UNTUK PERHATIAN DAN TINDAKAN SEGERA SKK: BORANG PENILAIAN DAN MAKLUM BALAS PRESTASI PENCAPAIAN SKK (BORANG AK-5)
Perkara di atas adalah dirujuk.
2. Seperti yang tuan sedia maklum, semasa Bengkel Pengurusan Kebitaraan yang telah diadakan pada bulan Jun hingga Mei 2015 (ikut zon) telah ditetapkan semua Penyelaras SKK hendaklah menghantar Borang Penilaian dan Maklum Balas Prestasi Pencapaian SKK iaitu Borang AK-5.
3. Sehubungan dengan itu, Bahagian telah menghantar e-mel (Sila buka e-mel SKK masing-masing) memohon agar SKK yang masih belum mengambil tindakan agar menghantar Borang AK-5 sebelum atau pada 6 Oktober 2015. Tuan juga diingatkan agar menggunakan format yang telah diselaraskan semasa Bengkel Pengurusan Kebitaraan 2015 seperti yang dilampirkan melalui e-mel SKK. Maklumat yang terdapat dalam borang tersebut hanyalah sebagai contoh sahaja. Semua penyelaras hendaklah mengisi maklumat yang betul dan tepat berdasarkan KPI sekolah masing-masing. Sila e-mel maklumat Borang AK-5 terus kepada ctasha7769@gmail. com.
4. Bahagian juga mengucapkan terima kasih kepada 20 Penyelaras SKK yang telah menghantar Borang AK-5. Kerjasama dan tindakan segera SKK amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
http://myklusterakademik.blogspot.my/2015/10/untuk-perhatian-dan-tindakan-segera-skk.html