Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 17 Oktober 2015

Pemantauan Galak Guna Bahan Digital MBMMBI Dalam P&P Guru

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth. dan Salam Mahabbah.

u.p. Pengetua dan Guru Besar

  • SM Sains Sultan Iskandar Mersing
  • SMK Ungku Husin
  • SK Pusat Air Tawar
  • SK Sri Mersing
  • SJKC Chiao Ching
  • SJKC Pai Chee
  • SJK Tamil Mersing
AlHamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa kami telah diarahkan melaksanakan pemantauan berkenaan seperti ketetapan berikut :


Tarikh
Sekolah
Mata Pelajaran
19 Okt. 2015
Isnin
SMS Sains Sultan Iskandar
SMK Ungku Husin
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
20 Okt. 2015
Selasa
SJKC Chiao Ching
SK Pusat Air Tawar
SK Sri Mersing
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
21 Okt. 2015
Rabu
SJKC Pai Chee
SJK Tamil
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris


Skop Pemantauan :
1. Teknikal dan Dokumentasi
2. Penggunaan Bahan Digital dalam P&P Guru.

Sekian. Wassalam

Lampiran : 
Khamis, 15 Oktober 2015

PEMANTAUAN PEMBESTARIAN SEKOLAH BERSEPADU BTPN DAN PKG JOHOR 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dan Pusat Kegiatan Guru Endau akan melaksanakan pemantauan bersepadu ke sekolah kelompok berkaitan dengan pembestarian sekolah.

3. Perkara yang menjadi fokus utama pemantauan ini ialah :
3.1 Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah.
3.2 Pengurusan dan Pengunaan Komputer dan ICT Sekolah.
3.3 Pengurusan dan Pengunaan MBMMBI Sekolah.
3.4 Pengurusan dan Pengunaan VLE Sekolah.

4. Pemantauan akan bermula 15 Oktober 2015 (Khamis) hingga 29 Oktober 2015 (Khamis). Bersama-sama hebahan ini disertakan instrumen pemantauan untuk rujukan.

5. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan guru yang diamanahkan dalam perkara berkaitan di atas untuk bersedia dengan dokumen-dokumen berkaitan dengan instrumen sebagai bahan bukti.

6. Berikut adalah senarai penyelaras yang perlu bersedia semasa sesi pemantauan tersebut :
6.1 Guru Perpustakaan da Media
6.2 Guru Penyelaras Bestari/ICT 
6.3 Guru Penyelaras MBMMBI 

7. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Faruze Bin Iberahim, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau (07-7944197) 

Sekian, Terima kasih.


Lampiran :
03_Instrumen_Pemantauan_BTPN-PKG_2015.doc

STATUS PENGUNAAN VLE FROG SEKOLAH DAERAH MERSING BULAN SEPTEMBER 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Berdasarkan Laporan Berkala Penggunaan Pelantar Pembelajaran Maya (VLE-Frog) 1BestariNet KPM September 2015, didapati penggunaan VLE-Frog dikalangan murid adalah tidak mencapai sasaran kebangsaan (seperti dalam surat KPM yang dilampirkan).

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan dikehendaki memperhebat dan memastikan sekolah di bawah tadbiran tuan menggunakan VLE-Frog secara optimum seperti dalam surat siaran Pelaksanaan Penggunaan VLE KPM[KP(BTP-PENT)8800/4/2 Jld.13(2)] bertarikh 09 Januari 2015.

4. Sasaran KPM penggunaan VLE-Frog ialah satu(1) juta murid setiap minggu bermula penghujung bulan November 2015. Sehubungan itu, KPM telah membuat penetapan KPI yang baru untuk peratus penggunaan murid sekurang-kurangnya 5 minit dalam 1 sesi pembelajaran sahaja setiap minggu mengikut bulan :

5. Tahniah! kepada 12 buah sekolah yang melepasi KPI penggunaan 17.7% Daerah Mersing bagi bulan September untuk minggu 37- 40 September 2015.

5.1 SJK(C) KG HUBONG (JBC4002) 47.56%
5.2 SJK(C) CHIAO CHING (JBC4001) 42.65%
5.3 SK TELOK LIPAT (JBA4016) 36.64%
5.4 SK TERIANG (JBA4008) 32.84%
5.5 SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN ISKANDAR (JRA4001) 30.83%
5.6 SMK MERSING (JEA4035) 28.52%
5.7 SK (FELDA) TENGGAROH 6 (JBA4014) 26.73%
5.8 SK PUSAT AIR TAWAR (JBA4015) 21.38%
5.9 SK LEMBAGA ENDAU (JBA4009) 21.10%
5.10 SK PENYABONG (JBA4023) 20.45%
5.11 SJK(C) PAI CHEE (JBC4004) 20.44%
5.12 SK SERI PANTAI (JBA4004) 18.30%

6. Mohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan penggunaan VLE disekolah tuan melepasi KPI yang ditetapkan dan pemantauan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa. Sila muat turun lampiran yang disertakan. Sebarang pertanyaan tuan boleh menghubungi Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) di PKG Masing-masing. 

Sekian, Terima kasih.


Lampiran :
SURAT_KPM_KPI_VLE.pdf
KPI_VLE_Frog_Dashbord_September_2015.pdf



MAKLUMAN PENTING : PERBEKALAN WIRELESS ROUTER KEPADA 11 SEKOLAH-SEKOLAH TERPILIH DAERAH MERSING 2015 ( PERUNTUKAN HARTA MODAL 0S3500)
 
Tindakan       : Tuan Pengetua / Guru Besar Bagi 11 Sekolah-sekolah Yang Berkenaan Sahaja
Tarikh : 12-10-2015
Unit : MAKLUMAT-ICT
Oleh : En. Azman Bin Yusof



Maklumat :

1.SK SERI PANTAI
2.SK TELUK LIPAT
3.SJKC PAI CHEE
4.SK BANDAR MERSING
5.SMK SERI MERSING
6.SMK TAN SRI ABDUL KADIR
7.SMK FELDA TENGGAROH A
8.SMK MERSING
9.SMK NITAR
10.SR AGAMA BERSEPADU MERSING
11.SMA AL KHAIRIAH AL ISLAMIAH


Assalamuaalaikum wbrkth

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan, sekolah tuan-tuan telah terpilih untuk mendapat ‘ Wireless Router’ bertujuan menambah dan meluaskan lagi capaian internet di sekolah samada bagi tujuan PnP atau pengurusan.

2. Sehubungan dengan itu, pihak pembekal yang dilantik akan membekalkan peralatan tersebut dan memasangnya bermula pada minggu hadapan.

3. Mohon Tuan Pengetua/ Guru Besar sekolah-sekolah yang berkenaan atas bantuan teknikal Guru ICT / Juruteknik Komputer untuk kenalpasti lokasi yang paling strategik untuk memasang ‘Wireless Router ‘ tersebut.

4. Sila pastikan dokumen-dokumen ini – DO, SAP dan SPP di terima dari pembekal dan daftarkan peralatan tersebut mengikut prosedur pengurusan aset yang digunapakai.

5. Sekiranya ada sebarang persoalan, sila hubungi En. Azman Yusof, di Unit Teknologi dan Maklumat , PPD Mersing.

Warkah Akademik PPD Mersing - PT3 2015

Reaksi :  

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

AlHamdulillah..PT3 akan bermula esok 12 Okt.2015 hingga 15 Okt. 2015..
Tk kpd semua petugas dan tenaga kerja yg terlibat, samada di peringkat sekolah dan daerah, juga negeri..
Masa terus berlalu dan pihak kami tidak berkesempatan menjengah semua permata pt3,
namun kami kirimkan doa sebagai pengganti..
Sampaikan salam kami kpd semua anak-anak kita... 
Moga kejayaan akan terus menjadi milik anda dan kita..
Terus berusaha dan bertawakkal.
....................
Doa Kejayaan PT3 

بسم الله الرحمن الرحيم...

YA ALLAH...
Peliharalah kesihatan anak-anak kami Calon PT3 dihari peperiksaan ini.

Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhkanlah mereka daripada perasaan resah gelisah serta dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dgn Tepat. 

YA ALLAH,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan cemerlang ini,
mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai pembuka jalan untuk menjadi hambaMU yang soleh dan solehah 
menghampirkan diri mereka padaMU.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah,Cemerlang di dunia dan Cemerlang di akhirat.

YA ALLAH

Kami mohon kepadaMU, 
DiKau perbaikilah akhlak anak-anak kami.
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah yang baik.
Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buangkanlah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH

Jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Allahumma Amin.
Ya Rabbal Alamin

# Selamat Menduduki peperiksaan bagi yang akan mengambil peperiksaan PT3....
# Semoga anak-anak kita dapat melakukan dengan tenang...insyaa Allah.

Ahad, 11 Oktober 2015

KURSUS ORIENTASI DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6 (KSSR)

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 12 dan 13 Oktober 2015
Masa : 08.00 pagi hingga 04.00 petang
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Bilik Wawasan PPD Lama


Kehadiran adalah diWAJIBKAN kepada semua Ketua Panitia Sekolah Rendah Daerah Mersing. 


Kerjasama daripada pihak tuan dan puan didahului dengan ucapan terima kasih.

KURSUS ORIENTASI DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6 (KSSR)

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:


Tarikh : 19 dan 20 Oktober 2015
Masa : 08.00 pagi dan 04.30 petang
Hari : Isnin dan Selasa
Tempat : Bilik Wawasan PPD Lama
Sasaran : Pengerusi Panitia MP


Kehadiran adalah DIWAJIBKAN. 

Kerjasama daripada pihak tuan/ puan didahului dengan ucapan terima kasih.

PERSIDANGAN SECARA ATAS TALIAN EDUCATION ON AIR OLEH GOOGLE

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan/Puan,

Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Google for Education telah merencana persidangan secara atas talian Education on Air untuk memberi peluang kepada semua guru berbincang dan meneroka kaedah-kaedah terbaik pengajaran dan pembelajaran (PdP) abad ke-21. Di samping itu, kaedah-kaedah praktikal daripada guru-guru Malaysia yang telah berjaya merangsang murid-murid menggunakan teknologi dan inovasi turut juga dilibatkan dalam persidangan atas talian ini.

3. Persidangan secara atas talian ini boleh dicapai di alamat g.co/EduOnAir bermula 01 November 2015. Mereka yang berminat untuk menyertai program ini perlulah mendaftar pada laman sesawang tersebut selewat-lewatnya 15 Oktober 2015.

4. Sehubungan itu, pihak kami diminta memanjangkan perkara ini kepada sekolah-sekolah mengikut keperluan. Bersama-sama makluman ini dikepilkan poster jemputan ke program tersebut untuk tindakan tuan/puan.

5. Kerjasama dari pihak tuan/puan dalam perkara ini didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

SEJATI SEJIWA

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

MOHD BIN ABDUL RAHIM
Pegawai Teknologi Pendidikan 
Pusat Kegiatan Guru Endau

TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI


Lampiran :
http://g.co/EduOnAir
Jemputan1_PosterSekolah.pdf

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 6 (KSSR) DAERAH MERSING SUBJEK BAHASA MALAYSIA

Reaksi :  
Assalamualaikum wrth. dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 27 – 28 Oktober 2015 (Selasa – Rabu)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Pihak sekolah adalah diminta untuk membenarkan Ketua Panitia untuk menghadiri kursus ini. 

Kehadiran adalah wajib dan tiada sekolah dikecualikan. 

Ketua Panitia juga diingatkan untuk membawa bersama:
1. Cetakan DSKP Bahasa Malaysia Tahun 6
2. Komputer riba, broadband, wayar penyambung
3. Salinan Surat panggilan kursus yang telah disahkan.
4. Salinan Muka depan Buku Akaun yang masih aktif dan telah disahkan.

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan, Terima Kasih.

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 6 (KSSR) DAERAH MERSING SUBJEK BAHASA INGGERIS

Reaksi :  
Assalamualaikum wrth. Dan Salam Sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan betikut:

Tarikh: 11 – 12 Oktober 2015 (Ahad – Isnin)
Masa: 8.00 pagi hingga 4.30 petang
Tempat: Dewan Al-Azhar, PPD Mersing.

Pihak sekolah adalah diminta untuk membenarkan Ketua Panitia untuk menghadiri kursus ini.

Kehadiran adalah wajib dan tiada sekolah dikecualikan.

Ketua Panitia juga diingatkan untuk membawa bersama:
1. Cetakan DSKP Bahasa Inggeris Tahun 6
2. Komputer riba, broadband, wayar penyambung
3. Salinan Surat panggilan kursus yang telah disahkan.
4. Salinan Muka depan Buku Akaun yang masih aktif dan telah disahkan.

Sekian, untuk makluman dan tindakan pihak tuan, Terima Kasih.

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 6 (KSSR) PEND. MORAL DAERAH MERSING 2015

Reaksi :  
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 12 dan 13 Oktober 2015 
Tempat : SJK(C) Pai Chee Mersing
Masa : 8.00 am – 5.00 pm

Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Ketua Panitia matapelajaran berkenaan untuk menghadirinya. Kehadiran peserta adalah wajib, setiap slot kursus perlu dihadiri dan peserta yang tidak dapat menghadiri kursus perlu digantikan oleh guru lain seperti mana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Latihan Dasar, KPM.

Guru berkenaan diminta membawa bersama komputer riba, ‘thumb drive’, Dokumen Standard Kurikulum Dan Prestasi (DSKP) Tahun 6 serta bahan sokongan kursus dan satu salinan muka depan buku akaun bank yang masih aktif. (Untuk tujuan tuntutan)

Sekian Terima Kasih

KURSUS ORIENTASI DSKP TAHUN 6 (KSSR) PEND. JASMANI DAERAH MERSING 2015

Reaksi :  
Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa kursus tersebut akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:

Tarikh : 12 dan 13 Oktober 2015 
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Sri Mersing 
Masa : 8.00am – 5.00pm

Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Ketua Panitia matapelajaran berkenaan untuk menghadirinya. Kehadiran peserta adalah wajib, setiap slot kursus perlu dihadiri dan peserta yang tidak dapat menghadiri kursus perlu digantikan oleh guru lain seperti mana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Penyelarasan Latihan Dasar, KPM.

Guru berkenaan diminta membawa bersama komputer riba, ‘thumb drive’, Dokumen Standard Kurikulum Dan Prestasi (DSKP) Tahun 6 serta bahan sokongan kursus (Boleh di muat turun dari lampiran) dan satu salinan muka depan buku akaun bank yang masih aktif. (Untuk tujuan tuntutan)

Sekian Terima Kasih


Lampiran : DSKP_Pendidikan_Jasmani_Tahun_6.pdf

Kunjung Bantu Memacu Johor Top Five (Daerah Mersing)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor akan menganjurkan program tersebut seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 12 Oktober 2015 (Isnin)
Masa : 2.00 hingga 5.00 ptg.
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Mersing
Sasaran : Semua GKMP Sekolah Menengah

(SMKSM dan SMSSI dikecualikan)

SILA BAWA ANALISIS PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN PELAN INTERVENSI MATA PELAJARAN MENGIKUT BIDANG GKMP

Wassalam.
Lampiran : 
Memacu_Top_Five.pdf

Program Kecemerlangan Bahasa Melayu SPM Daerah Mersing Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa programn tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Oktober 2015 (Ahad)
Masa : 10.00 pagi hingga 12.30 tgh.
Tempat : Dewan Kecil SMK Pai Chee
Sasaran : Calon-Calon SPM 2015 (Berbangsa Cina)
Penceramah : Dr. Tan CL, Universiti Malaya.

Sekolah yang terlibat :
1. SMK Ungku Husin
2. SMK Pai Chee

Wassalam.
Lampiran : BM_Pelajar_Cina.pdf