Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Rabu, 15 Jun 2016

Minit Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor amat menitikberatkan kualiti dalam kerja buat warga pendidikan di semua peringkat sama ada di peringkat pengurusan profesional ataupun pelaksana di peringkat akar umbi.

Hasil daripada pemantauan pegawai-pegawai di Jabatan Pendidikan Negeri Johor ke sekolah-sekolah didapati ada beberapa kelemahan ketara dalam pengelolaan dan dokumentasi Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah.

Cabutan Minit Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 15 Tahun 2016 pada 12 Jun 2016 seperti berikut :

Perutusan Tuan Pengerusi :

1.8 Beliau memaklumkan hasil daripada pemantauan pihak JPNJ didapati Minit Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah adalah terlalu ringkas, hanya melaporkan tugasan ahli dan tiada ucapan Pengetua atau Guru Besar. Beliau mengharapkan agar minit mesyuarat agar minit mesyuarat sekolah dapat dikemaskini dengan baik.

Sehubungan dengan itu, kami amat berbesar hati kiranya pihak sekolah dapat menambahbaikkan pengurusan berkenaan agar selari dengan objektif, KPI kerja buat pendidikan sejajar dengan hasrat yang telah dimuatkan dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakal)

Pemantauan tentang perkara berkenaan akan dibuat secara berterusan.

Wassalam...
Mersing Hebat.
Tuan Pengetua dan Guru TMK/ICT Sekolah-sekolah Menengah

1.SMSSI
2.SMKUH
3.SMKM
4.SMKN dan
5.SMKAB

Assalamualaikum wbrkth. 

Sukacita dimaklumkan, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan menganjurkan Pertandingan Wacana Keselamatan TMK Kebangsaan � Piala Cabaran CyberSAFE 2016 (National ICT Security Discourse: CyberSAFE Challenge Trophy) (NICTSeD)2016.

2. Tuan -tuan adalah dijemput untuk satu taklimat berkenaan dengan pertandingan tersebut yang akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Hari / Tarikh : RABU / 15 JUN 2016
Masa :2.30 PTG
Tempat : Bilik Mesyuarat, PPD Mersing.


3. Sehubungan dengan itu, segala bahan-bahan untuk taklimat tersebut termasuk syarat-syarat penyertaaan dan maklumat lanjut mengenai NICTSeD2016 boleh diakses dan dilihat terlebih dahulu di url www.cybersafe.my/en/nictsed

4. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi En. Azman Yusof di Unit Teknologi dan Maklumat, PPD Mersing ditalian 07-7991269.

Sekian makluman. Terima kasih


** Sekolah-sekolah menengah yang tidak tersenarai, tetapi berminat untuk menyertai pertandingan, dialu-alukan untuk hadir sama.

Perlu turut hadir :
1.Ketua Unit Pengurusan Kurikulum, PPD Mersing
2.Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan. PPD Mersing
3.Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Bandar Mersing
4.Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Endau 


http://www.cybersafe.my/en/nictsed
PERINGATAN MESRA :

TARIKH AKHIR PENGISIAN DATA PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2016
SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH (SAPS)

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
AlHamdulillah, adalah diingatkan kepada pihak sekolah bahawa tarikh akhir pengisian data tersebut ialah pada 18 JUN 2016.
Wassalam..

MAKLUM BALAS DIALOG PRESTASI BIL.5 TAHUN 2016

Reaksi :  
Asalam dan Salam Muafakat Johor,

Surat tentang maklum balas Dialog Prestasi Bil.5/2016 telah dimasukkan dalam peti surat sekolah tuan beserta dengan:

I. Minit Curai Dialog Prestasi Bil.5/2016
ii. Borang Keputusan Dialog Prestasi Bil.5/2016
iii. Borang Maklum Balas Dialog Prestasi Bil.5/2016

Semua maklum balas dapat diberikan pada atau selewat-lewatnya 23 JUN 2015 secara email di alamat azizan.kamarudin@moe.gov.my. dan hardcopy kepada Penyelia Pengurusan Sekolah(R)

Bersama ini dilampirkan softcopy bagi tindakan tuan.

Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas sila hubungi Penyelia Pengurusan Sekolah(R) di talian 077982733.

Sekian, terima kasih.

Lampiran :

Sekretariat DTP Mersing

WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) PPD Mersing sepanjang bulan Ramadan 1437H

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah..

KEPUTUSAN MESYUARAT MINGGUAN PPD MERSING BIL. 15 TAHUN 2016
12 JUN 2016

AlHamdulillah, sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa WAKTU BEKERJA BERPERINGKAT (WBB) PPD Mersing  sepanjang bulan Ramadan 1437H adalah seperti berikut :

Pilihan WP (Sediada)
1) WP 1 : 7.30 pagi - 4.30 ptg.
2) WP 2 : 8.00 pagi - 5.00 ptg.
3) WP 3 : 8.30 pagi - 5.30 ptg.

Pilihan WP (Ramadan)
Waktu rehat dipendekkan 30 minit
(1.00 - 1.30 ptg)

4) WP 4 : 7.30 pagi - 4.00 ptg.
5) WP 5 : 8.00 pagi - 4.30 ptg.
6) WP 6 : 8.30 pagi - 5.00 ptg

Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 15 Tahun 2016 pada 12 Jun 2016 telah memutuskan bahawa semua pegawai dan staf PPD Mersing diselaraskan pada WP 5..
Sehubungan dengan itu, rakan-rakan Pengetua dan Guru Besar yang ingin berurusan dengan pihak kami, hendaklah mengikut waktu yang telah ditetapkan tersebut.
Wassalam. Harap Maklum