* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Khamis, 17 Mac 2016

SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

Reaksi :  



Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Sayembara Penulisan Rencana Isu Dakwah Kontemporari  Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 2016.

Ia terbuka kepada :
·       Guru-guru dan kakitangan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
·        Pegawai dan kakitangan Bahagian KPM, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
·        Pensyarah dan kakitangan Institut Aminuddin Baki,  Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia .

Syarat pertandingan sayembara berserta Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya boleh dimuat turun daripada  pautan berikut:
3. Facebook/ SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI KPM 2016
Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 30 April 2016.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urus setia Sayembara, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, Penolong Pengarah Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia:
  Nombor telefon      : 03-83217288 / 019-2103267
  Email                        : ruzainsyukur@gmail.com
Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) bertanggungjawab melaksanakan pengoperasian TMUA di sekolah bawah pengurusan bahagian masing-masing

Lampiran :
SPI Bil. 1 Tahun 2016 dan Garis Panduan TMUA   
PERUBAHAN TERKINI... SEGAK 2016..

SEGAK adalah satu bateri ujian standard kecergasan fizikal murid berdasarkan kesihatan.
Kecergasan adalah keupayaan sistem badan untuk berfungsi dengan efisien bagi membolehkan murid sihat dan dapat melaksanakan aktiviti dengan berkesan.
Komponen kecergasan yang diukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran KBSR dan KBSM serta DSKP KSSR dan KSSM Pendidikan Jasmani.

Ujian SEGAK telah dilaksanakan kepada murid sekolah di Malaysia mulai tahun 2008 yang melibatkan murid tahun 4 hingga tingkatan 5.

SURAT PEKELILING INI BERKUAT KUASA PADA 17 FEBRUARI 2016. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4 2008 BERTARIKH 9 JULAI 2008 ADALAH TERBATAL.

Lampiran :
SPI KPM Bil. 2 Tahun 2016
Buku Panduan SEGAK 2016

PASR diperkenalkan bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang kurang berkemampuan mengikuti kurikulum dan pentaksiran arus perdana serta berada pada tahun terakhir persekolahan sekolah rendah berdasarkan KSSRPK.
PASR mengguna pakai pendekatan pentaksiran bersepadu yang dapat menggalakkan penglibatan dan pembelajaran bermakna melalui beberapa elemen kemahiran dalam situasi sebenar kehidupan murid.

Lampiran :
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil 3 Tahun 2016: Pelaksanaan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah
Peringatan Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

Sukacitanya kami lampirkan surat siaran berkenaan untuk makluman dan tindakan pihak sekolah.
Surat siaran ini juga merujuk kepada surat pekeliling berikut :

Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 13 Tahun 2005 : Pelaksanaan Lima Hari Bekerja Seminggu
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8.2005 : Pelaksanaan Bekerja Lima Hari Seminggu

PIHAK JPN, PPD DAN SEKOLAH HENDAKLAH MENYELARAS PELAKSANAAN PROGRAM, AKTIVITI TERMASUK MESYUARAT YANG MELIBATKAN GURU-GURU DI PERINGKAT MASING-MASING.
BAGI TUJUAN PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM AKTIVITI DAN MESYUARAT TERSEBUT, HARI SABTU YANG DIBENARKAN IALAH HARI SABTU MINGGU KEDUA DAN MINGGU KEEMPAT SAHAJA. TIADA SEBARANG AKTIVITI PROGRAM ATAU MESYUARAT DIBENARKAN UNTUK DIJALANKAN PADA HARI SABTU MINGGU PERTAMA, MINGGU KETIGA DAN MINGGU KELIMA.

Lampiran : Surat Siaran KPM Bil. 2 Tahun 2016

Taklimat Frog VLE Classroom Makeover

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Mersing dan Kota Tinggi akan mengadakan taklimat berkenaan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 21 Mac 2016 (Isnin)
Masa : 2.00 petang
Tempat : PKG Bandar Kota Tinggi (JQA3001) d/a SK Laksamana
Sasaran : Pengetua/Guru Besar, Penyelaras FROG VLE/GPB/GPICT

Sekolah-sekolah yang terlibat :
1) SMK Sri Mersing
2) SMK Mersing
3) SMK Tan Sri Abdul Kadir
4) SMK FELDA Tenggaroh
5) SMK Nitar
6) SMK Aniung Batu
7) SMK Ungku Husin
8) SMK Pai Chee
9) SM Arab Al-Khairiah Al-lslamiah Mersing
10) SM Sains Sultan lskandar Mersing
11) SK Teriang
12) SK Teluk Lipat
13) SK Bandar Mersing
14) SK Seri Pantai
15) SJKC Pai Chee
16) SK Pulau Sibu
17) SK Sri Mersing
18) SK Nitar 02

Lampiran : Taklimat_Classroom_Makeover.pdf