* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Profesionalisme Penaziran Institusi Pendidikan, Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti, KPM telah dipindahkan ke Unit Integriti, KPM. Perpindahan ini adalah berkuatkuasa pada tarikh 20 Oktober 2015 melalui Waran Perjawatan Bil. S 217 Tahun 2015.
Khamis, 7 Januari 2016

Status Latihan Warga KPM Tahun 2015

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Johor Corporation akan mengadakan program tersebut seperti butiran berikut :

Tarikh : 9 Januari 2016M (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tgh
Tempat : Dewan Seminar, Tingkat 6, JPN Johor
Sasaran :  Guru Besar dan guru-guru yang terlibat dengan tuisyen j-Corp.

Sekolah-sekolah yang terlibat :
1) SK Tanjung Resang
2) SK Pusat Air Tawar

Sehubungan itu, kami menjemput tuan Guru Besar SK Tanjung Resang dan SK Pusat Air Tawar serta guru-guru yang terlibat hadir dan turutu serta dalam program berkenaan.

Sekian.Wassalam.

Lampiran : j-Corp.pdf

Penerbitan Buku Teks Yang Berkualiti oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

Reaksi :  

18 bulan hasilkan buku teks berkualiti - Mingguan Malaysia, 3 Januari 2016

Ketelitian nadi utama hasilkan buku teks - Sinar Harian, 3 Januari 2016

Penerbitan buku teks ikut SOP - Kosmo, 3 Januari 2016

Piawalan ketat jadi amalan - Metro Ahad, 3 Januari 2016

Proses penerbitan buku teks teliti, profesional - Berita Harian Ahad, 3 Januari 2016
Sumber : Buletin KPM
Rabu, 6 Januari 2016

Pelantikan Pengerusi JKD Mata Pelajaran Daerah Mersing Sesi 2016-2017

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 1 Tahun 2016 pada 3 Jan 2016 telah memutuskan Jawatankuasa Kurikulum Daerah Mengikut Mata Pelajaran bagi sesi 2016-2017.

Sehubungan dengan itu, kami berbesar hati melantik tuan dengan rasminya sebagai Pengerusi JKD Mata Pelajaran Bagi Sesi 2016-2017 seperti lampiran.

Kami merakamkan penghargaan dan harapan yang setinggi-tingginya atas keterlibatn serta komitmen tuan.

Sekian, Wassalam.

Lampiran : Lantikan_JKD.pdf

Jadual Waktu Induk Guru dan Cadangan GDB SISC+

Reaksi :  
u.p. Pengetua dan Guru Besar

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak kami sedang menyusun beberapa perkara berkaitan pengurusan akademik dan Bimbingan SISC+ pada tahun 2016.
Sehubungan itu, kami memohon kerjasama pihak sekolah agar dapat sediakan perkara berikut dan dihantar ke Unit Pengurusan Akademik, PPD Mersing dengan seberapa segera yang boleh.

1. Jadual Waktu Induk Guru
2. Cadangan Guru Yang Dibimbing (GDB) - Mate, BM dan BI.

Dokumen tersebut boleh dihantar secara email ke alamat akademikmg@gmail.com atau wan.nadzri@moe,gov.my atau secara cetakan keras.

Wassalam..

Ahad, 3 Januari 2016

TAKWIM SUKAN DAN PERMAINAN MSSD ,MSSJ DAN MSSM 2016

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, dengan hormatnya perkara diatas dirujuk dan berkaitan .

Sehubungan dengan itu di maklumkan bahawa takwim terkini sukan dan permainan MSSD , MSSJ dan MSSM bagi tahun 2016 adalah seperti dalam lampiran

Segala kesulitan amat dikesali . Terima kasih

MODUL KEBERADAAN GURU

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Di sertakan di sini bahan taklimat modul keberadaan guru untuk tindakan dan makluman Pengetua, Guru Besar dan Pembantu Tadbir.

Surat arahan pelaksanaan dari JPN juga disertakan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Mohd Fakarudin Bin Hussain di talian 019-9396782.


Lampiran :
surat_siaran_keberadaan.pdf
Taklimat_Sub_Modul_Keberadaan_Guru.pptx
MANUAL_PENGGUNA_SUB_MODUL_KEBERADAAN_GURU.pdf