* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017


TINDAKAN SEGERA PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI 22 BUAH SEKOLAH-SEKOLAH 4G DAERAH MERSING OLEH YTL COMMS SDN BHD
Tindakan      :Tuan Pengetua / Guru Besar / Guru Bestari / ICT / VLE Yang Berkenaan Bagi 22 Buah Sekolah-sekolah 1Bestarinet 4G Sahaja.
Tarikh:17-08-2016
Unit:MAKLUMAT-ICT
Oleh:En. Azman Bin Yusof

Maklumat:

PELAKSANAAN PROFIL BAHARU BANDWIDTH 1BESTARINET DI 22 BUAH SEKOLAH-SEKOLAH 4G DAERAH MERSING OLEH YTL COMMS SDN BHD


Assalamualaikum wbkth

Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

2. KPM telah memberi kebenaran kepada pihak YTLC untuk melaksanakan peningkatan bandwidth 4G dari 4 mbps ke 6 mbps/10mbps/15mps ke 1013 sekolah di negeri Johor yang telah menerima perkhidmatan 1BN menggunakan teknologi ZOOM dan OCPE. Bersama-sama ini disertakan softcopy berikut untuk makluman tuan/puan.

2.1 Surat Arahan dari BTP berkaitan Perlaksanaan Profail Baharu Bandwidth 1BN di Sekolah-sekolah 4G seluruh Semenanjung dan Sabah dan WP Labuan KPM oleh YTL Communication;
2.2 Manual Panduan pengguna yang boleh dirujuk untuk melaksanakan peningkatan profil baharu bandwidth 1BN sebagai rujukan di peringkat sekolah/PPD

3. Disenaraikan tindakan2 yang perlu dilaksanakan di peringkat sekolah
3.1 Melakukan pendaftaran maklumat guru supaya pelan data individu 2 GB dapat dibekalkan kepada guru yang memiliki/dibekalkan Dongle lama
a. Guru ICT sekolah mengenalpasti pemilik Dongle 1BN yg masih berfungsi dna mendaftar dalam aplikasi disediakan. Pelan lama akan ditamatkan pada 15 ogos 2016.

3.2 Sekolah mengesahkan LAN sedia ada
a. Pengesahan LAN (ADA dan berfungsi/ ada LAN tetapi tidak berfungsi/ tiada LAN)
b. Mengesahkan bilangan Makmal Komputer yang ada disekolah
c. memasukkan bilangan komputer yang aada disetiap Makmal Sekolah

3.3 Sekolah mengesahkan lokasi ZOOM
a. Peranti ZOOM ditempatkan dilokasi yang didaftarkan (MK, bilik guru/pejabat pentadbiran)

3.4 Memastikan perkhidmatan bandwidth yang dibekalkan mematuhi syarat
a. mengesahkan perkhidmatan profil baharu ditetapkan dengan melengkapkan SAP
b. membuat pengujian capaian dibekalkan dan mengakui maklumat perkhidmatan adalah benar dan melengkapkan borang SPP
c. mengumpul dokumen SAP, dan SPP dlm masa 15 hari untuk pengesahan tuntutan bayaran oleh syarikat

3.5 Memastikan sekolah membuat pendaftaran maklumat peranti peribadi dengan mendaftar peranti yang dibenarkan sahaja unruk akses ke wifi Pejabat Pentadbiran

4. Mohon kerjasama tuan/puan untuk memaklumkan perkara ini kepada Pengetua/Guru Besar/Guru ICT/Juruteknik Komputer yang menguruskan hal ehwal ICT di sekolah-sekolah di bawah kawalan tuan/puan.
5. Sebarang pertanyaan berkenaan perkara di atas boleh diajukan kepada Tuan Hj. Mohd Haliza bin Mohd Adnan (016-2684 062 / 017-6054062 / mohdhaliza@moe.gov.my) atau Encik Brian Christopher de Rozario ( 03-2081 7661/018-7066826) Pertanyaan dan kemusykilan boleh juga dikemukakan ke Meja Bantuan 1BestariNet di talian 018-7998787 atau moesupport@ytlcomms.my.

6. Segala kerjasama yang tuan-tuan berikan dalam hal ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

#PENTING – *.1 Sila muaturun 3 lampiran di pautan untuk maklumat lanjut berkenaan sekolah-sekolah yang terlibat dan perkara-perkara dan tatacara tindakan-tindakan yang perlu diambil.
2. Semua tindakan perlu diselesaikan sebelum 22 Ogos 2016.



Lampiran 1:  NEGERI_JOHOR.PDF
Lampiran 2:  Manual.pdf
Lampiran 3:  photo_2016-08-17_09-05-55.jpg

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, sukacitanya dimaklumkan bahawa Pejabat Pendidikan Daerah Mersing akan menganjurkan program berkenaan seperti ketetapan berikut :


Tarikh  : 30 Ogos 2016 (Selasa)
Masa  8.30 pagi – 5.00 ptg.
Tempat : Dewan Al-Azhar, PPD Mersing
Sasaran : Pegawai-pegawai PPD, Pengetua dan Guru Besar
Fokus : Keberhasilan – Kehadiran Murid, Disiplin Murid dan Bimbingan & Kaunseling

Sekian. Wassalam.

Lampiran : 
DP_Bil._8.pdf

Selasa, 16 Ogos 2016

Pelaksanaan Dialog Prestasi Peringkat Sekolah Tahun 2016

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Subhanallah, Al-Hamdulillah, Allahu Akbar
..............
Sebelum ini Sekretariat DTP Mersing telah diarahkan mendapatkan respon pihak sekolah tentang pelaksanaan Dialog Prestasi Sekolah Tahun 2016..
Satu borang telah diedarkan semasa Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 4 pada 27 April 2016.
Selepas semakan dibuat, didapati ada beberapa maklumat yang kurang pasti..
Ini mungkin berlaku kerana pengisian tersebut secara spontan..

Sehubungan dengan itu, bagi memastikan maklumat tersebut dapat dibuat secara profesional dan telus, pihak Sekretariat DTP Mersing telah mengeluarkan satu surat pada 14 Ogos 2016 atas tajuk LAPORAN PELAKSANAAN DIALOG PRESTASI PERINGKAT SEKOLAH DAERAH MERSING TAHUN 2016 selepas diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil 21 Tahun 2016 pada 14 ogos 2016.

Dalam masa yang sama, bagi memastikan maklumat tersebut dapat diperolehi dalam masa yang singkat dan telus, maka tapak pengisian secara atas talian dibina seperti berikut :

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeLkRYqexbfZQgXOZRwqgEzgEtmSZDKWK5Jl-bZzjFw2_AVIg/viewform

Mhn dapat kiranya Tuan/Puan isikan maklumat spt yang dikehendaki sebelum atau pada 18 Ogos 2016.
Harap Maklum..