* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Dengan segala hormat saya merujuk kepada surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam rujukan JPA(I)S.177/22/1 Klt.10 (23) bertarikh 6 Jun 2016 mengenai perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/puan untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional untuk memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) Secara Sepenuh Masa Sesi 2017. 

3.         Sehubungan itu, pegawai-pegawai yang berminat boleh  melayari Portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.myuntuk mengetahui tentang syarat-syarat dan tatacara permohonan. Borang permohonan hendaklah diisi secara atas talian yang mula dibuka pada 10 Jun 2016 hingga 1 Julai 2016.  Borang permohonan yang telah lengkap  diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak serta disertakan dengan dokumen-dokumen yang dinyatakan di para 5(ii) dan para 7(iii)(a) seperti di LAMPIRAN 1 surat pelawaan JPA dan Borang Perakuan Ketua Jabatan (LAMPIRAN C).

4.         Kesemua dokumen ini hendaklah dikemukakan sebanyak empat (4) salinan. Borang JPA(L) LDP 1A/96 (LAMPIRAN B) akan disediakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), KPM.

5.         Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 23 Jun 2016 (Khamis) sebelum jam 5.00 petangkepada:

           Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
           Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA

6.         Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/ Dato’/Datin/tuan/puan boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut:

            6.1       Puan Paridah Binti Ali
                        Tel       : 03-8884 7947
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : paridah.ali@moe.gov.my

            6.2    Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
                     Tel          : 03-8884 7943
                        Faks   : 03-8884 7925
                        E-mel  : danial.suhaimi@moe.gov.my

7.         Segala perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/tuan/  puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


Urus Setia,
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.

ANALISIS MINGGU KE-24 LOGIN PENGGUNAAN DAN KPI FROG-VLE DAERAH MERSING 2016

Reaksi :  
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk

2. Berikut adalah laporan Frog-VLE bagi minggu ke-24 sekolah-sekolah daerah Mersing.

2.1. Pencapaian Daerah Mersing Keberhasilan Sekolah
2.1.1 PPD Mersing Rank 6 : (25.53%)
2.1.2 Ranking Penuh : Layari https://goo.gl/GDfRT3

2.2 Pencapaian Daerah Mersing Keberhasilan Murid
2.2.1 PPD Mersing Rank 3 : (11.14%)
2.2.2 Ranking Penuh : Layari https://goo.gl/GDfRT3

2.3. Laporan analisis KPI VLE-Frog Daerah Mersing

2.3.1 Rank 1 : SK Seri Pantai (52.66 %)
2.3.2 Rank 2 : SK Teriang (38.96 %)
2.3.3 Rank 3 : SJKC Kg. Hubong (36.11 %)
2.3.4 Rank 4 : SK Telok Lipat (35.47 %)
2.3.5 Rank 5 : SK Pusat Air Tawar (29.57 %)
2.3.6 Rank 6-47 : Layari http://goo.gl/qhUC7F

2.4. Laporan analisis Login Daerah Mersing

2.4.1 Rank 1 : SMK Mersing (516 login)
2.4.2 Rank 2 : SK Seri Pantai (507 login)
2.4.3 Rank 3 : SK Pusat Air Tawar (414 login)
2.4.4 Rank 4 : SK Teriang (274 login)
2.4.5 Rank 5 : SK Seri Mersing (269 login)
2.4.6 Rank 6-20 : Layari https://goo.gl/bKWYaL

3. Sebarang pertanyaan tuan boleh menghubungi :

3.1 En. Khairil Firmansyah Bin Anuar, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Bandar Mersing di talian 017-5500855 atau 012-6444480
3.2 En. Mohd Faruze Bin Iberahim, Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) PKG Endau di talian 0139038612.

Sekian terima kasih.


Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), KPM dengan sokongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui agensinya CyberSecurity Malaysia (CSM) akan menganjurkan  Pertandingan Wacana Keselamatan TMK Kebangsaan – Piala Cabaran CyberSAFE 2016 (National ICT Security Discourse: CyberSAFE Challenge Trophy) (NICTSeD)2016

Terbuka kepada sekolah menengah. Syarat-syarat penyertaaan dan maklumat lanjut mengenai NICTSeD2016 boleh diakses diwww.cybersafe.my/en/nictsed atau hubungi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri.

Hadiah berupa wang tunai, sijil dan piala pusingan menanti anda.

MESEJ INTEGRITI BIL. 4/2016 "MEDIA SOSIAL; KLIK DENGAN BIJAK"

Reaksi :