* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Rabu, 4 November 2015

Pemberitahuan : Pelantikan PPPD Bahasa (Hakiki) di PPD Mersing

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrt dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Cik Saharazad binti Mustaffar telah dilantik sebagai Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (PPPD) Bahasa secara hakiki di Pejabat Pendidikan Daerah Mersing berkuatkuasa pada 4 Oktober 2015.

Pelantikan ini dibuat setelah En. Wee Kok Cheng, penyandang jawatan tersebut telah bersara pada 2 Julai 2015.

Wassalam..

Sesi Temu Bual PBPPP Tahun 2015 (Kelolaan Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing)

Reaksi :  
u.p.
Pengetua dan Guru Besar
SMK Sri Mersing
SMK Anjung Batu
SMK Pai Chee
SMK Tan Sri Abd. Kadir
SMK Ungku Husin
SMK Nitar
SMK Mersing
SMK Tenggaroh
SK Tenggaroh 01
SK Telok Lipat
SK Pulau Pemanggil
SK Tenggaroh 05
SK Pulau Tinggi
SK Penyabong
SK Pulau Sibu
SK Nitar 02
SK Tenggaroh 03
SK Tenglu
SK Sawah Dato
SK Air Papan
SK Bandar Mersing
SK Tenggaroh 2
SK Teriang
SK Seri Pantai
SK NItar 01
SK Labong
SK Peta
SK Kem Iskandar
SK Mersing Kanan
SJKC Pai Chee
SJKC Chiao Ching
SJKC Jemaluang

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa program berkenaan akan diadakan seperti butiran berikut :

Tarikh : 8 Nov. 2015 (Ahad)
Masa : 2.30 hingga 5.00 petang
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : PYD di bawah kelolaan Pegawai-Pegawai Akademik

SILA RUJUK JADUAL IKUT SESI 2.30 DAN 3.30 PETANG.

Sekian. Wassalam.
Lampiran : Sesi_Temubual_PBPPP.pdf
Isnin, 2 November 2015

JADUAL WAKTU SPM 2015

Reaksi :  

SPM 2015 bermula pada hari ini - 2 Nov. 2015

Reaksi :  

Ahad, 1 November 2015

Warkah Ayahanda PPD Mersing - SPM dan STPM 2015

Reaksi :  
Assalam. 
Mohon sampaikan salam saya dan ucapan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon SPM dan STPM. Moga anak anak dapat menjawab dengan tenang dan penuh yakin serta menggunakan masa yang diberi dengan sebaik mungkin serta tidak mudah putus asa atau mudah puas hati dengan jawapan yang ditulis. Doa restu ibu ayah , para guru dan semua warga kerja mengiringi anak anak. Lebihkan selawat bagi calon beragama Islam sama ada sebelum menjawab dan sesudah tamat menjawab. In shaa Allah berkat kesungguhan anak anak dalam tempoh sepanjang hampir sebulan peperiksaan berjalan akan membawa kejayaan. Setiap calon adalah permata kami dan setiap orang mampu menyumbang untuk menaikkan nama sekolah sama ada lulus dengan cemerlang atau sekurang kurangnya lulus semua mata pelajaran. Mari kita buktikan bahawa kita adalah pelajar hebat dari daerah Mersing kerana kita sama ada pelajar, guru guru dan ibu bapa adalah orang hebat. Selamat Menduduki Peperiksaan SPM dan STPM buat semua calon. 
Terima kasih

Mari kita bantu anak anak kita dengan mendoakan dan berselawat untuk membantu mereka menjawab dengan baik dan lulus dengan cemerlang. Aamiin

Md. Jais bin Samat
Pegawai Pendidikan Daerah Mersing

Warkah Akademik PPD Mersing - SPM dan STPM 2015

Reaksi :  

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Subhanallah, Al-Hamdulillah, Allahu Akbar.

Esok akan bermula SPM 2015. Begitu juga STPM 2015
Masa terus berdetik. Terus meninggalkan kita tanpa mengundur ke belakang. Berlalu tanpa menunggu kita.

Anak-anak Permata SPM dan STPM, dijadualkan akan menduduki peperiksaan berkenaan mulai esok, 2 November 2015 (Isnin)

Setinggi-tinggi penghargaan, kami rakamkan kepada pihak sekolah yang telah merencanakan Program-program Kecemerlangan SPM dan STPM Tahun 2015 tanpa berkira masa, tenaga dan wang ringgit.
Terima kasih kepada guru-guru yang telah menitiskan ilmu kepada anak-anak permata 2015 sejak sekian lama. Tempoh masa yang telah ditempohi bukanlah satu tempoh masa yang pendek dan hanya dibiarkan berlalu begitu sahaja.
Apa yang kita harapkan ialah anak-anak permata kita ini akan dapat menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam semua aspek sebelum mereka berhijrah ke alam pengajian yang lebih tinggi.
Sesungguhnya jasa guru tidak terhitung banyaknya dan tidak terkira nilainya .. merekalah yang membentuk anak-anak daripada tidak tahu apa-apa sehingga boleh mengenal, membaca, mengira dan menaakul. 

Esok anak-anak kita ini akan menempuh satu peperiksaan yang amat penting, yang bakal mencorakkan halatuju dan masa depan mereka.
Marilah kita sama-sama berdoa agar anak-anak ini akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Kepada rakan-rakan guru yang telah sanggup memikul tanggungjawab sebagai tenaga kerja pengurusan peperiksaan STPM dan SPM 2015, kami cukup terharu dengan pengorbanan anda.

Pastinya SOP menjadi keutamaan. Pengorbanan Tuan/Puan akan tetap terpahat di hati kami.. Terima kasih juga kepada pihak sekolah dan jabatan kerajaan yang telah memberikan kerjasama yang baik bagi memastikan kelancaran UPSR 2015. Terima kasih kepada semua petugas SPM dan STPM 2015. 

Saya secara peribadi dan mewakili warga Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing sekali lagi mengucapkan tahniah dan terima kasih atas komitmen yang telah ditunjukkan oleh semua pihak.
Kami juga memohon maaf kerana tidak sempat berkunjung ke semua sekolah terutama di ambang SPM dan STPM 2015. Kita hanya mampu merancang, hanya Alllah SWT sahaja yang menentukan segalanya.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Tuan PPD, Tuan Timbalan PPD dan semua warga PPD Mersing yang telah memberikan sokongan dan turun padang bersama-sama Menjengah Permata Mersing.

Usaha menJejaki barakah Ilahi, pastinya niat menjadi titik mula yang utama dalam semua hal dan urusan yang kita lakukan. Sehubungan itu, kami amat berharap agar semua pihak dapat menjaga tatasusila sebagai seorang Islam yang berpegang teguh dengan nilai sucinya, begitu juga nilai-nilai yang turut diamalkan oleh rakan-rakan bukan Islam sepanjang masa.. Apa lagi dalam tempoh anak-anak kita menduduki peperiksaan ini. Elakkan terlibat dengan aktiviti yang lagha (melalaikan) yang boleh mengubah suasana dan barakah ilmu.
Lipatgandakan amalan kebaikan dan ibadah serta berdoa dengan hati yang khusyuk dan bersungguh-sungguh. Bertahajjudlah kerana Tahajjud seorang guru merupakan satu suntikan rohani yang amat berkesan kepada murid-murid kita.
Moga kita sentiasa diberkati Allah SWT.

Doa Kejayaan SPM dan STPM 2015

بسم الله الرحمن الرحيم...

YA ALLAH...
Peliharalah kesihatan anak-anak kami Calon SPM DAN STPM 2015 dihari peperiksaan ini.

Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti.
Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan,jauhkanlah mereka daripada perasaan resah gelisah serta dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan dengan tepat. 

YA ALLAH,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami.
Mudah-mudahan dengan keputusan cemerlang ini,
mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan sebagai pembuka jalan untuk menjadi hambaMU yang soleh dan solehah 
menghampirkan diri mereka padaMU.
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah,Cemerlang di dunia dan Cemerlang di akhirat.

YA ALLAH

Kami mohon kepadaMU, 
DiKau perbaikilah akhlak anak-anak kami.
Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah yang baik.
Tanamkanlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buangkanlah sifat mazmumah dalam diri mereka.

YA ALLAH

Jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin dikalangan orang yang bertakwa.

YA ALLAH

Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Allahumma Amin.
Ya Rabbal Alamin

# Selamat Menduduki peperiksaan.
# Semoga anak-anak kita dapat melakukan dengan tenang...Insyaa Allah.

10 PERANAN IBU BAPA MENJELANG PEPERIKSAAN

Reaksi :  
Oleh: Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad,

1. Fahami Tekanan Yang Dihadapi Oleh Anak

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada diantara mereka tidak begitu menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka. Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada pula yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin kuat tidurnya. Ada yang murung, marah-marah, sensitif dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang boleh menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini. Sebagai ibu bapa, kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan tersebut dengan lebih memahami mereka. Katakan kepada mereka dengan jelas bahawa apa yang kita harapkan dari mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka. Jelaskan kepada mereka kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat untuk mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.

Apabila tinggal beberapa hari lagi untuk menghadapi peperiksaan, elakkan dari menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang mereka tidak ketahui penyelesaiannya kerana ini akan membuatkan mereka rasa tidak bersedia. Keyakinan diri mereka akan tergugat dan ini akan menjejaskan prestasi mereka dalam menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.

Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberikan sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan hingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaan dengan mengatakan yang dia pasti gagal. Perhatikan sahaja gelagat anak sebab biasanya luahan perasaan itu bukanlah luahan yang sebenar. Selepas itu, ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya, adakan masa untuk menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga. Ini akan membuatkan perasaan tegang dalam diri anak mengendur dan dia kini bersedia untuk kembali belajar semula. Ketika ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulangkaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

2. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak

Keyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak. Ada diantara mereka yang memang telah membuat ulangkaji sejak awal lagi tetapi tetap rasa tidak yakin pada diri sendiri. Sebagai ibu bapa kita perlu tahu bahawa keyakinan itu datangnya dari persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah mereka. Persediaan ini pula bukan sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat.

Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan. Proses mengeluarkan maklumat pula ialah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala pengetahuan yang telah diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi. Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat pengalaman. Lebihkan proses latih tubi untuk mana-mana topik yang agak lemah atau bentuk soalan yang kurang dikuasai. Seterusnya, perhebatkan simulasi iaitu menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut masa yang telah ditetapkan. Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3. Dorong Anak Secara Positif

Ibu bapa hendaklah sering memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif? Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan akan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.

Misalnya:

bukan "Jangan buang masa" .... tapi ucapkanlah "Manfaatkan masa",
bukan "Jangan berputus asa"... tapi ucapkanlah "Berusahalah dengan lebih gigih lagi" atau "Mak percaya adik pasti BOLEH!",
bukan "Jangan kelam kabut".. tapi ucapkanlah "Banyakkanlah bertenang"
bukan "Elakkan kecuaian".. tapi ucapkanlah "Tingkatkan ketelitian dan lebih berhati-hati",

4. Kerjasama Sepenuhnya

Apabila seorang anak bakal menduduki peperiksaan penting maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah hendaklah memberikan kerjasama sepenuhnya. Antaranya, hormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar. Misalnya ibu bapa boleh manfaatkan waktu itu untuk membaca bahan-bahan yang berfaedah. Adik kecil pula diberikan kertas dan pensil untuk menconteng. Datuk dan nenek, kalau tinggal dirumah yang sama, gunakanlah waktu itu untuk membaca al-quran. Begitulah juga dengan yang lain-lain. Pastikan tidak seorang pun daripada ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya sedangkan ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya. Dengan cara ini anak akan dapat rasakan bahawa perjuangannya dihargai.

5. Kurangkan Aktiviti Luar

Elakkanlah dari terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli belah, makan di luar, balik kampung, menziarahi saudara mara dan sebagainya. Ingatlah setiap minit itu amat berharga untuk anak oleh itu pastikanlah setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya untuk menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal atau rohani anak-anak. Tambahan pula, kekerapan berada di luar rumah hanya mendedahkan mereka terhadap perkara yang tidak diingini sama ada dari segi kesihatan atau keselamatan.

6. Elakkan Anak Dari Tidur Lewat

Ada yang suka belajar hingga lewat malam untuk menghabiskan ulangkaji mereka. Jangan biarkan keadaan sebegini berlarutan. Pastikan anak anda masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulangkaji diwaktu awal pagi walaupun hanya untuk dua puluh atau tiga puluh minit. Diwaktu ini fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman. Banyak maklumat yang dibaca ketika ini akan diingat untuk tempoh masa yang lebih lama.



7. Berikan Anak Pelepasan Tugas Harian

Berikanlah anak anda layanan yang istimewa kerana menjelangnya peperiksaan. Berikan dia bebas dari melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin hariannya seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya. Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik atau ibu bapa sendiri. Dengan cara ini anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan bahawa seluruh ahli keluarga memang benar-benar mahu lihat dia cemerlang. Dia akan rasa bersalah kiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya sedangkan semua orang telah memberikan kerjasama.

8. Nyatakan Ganjaran Dengan Jelas

Jangan biarkan anak anda berteka teki terhadap ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya. Kalau ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas. Tunjukkan gambar tentang apa yang mahu anda berikan padanya. Kalau ia suatu percutian, beritahu destinasi yang akan dilawati. Dapatkan juga risalah tentang destinasi tersebut dan tunjukkan padanya. Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak akan merangsang jiwa. Misalnya, elakkan dari berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM maka emak akan bawa abang melancong", sebaliknya hendaklah kita berkata, "Kalau abang cemerlang dalam SPM emak pasti bawa abang ke Langkawi, insyaAllah".

Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan anda mampu menunaikannya. Kalau tidak anak akan hilang kepercayaan terhadap kita sebagai ibu bapa dan lain kali janji kita tidak diambil kisah lagi.

9. Ambil Cuti

Inilah masanya untuk ibu bapa berikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang bakal menduduki peperiksaan. Ambillah cuti beberapa hari dan usahakan untuk hantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan tersebut. Sepanjang perjalanan terus berikan kata-kata perangsang dan nasihat kepadanya. Ingatkan anak sekali lagi bahawa kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia perolehi, yang penting dia telah pun memberikan usaha yang terbaik. Apa sahaja keputusannya kita terima dan bersyukur.

10. Banyakkan Berdoa dan Solat hajat

Tidak ada sesuatu yang lebih bermakna untuk seorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu dari kedua ibu bapanya. Oleh itu, inilah masanya untuk kita luangkan lebih banyak masa berdoa untuknya agar dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati. Berdoalah dengan suara yang jelas agar didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa untuknya. Dengan cara ini mereka akan lebih menghargainya.

Semoga petua keibubapaan yang telah diberikan dapat membantu ibu bapa untuk menjadi lebih cemerlang.