri Pantai, Mersing
Bilangan peserta/sekolah terlibat: Rujuk Lampiran

2. Pihak sekolah diminta menghantar guru yang mengajar Bahasa Melayu di Tahun 4 bagi sekolah rendah (SR) dan Tingkatan 2 di sekolah menengah (SM).

3. Bahan / alatan yang perlu dibawa bersama:– computer riba, ‘broadband’, DSKP Bahasa Malaysia Tahun 4 dan Tingkatan 2 dan Buku Teks.

4. Tindakan pihak sekolah/ guru yang terlibat: – 
- sediakan bahan P&P demi Melindungi Masa Instruksional (MMI) 
- pastikan dasar MMI dipatuhi sepanjang ketidakhadiran guru di sekolah.

Sekian, terima kasih.


Lampiran : 
Surat.jpg
Peserta.jpg
Jadual.jpg
Perkara di atas adalah dirujuk. Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pejabat ini akan mengadakan seminar berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 15 September 2015
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bilik Profesional, SMK Mersing
Sasaran : Guru Yang Dibimbing 

2. Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati tuan dapat mengizinkan guru tersebut untuk menghadiri seminar berkenaan sebagai peserta. Peserta yang dipilih merupakan GDB di bawah Program Bimbingan SISC . Justeru, kehadiran peserta adalah wajjib dan pihak sekolah diminta untuk tidak membuat gentian bagi guru yang telah disenaraikan. 

3. Makan minum disediakan oleh pihak penganjur, manakala tuntutan perjalanan hendaklah dituntut ke pejabat ini berdasarkan kelayakkan dan pembayaran akan dibuat mengikut peruntukan DTP B63 093501 (os21000) yang sedia asa berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan WP1.4/2013 dan WP1.10/2013. Sebagai langkah penjimatan, tuan juga diarahkan berkongsi kenderaan.

4. Peserta diarahkan untuk membawa computer riba dan sesalinan muka surat Rancangan Pengajaran Harian yang pernah dilaksanakan oleh guru.

5. Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Ustaz Wan Nadzri bin Wan A. Rahman, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kurikulum di talian 07-7996700 atau 019-7193748.

Komitmen dan kerjasama tuan bagi merialisasikan slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, AManah dan Tawakkal) adalah satu penghormatan kepada pendidikan daerah Mersing. Ketepatan masa adalah amat dihargai.

Sekian. Wassalam.

Warkah Akademik - Tamatnya UPSR 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah.. marilah sama-sama kita merakamkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas nikmat yg tidak terkira banyaknya.. Allah SWT tidak berkira-kira memberikan nikmat kepada sesiapa sahaja yang ia kehendaki.

AlHamdulillah, UPSR 2015 berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini. Sejarah hitam pada tahun lepas (2014) banyak mengajar kita tentang erti integriti dan ketelusan dlm mengurus sesuatu terutama urusan yang berkaitan dengan bahan sulit kerajaan.

Tahniah kepada petugas-petugas UPSR 2015 kerana berjaya mengurus dan mengelola perjalanan UPSR dan perkara yang berkaitan dengan baik dan teratur mengikut standard dan prosedur juga SOP yang telah ditetapkan.
Tk. kepada semua Jabatan dan agensi yang terlibatsama dalam urusan berkenaan.

Terima kasih kepada warga sekolah dan rakan-rakan pegawai ..Tk Cikgu yang mengajar dan tidak mengajar murid-murid tahun 6.
Tahniah kepada semua calon UPSR 2015 kerana berjaya menempuh penilaian ini dengan hati yang tenang dan bertenaga.
Tahniah semua..moga Mersing sekali lagi akan melakar sejarah di persada kebangsaan..
Insya Allah...Kami tumpang bangga dengan kecemerlangan anda..
Wassalam..- Si Kerdil.

Taklimat Fasilitator/Urus Setia Kursus Penyebaran DSKP Pend.Moral Tahun 6

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan taklimat berkenaan akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Sept. 2015 (Ahad)
Masa ; 2.30 petang
Tempat : Bilik Konsultasi Akademik

Guru-guru yang terlibat :

1. BIBIAN ANAK NICHOLAS - SKKI
2. YEW CHIN KHIN (FASILITATOR) - SJKCCC
3. NG MEI FANG (FASILITATOR) – SJKC J
4. NYEO SHEVE LIANG (FASILITATOR) - SJKCPC

Wassalam.

Selasa, 8 September 2015

Suasana Hari Pertama UPSR 2015

Reaksi :  




Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Prasekolah, Sektor Pengurusan Akademik, Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan melaksanakan Kajian Pencapaian Kualiti Prasekolah KPM 2015 di kelas prasekolah yang terpilih mulai 9 hingga 17 September 2015 (rujuk surat lampiran).

2. Tujuan kajian ini adalah untuk mengukur perkaitan diantara komposisi guru terhadap tahap penguasaan murid prasekolah.

3. Sekolah yang terlibat adalah:
a. SK Tanah Abang
b. SK Sawah Dato
c. SK Seri Pantai
d. SK Sri Mersing
e. SK Mersing Kanan

4. Reka bentuk Kajian adalah seperti berikut:
a. Pemerhatian ke atas proses P&P.
b. Soal selidik guru.
c. Semakan rekod pentaksiran.

5. Sehubungan dengan itu, semua guru prasekolah di sekolah terlibat adalah diminta untuk bersedia.

6. Mohon jasa baik pihak sekolah untuk membenarkan pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri dan pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah melaksanakan kajian di sekolah tuan.

Kerjasama tuan diucapkan ribuan terima kasih.
Lampiran 1:  KPKP_KPM_2015.pdf


Isnin, 7 September 2015

Warkah Akademik - UPSR 2015

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.
Subhanallah, Al-Hamdulillah, Allahu Akbar.

Kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah yang telah merencanakan Program Kecemerlangan UPSR Tahun 2015 tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.
Terima kasih kepada guru-guru yang telah menitiskan ilmu kepada calon-calon UPSR 2015 sejak tahun 1 hingga tahun 6. Tempoh masa selama enam tahun belajar di sekolah rendah bukanlah satu tempoh masa yang pendek dan hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Apa yang kita harapkan ialah anak-anak permata kita ini akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek sebelum mereka berhijrah ke alam sekolah menengah.
Sesungguhnya jasa guru tidak terhitung banyaknya dan tidak terkira nilainya .. merekalah yang membentuk anak-anak daripada tidak tahu apa-apa sehingga boleh mengenal, membaca, mengira dan menaakul. Dan esok anak-anak kita ini akan menempuh UPSR 2015 sebagai satu titik tolak awal yang bakal mencorakkan halatuju mereka di alam sekolah menengah nanti..Ukuran dan asas pencapaian UPSR akan menjadi asas kepada pemilihan ke sekolah menengah.
Kita sama-sama berdoa agar anak-anak ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Saya secara peribadi dan mewakili warga Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak.
Kami juga memohon maaf kerana tidak sempat berkunjungg ke semua sekolah terutama di ambang UPSR 2015 terutama sekolah-sekolah pulau dan sekolah-sekolah pedalaman. Kita hanya mampu merancang, hanya Alllah SWT sahaja yang menentukan segalanya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD dan semua warga PPD Mersing yang telah memberikan sokongan dan turun padang bersama-sama menjengah permata upsr Mersing.

Terima kasih kepada semua petugas UPSR 2015. Pastinya SOP menjadi keutamaan. Pengorbanan Tuan/Puan akan tetap terpahat di hati kami.. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dan jabatan kerajaan yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran UPSR 2015.

Usaha menJejaki barakah Ilahi, pastinya niat menjadi titik mula yang utama dalam semua hal dan urusan yang kita lakukan. Sehubungan itu, kami amat berharap agar semua pihak dapat menjaga tatasusila sebagai seorang Islam yang berpegang teguh dengan nilai sucinya, begitu juga nilai-nilai yang turut diamalkan oleh rakan-rakan bukan Islam sepanjang masa.. Apa lagi dalam tempoh anak-anak kita menduduki UPSR 2015 ini. Elakkan terlibat dengan aktiviti yang lagha (melalaikan) yang boleh mengubah suasana dan barakah ilmu.
Lipatgandakan amalan kebaikan dan ibadah serta berdoa dengan hati yang khusyuk dan bersungguh-sungguh. Bertahajjudlah kerana Tahajjud seorang guru merupakan satu suntikan rohani yang amat berkesan kepada murid-murid kita.
Moga kita sentiasa diberkati Allah SWT.
Wassalam.

Status Pembudayaan PLC Sekolah-Sekolah Di Daerah Mersing 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
AlHamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Pendidikan Guru (BPG) KPM sedang mengesan status pembudayaan plc di semua sekolah.
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama pihak sekolah agar dapat mengambil tindakan segera melaporkan status berkenaan secara atas talian di pautan berikut :
http://goo.gl/forms/jtNopb1ftH


Sekitar Restu Ilmu dan Restu Permata UPSR - 7 Sept. 2015

Reaksi :