Catatan Yang Ditampilkan

Salam Aidil Fitri 1438H

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 24 Disember 2016

Teks Amanat Tahun Baharu 2017 oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.

Reaksi :  
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam Mahabbah.
Al-Hamdulillah.. sukacita dengan hormatnya kami diamanahkan untuk menyebarkan beberapa perkara berikut unttuk tindakan pihak sekolah :

1.  Teks Amanat Tahun Baharu 2017 oleh Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Johor.
   - Video Amanat PPJ : http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/videoppj.php
   - Teks Amanat PPJ : sila lihat lampiran.
2.  Langkah-Langkah Persediaan Sesi Persekolahan 2017.
   - Lihat lampiran.

PERHATIAN :

Semua perkara tersebut perlu disampaikan kepada semua entity yang di bawah bidang kuasa masing-masing..
Semua guru perlu diberikan pendedahan ini semasa perjumpaan atau sesi mesyuarat rasmi bersama-sama guru-guru sekolah spt Mesyuarat Profesional Sekolah dan diminitkan. Semua dokumen yang dilampirkan hendaklah dibacakan di depan semua guru untuk makluman dan tindakan seterusnya.
Pihak sekolah perlu memastikan tindak ikut dibuat sebaiknya berdasarkan amanat dan panduan persediaan sesi persekolahan tersebut disamping panduan, juga prosedur sediada yang telah dijelaskan dalam pekeliling atau surat siaran yang berkuat kuasa sekarang.
Wassalam..

MERSING HEBAT

Lampiran :
TEKS_AMANAT_AWAL_TAHUN_2017_PENGARAH_PENDIDIKAN_NEGERI_JOHOR.pdf
Langkah_langkah_Perlu_Persediaan.pdf
Ringkasan_Eksekutif_Langkah_Langkah.pdf
Khamis, 22 Disember 2016

Peringatan : Program Pembelajaran Efektif Bagi Sekolah-Sekolah Rintis PAK21 Daerah Mersing Tahun 2016

Reaksi :  
u.p.
PENGETUA ATAU GURU BESAR
SMK MERSING
SMK SRI MERSING
SMK NITAR
SMK ANJUNG BATU
SMK PAI CHEE
SMK (F) TENGGAROH
SMK TAN SRI ABDUL KADIR
SK TELOK LIPAT
SK SERI PANTAI
SJKC PAI CHEE
SK BANDAR MERSING
SK KEM ISKANDAR
SK PULAU SIBU
SK PULAU PEMANGGIL
SK PULAU TINGGI
SK PULAU AUR

Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

AlHamdulillah, sekadar ingatan mesra tentang perkara di atas sebagaimana hebahan kami sebelum ini pada 16 November 2016.

Berikut ada sedikit pindaan lokasi pada 27 Disember 2016 (Selasa).
Perhatian kepada rakan-rakan guru di SMK Nitar dan SMK Sri Mersing.

LOKASI PROGRAM IALAH : DEWAN SMK MERSING

Manakala selebihnya adalah mengikut jadual dan lokasi sediada seperti hebahan sebelum ini.



Harap maklum. Wassalam.

Lampiran : 
Program Pemb.Efektif.pdf
Ahad, 18 Disember 2016

Peringatan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah 2017

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth, berikut disertakan surat siaran JPN Johor tentang perkara berkenaan..

Sayugia diiangtkan bahawa Pentaksiran Sekolah (PS) adalah satu komponen dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang perlu dilaksanakan dalam semua mata pelajaran. Sehubungan itu, kerjasama tuna/puan dimohon untuk memastikan semua guru Tahun 1 hingga Tahun 6 melaksanakan dan menguruskan PS mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pelaporan PS hendaklah disediakan dengan teratur untuk diserahkan kepada murid.

1. Bagi murid tahun 6, pelaporan PST6 hendaklah diserahkan semasa penyerahan slip keputusan UPSR tahun berkenaan.
2. Bagi murid tahun 1-5, pelaporan PS diserahkan pada setiap hujung tahun.

Sehubungan itu, pihak tuan perlu melengkapkan borang secara atas talian di 'One Stop data Centre' sebelum 28 Disember 2016.

Lampiran :
Pentaksiran_Sekolah_Thn_6.pdf
LPST6 One Stop Data Centre