* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Ahad, 31 Disember 2017

Penjelasan Isu Pengasingan Murid

Reaksi :  


" Selaras dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS, kerana kita mahu semua murid dididik secara holistik, dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.

Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu." - Datuk Dr. Amin Senin
KPPM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/367585/henti-asing-kelas-sekolah-kawalan


Sumber : Kenyataan daripada FB Dato' KPPM.

Saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan pelbagai respons daripada pelbagai pihak be rkaitan kenyataan akhbar saya tentang pengasingan murid dan sekolah kawalan. Susulan pelbagai respons itu saya berasa perlu memberikan sedikit penjelasan lanjut untuk mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir.

1.  Saya memberikan kenyataan tersebut dalam konteks pengukuhan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sekolah menengah. Prinsip asas PBS ialah menekankan kepada kemenjadian murid secara holistik kerana PBS merupakan salah satu instrumen utama menterjemahkan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

2.  Oleh sebab itu tidak ada keperluan pengasingan murid mengikut akademik apatah lagi seawal tahun satu. Pengasingan murid sebagai ciri KEKAL dan berterusan tidak bersesuaian dengan prinsip pendidikan holistik yang menjadi teras pendidikan Malaysia. Tetapi saya tidak menolak jika pengasingan itu digunakan sebagai kaedah atau alat pedagogi yang mempunyai tujuan khusus dan bersifat SEMENTARA  dan ada intervensi yang jelas seperti kelas LINUS. 

3.  Dalam masa yang sama konsep sekolah kawalan yang diamalkan sekarang perlu dinilai kembali dalam konteks pengukuhan PBS juga. “Sekolah Kawalan” yang saya maksudkan ialah sekolah KAWALAN PENTADBIRAN yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah untuk tujuan atau keperluan tertentu. “Sekolah Kawalan” tersebut adalah inisiatif jabatan pendidikan negeri-negeri berkenaan dan bukannya dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berbeza sama sekali dengan kategori sekolah seperti Sekolah Berasrama Penuh, SMK Agama, Kolej Vokasional, Sekolah Seni dan Sukan, sekolah kategori ini ada tujuan khusus dan kriteria khusus yang menjadi dasar yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah kategori ini tidak termasuk dalam “sekolah kawalan” yang saya maksudkan di atas.

Sekali lagi saya tegaskan, dengan segala kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh rakan pendidik, saya sentiasa percaya warga pendidik di Malaysia mampu merubah lanskap pendidikan Malaysia tanpa mengorbankan prinsip asas pendidikan dan kepercayaan guru berjiwa pendidik yang berikut; tanggungjawab asas para guru ialah mengangkat HARGA DIRI dan maruah anak didik mereka; percaya setiap anak didiknya mempunyai POTENSI untuk dikembangkan; dan percaya setiap orang anak didiknya boleh dan dapat DI-DIDIK sebaik-baiknya.

WALLAHUALAM.

Perutusan Menteri Pendidikan 2018 - Selamat Kembali Ke Sekolah

Reaksi :  

Ambang 2018: Saya masih ingat pada bulan Julai 2015, ketika saya mula-mula diberikan mandat untuk menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pernah saya catatkan dalam penulisan saya sebelum ini bahawa cabaran yang hebat menanti saya dalam memastikan sistem pendidikan negara dapat ditransformasi.
Jemput baca selanjutnya di pautan berikut; 

Saya menyeru para ibu bapa pelajar agar mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah berkaitan sumbangan kepada tabung PIBG sekolah masing-masing sebelum membuat apa-apa andaian yang dikhuatiri akan menyebabkan salah faham dan kekeliruan kepada masyarakat umum.
Kita perlu bekerjasama dalam semangat kekeluargaan demi kemenjadian pelajar pada masa hadapan.

PERUTUSAN AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN SESI 2018 - PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Reaksi :  
Bismillahirrahmanir rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Negara ku Malaysia dan Salam Muafakat Johor.

Tuan-tuan, puan-puan dan warga pendidik negeri Johor dikasihi sekalian.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama melabuhkan tirai untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab pada tahun 2018 ini. Atas kesempatan itu, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada semua warga pendidikan negeri Johor sekalian. Semoga tahun ini kita dapat menyumbangkan keringat dan usaha untuk melonjakkan kecemerlangan dengan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid kita ke tahap yang terbaik.

Bermula 2016, kini masuk tahun ke 3 saya memimpin Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sepanjang menerajui JPN Johor ini, banyak perkara telah saya pelajari tentang pengurusan modal insan yang perlu dilakukan dengan teliti dan pelibatan dengan pemimpin pendidikan perlu dibuat secara diplomatik. Berkat doa dan sokongan semua pihak, saya akan terus menerajui perubahan bersama-sama warga pendidikan demi memartabatkan sistem pendidikan negara amnya dan hala tuju pendidikan negeri Johor khasnya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada warga pendidik negeri Johor yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2017.

Tahun 2018 merupakan tahun ketiga dalam Gelombang 2 pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013—2025. Sasaran Gelombang ini adalah memacu peningkatan dan penambahbaikan dalam memacu sistem. Sebagai warga pendidikan yang berpandangan futuristik, kita harus sedar bahawa terdapat agenda yang lebih besar untuk menyediakan modal insan Johor bersifat holistik yang boleh mendepani cabaran masa hadapan. Wacana Transformasi Nasional 2050 atau TN50 yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik yang bersifat holistik dan inklusif yang digagaskan untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh tiga dekad akan datang. Sebenarnya kita warga pendidikan tidak perlu risau untuk merealisasi hasrat kerajaan ini kerana kita telahpun menyediakan asas yang kukuh dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang diterapkan melalui PPPM. Kita juga bersedia untuk memenuhi aspirasi global kerana pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) ke Empat mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal pada tahun 2030. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.

Visi, Misi, Slogan, Motto dan segala perancangan telah disusun di sektor di JPN, unit di PPD dan sekolah bagi pelan tindakan tahun 2018 ini. Justeru, dengan prinsip kerja dan iltizam kita, marilah kita bergerak sederap berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan cita-cita, sasaran dan aspirasi murid yang kita dambakan menjadi realiti. Dengan tagline “Kerja Berkualiti, Ibadah Dihayati” dapat meneruskan usaha dalam kecekapan dan kecemerlangan kerja buat kita. Kerja berkualiti boleh dicapai dengan mengambil tindakan yang cepat, tepat, integriti (CTI) dalam melaksanakan amanah sebagai warga pendidik dan disokong pula dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) dalam mencapai keberhasilan kerja. Konsep ibadah dihayati perlu diperkukuhkan dengan pemahaman yang jelas. Kita menjalankan tugas dengan niat yang betul, dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang telah diberi garis panduannya, tugas yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh serta mempunyai matlamat untuk mencapai keberhasilan yang berimpak tinggi dan boleh dimanfaatkan oleh semua.

Amanat saya pada tahun ini bertemakan SEKOLAH UNGGUL, JAUHAR ULUNG. Dalam konteks lanskap pendidikan negeri Johor kita menyahut Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM, Datuk Dr. Amin bin Senin yang menjadikan dua perspektif dalam sasaran mikro iaitu kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid sebagai keberhasilan utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam konteks pendidikan negeri Johor, kualiti sekolah diukur dengan menggunakan satu standard dan instrumean yang diguna pakai oleh semua sekolah iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dengan pencapaian 90% dan ke atas. Sekolah yang dapat mencapai tahap ini setelah diaudit akan dijulang sebagai SEKOLAH UNGGUL. Sekolah unggul ini diverifikasikan mengikut kelompoknya. Manakala kualiti kemenjadian murid memfokuskan kemenjadian dan keberhasilan murid melalui keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang meliputi Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), PAJSK (SEGAK dan Kokurikulum) dan Psikometrik. Pendekatan holistik yang bersepadu meliputi semua aspek dalam membangunkan potensi individu iaitu jasmani, rohani, emosi dan intelektual murid. Selain itu, murid juga diiktiraf melalui pelibatan dalam kokurikulum seperti JSLC, aktiviti-pembentukan karakter murid Johor dan sebagainya. Sekiranya murid dapat memenuhi kriteria pengukuran ini, murid diiktiraf sebagai JAUHAR ULUNG.

Harapan saya agar usaha murni yang dilakukan oleh warga pendidik negeri Johor akan meningkatkan lagi motivasi dan komitmen dalam melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian terus beristiqamah, beriltizam, menjiwai semangat, roh dan etika keguruan dalam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa. Akhir kata, saya berharap kita semua dapat bekerja dalam satu pasukan yang mantap dan kukuh demi menjayakan SEKOLAH UNGGUL JAUHAR ULUNG. Mudah-mudahan segala usaha dan keringat yang dicurahkan umpama mutiara yang berharga akan tetap dipandang mulia walau banyak dugaan melanda.

Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIFF
Pengarah Pendidikan Negeri Johor 


27 Disember 2017

SEDARLAH KITA INI MURID

Reaksi :  
Setinggi manapun kita belajar,
Setebal manapun kitab yang kita khatam, Gelaran apapun yang kita terima, Besar manapun pangkat kita;
Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kita.
Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat.

Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.
Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI.
Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.
Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.
Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.
Jangan hilang ADAB dengan GURU !Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.
Kalau murid itu umpama bulu mata,
Maka guru Umpama kening
Walau tinggi mana bulu mata naik
Tak akan sampai setara dengan guru.
Semoga Allah ﷻ mengurniakan kita adab bersama GURU kita sepertimana yg diingini Guru kita bahkan lebih dari itu InshaAllah .

Selamat Kembali ke Sekolah 2018

Reaksi :  


 


TIDAK WAJAR BAGI ORANG YANG BODOH, BERDIAM DIRI ATAS KEBODOHANNYA.
DAN TIDAK WAJAR BAGI ORANG YANG BERILMU, BERDIAM DIRI DENGAN ILMUNYA.

Tanda ilmu tidak berkat ialah semakin kita menuntut ilmu, semakin angkuh dan sombong samada dengan Allah SWT mahupun sesama manusia.
Semakin berilmu, semakin merasa diri hebat, tidak langsung merasa kehebatan Allah SWT.
Penyakit hati makin tebal bersarang dalam dada dan memandang rendah kepada orang lain.
Sila klik pautan di bawah :
Penjelasan ITK
Ahad, 17 Disember 2017

Pelaksanaan Mesyuarat Penting Sekolah Daerah Mersing Tahun 2018

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.
Objektif :
Mengenalpasti komitmen pihak sekolah melaksanakan mesyuarat-mesyuarat penting di peringkat sekolah seperti berikut :

1) Mesyuarat Profesional Sekolah
2) Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah
3) Mesyuarat JK HEM Sekolah
4) Mesyuarat JK Kewangan Sekolah
5) Mesyuarat JK SKPMg2 Sekolah

Dapatan ini akan dijadikan asas kepada tindak susul oleh pihak PPD Mersing.
Pemantauan akan dibuat oleh pegawai-pegawai PPD Mersing.

Punca Kuasa :
Keputusan Mesyuarat JK Kurikulum Daerah Mersing Bil. 3 Tahun 2017
17 Dis. 2017 (Ahad)

Sehubungan dengan itu, kami memohon kerjasama semua Pengetua dan Guru Besar agar dapat mengisi borang ini sepenuhnya bagi tujuan di atas.


Pautan Borang : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeAqy-uWHLj_HP57HkE_E6Fk8Z_FfX1OToueCh6sEE7oTtztg/viewform

Masa Akhir Pengisian : Pada atau sebelum jam 12.00 mlm 17 Dis. 2017 (Ahad)

Wassalam.

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
Tel : 07-7991269
Faks : 07-7991828
Khamis, 14 Disember 2017

MAKLUMAN AWAL AKTIVITI PPD MERSING YANG MELIBATKAN PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH MERSING PADA MINGGU HADAPAN

Reaksi :  
u.p. Semua PGB Daerah Mersing
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

Makluman Awal Aktiviti PPD Mersing melibatkan Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing.

14 Dis. 2017 (Khamis)
2.00 ptg Majlis Mengimbas Jari Kali Terakhir Tuan Hj. Nizam Yeo

17 Dis. 2017 (Ahad)
1. Mesy. JK Kurikulum Daerah Bil. 3 2017 (9.00 pagi)
2. Mesy. JK PBS Daerah Mersing Bil. 2 2017 (2.30 ptg)

18 Dis. 2017 (Isnin)
1. Dialog Prestasi PPD Mersing Bil. 4 2017 (9.00 pagi)
Fokus :
Pencapaian PPSR Tahun 6 2017
Pencapaian PPMR Ting. 3 2017
Pencapaian Peperiksaan Akhir Tahun 
- Tahun 1-5
- Ting. 1,2,4
2. Mesy. Prof PPD
Jumaat, 1 Disember 2017

Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 10 Tahun 2017 Takwim Penggal dan Cuti Persekolahan Tahun 2018

Reaksi :  
Lampiran : SSKPM Bil. 10 2017


Lampiran : SS Bil. 11 2017
Jumaat, 24 November 2017

Penyakit Hati

Reaksi :  
Muhasabah Diri sebelum Lena ☺️🍃

☘PENYAKIT HATI☘

✍ Kita memandang rendah pada apa yang orang lain buat, bakat dirinya, pencapaiannya dan usahanya.

✍Kita memperbodohkan orang semata-mata untuk menjadikan kesilapannya sebagai bahan ketawa.

✍ Kita cepat melihat yang buruk dalam apa saja situasi, benda,dan perkara.

✍Kita selalu suka komen, mengutuk, mengkritik, hentam belakang.bercerita keburukan orang,ahli politik, kawan, kekasih, suami, isteri atau keluarga

✍ Kita tidak pernah terfikir untuk merasa bersyukur.

✍ Kita susah sekali meminta maaf dan tidak mahu melafazkan kemaafan.

✍ Kita sukar melupakan orang yang pernah berbuat salah pada diri kita.

✍ Kita banyak bercakap untuk menampakkan diri kita tahu banyak perkara, peka semua berita. Cakapan orang lain tidak penting bagi kita, kerana mereka hanya tahu sedikit sahaja, tidak setanding diri kita.

✍ Kita suka menyalahkan orang lain setiap kali timbul masalah.

✍ Kita lebih banyak menggunakan bahasa sindiran pedas dari cakapan berterus terang secara berhemah.

✍ Kita sakit hati melihat orang lebih berjaya dari diri kita atau apabila melihat orang lebih lebih maju dari kita.

✍ Kita menganggap orang lain menunjuk-nunjuk, seolah-olah mencabar kita, sedangkan sebenarnya mereka tidak begitu.

✍ Cakap tidak berlapik, tidak sopan, main hambur ikut suka hati.

✍ Mahu orang lain hormat kita, tetapi susah untuk kita menghormati orang lain.

✍ Cepat naik marah, pantang ditegur, susah melupakan apa yang membuat kita marah.

✍ Menganggap diri kita kaya dan hebat serba serbi, walaupun sebenarnya banyak berhutang.

✍ Anggap apa yang kita miliki jauh lebih hebat, pencapaian kita lebih hebat dan kita tidak sanggup dikalahkan.

✍ Malas nak belajar sesuatu perkara baru.
Tidak mahu berubah, selesa kekal dengan yang ada.

✍ Mahu orang lain mengikut saranan kita, langsung tidak menghormati keputusan mereka.

✍ Berlagak seolah-olah kita orang penting ketika berada dalam sesuatu majlis keramaian.

✍Amat menjaga sembahyang, tetapi mulut memaki-maki dan hasad dengki selalu.

#Salam Kemaafan

@tarbiyahiman
Rabu, 22 November 2017

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

Reaksi :  

No automatic alt text available.


Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah yang akan diumumkan Khamis ini, bukan berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) semata-mata, sebaliknya turut membabitkan tiga komponen lain dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Berbeza berbanding tahun sebelum ini, keputusan UPSR 2017 akan mengambil kira pentaksiran bilik darjah (PBD); pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum (PAJSK) serta pentaksiran psikometrik (PPsi).
Pelaporan itu tidak hanya mengambil kira banyak mana calon mendapat A dalam semua subjek, tetapi tiga komponen berkenaan turut diambil kira untuk melihat pencapaian murid secara keseluruhan.
Setiap murid adalah unik, kita cuba untuk 'memanusiakan' murid hingga mencapai tahap penguasaan yang minimum, jadi sudah tiba masanya untuk kita supaya tidak lagi menumpukan kepada kecemerlangan murid berdasarkan keputusan akademik, tetapi pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.
Selain akademik, perkara lebih penting adalah pembangunan karektor, kemenjadian murid dan menyediakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang menyeronokkan.
Kementerian percaya pembelajaran yang menyeronokkan juga membolehkan guru mengajar dalam keadaan tanpa tekanan, sekali gus mampu melahirkan murid lebih cemerlang.
Pada hari keputusan diumumkan guru akan memberi penerangan lanjut berhubung pencapaian anak mereka dalam akademik dan pentaksiran yang dilakukan sepanjang enam tahun di peringkat sekolah rendah.
Menerusi PBD, pentaksiran dilaksanakan semasa PdP dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.
Tujuan pentaksiran dibuat untuk pembelajaran, sebagai pembelajaran dan mengenai pembelajaran menggunakan pelbagai jenis instrumen.
Sementara, melalui PAJSK murid ditaksir melalui SEGAK- Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan; Indeks Jisim Badan (BMI)- bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan; Sukan-penyertaan sukan dan pencapaian sukan di sekolah, daerah, negeri, negara dan antarabangsa.
Murid juga ditaksir dalam Kokurikulum- penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform dalam persatuan, unit beruniform di peringkat sekolah, negeri, negara dan antarabangsa, manakala ekstrakurikulum- penyertaan secara sukarela dalam dan luar negara di sekolah serta di dalam dan luar negara.
Menerusi pentaksiran PPsi dibuat untuk melihat kecenderungan murid dalam bidang yang diminati untuk murid arus perdana, manakala Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) bagi murid berkeperluan khas untuk mengukur pencapaian murid melalui pendekatan pentaksiran bersepadu dalam situasi sebenar keperluan murid.
Isnin, 13 November 2017

Kajian Keperluan Pembangunan Profesional Berterusan Kepimpinan Sekolah Daerah Mersing Tahun 2018

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Objektif Kajian :
Mengenalpasti keperluan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) Kepimpinan Sekolah bagi tahun 2018 di bawah strategi Mengupayakan Organisasi, Mengurangkan Kuasa Dominasi.

Hasil kajian ini akan dijadikan asas kepada Pelan Pembangunan Profesional Berterusan PPD Mersing pada tahun 2018 bagi meningkatkan tahap profesionalisme dan kecekapan serta kemahiran Kepimpinan Sekolah Daerah Mersing.

Sasaran Kajian :
1) Pengetua
2) Guru Besar
3) Guru Pen. Kanan 1 (Pentadbiran)
4) Guru Pen. Kanan HEM
5) Guru Pen. Kanan Kokurikulum
6) Guru Kanan Tingkatan Enam
7) Guru Penolong Kanan Petang
8) Guru Kanan Pendidikan Khas
9) Guru Kanan Mata Pelajaran
10) Guru Bimbingan Kaunseling (Sepenuh Masa)

Punca Kuasa :
Keputusan Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 34 Tahun 2017
12 Nov. 2017 (Ahad)

MERSING HEBAT

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
Tel : 07-7991269
Faks : 07-7991828

#MersingHebat
#MengupayakanOrganisasiMengurangkanKuasaDominasi
#MenciptaSejarahMemahatTamadun

SILA KLIK DI SINI : Kajian Keperluan CPD Kepimpinan Sekolah 2018
Ahad, 5 November 2017

JUJUR KEPADA DIRI SENDIRI

Reaksi :  
Jawablah dengan jujur. Apakah anda benar-benar mengenali diri anda sendiri?

Ada banyak metode untuk mengenal diri. Salah satunya adalah dengan menjawab beberapa soalan (questionnaire).
Apapun bentuk metode yang dipilih, tuntutan dasarnya adalah seseorang harus jujur pada dirinya sendiri. Contoh mudah, ramai orang tidak jujur saat mengisi questionnaire mengenai dirinya, lebih-lebih lagi bila hasil questionnaire tersebut dinilai oleh pihak lain. Mereka menganggap dengan menulis jawapan yang ideal, mereka akan mendapatkan hasil penilaian yang baik, padahal mereka sedang membohongi diri mereka sendiri, akhirnya akan mengagalkan proses pengembangan diri. 
Penyebab utamanya adalah kerana ramai orang bersikap untuk memenuhi harapan orang lain. Ketidakjujuran dan ketidakmampuan untuk bersikap apa adanya membuat mereka tidak menjadi diri mereka sendiri.

Apakah anda jujur kepada diri anda sendiri? Seringkali menjadi jujur pada diri sendiri terasa menyakitkan. Ramai orang merasa terhenti@gagal dalam kariernya. Mereka menganggap orang lain sebagai punca kegagalan. Mereka tidak sedar atau tidak terima bahwa penyebabnya adalah daripada dalam diri mereka sendiri. 
Di pihak lain, seringkali pula orang tidak mampu jujur pada diri sendiri kerana silap dalam memahami keberhasilan yang sedang diraihnya. Ramai orang berjaya yang menganggap bahawa dia mampu melakukan apa saja. Mereka tidak mahu mengakui bahwa ada batas-batas yang tidak mungkin dilalui.
Jujur pada diri sendiri adalah bersedia untuk menerima segala sesuatu apa adanya. Mengenali diri sendiri adalah belajar untuk menilai dan memahami diri sendiri dengan fikiran yang suci tanpa dibebani dengan prasangka, harapan, ketakutan dan perasaan-perasaan lain.
Mahukah anda memaafkan segala sesuatu yang telah terjadi, dan menerima sebagaimana adanya dengan hati yang lapang?
Mengenal diri sendiri bukan sekadar mengenal nama, alamat, umur, dan apa-apa yang tercantum dalam curiculum vitae.
Mengenal diri sendiri adalah proses dan hubungan timbal balik antara seseorang dengan dirinya sendiri. Dalam kehidupan seharian, orang dah biasa berhubungan dengan orang lain. Mereka mengembangkan berbagai cara komunikasi efektif dengan orang lain untuk mencapai sesuatu tujuan.
Namun belajar mengenal diri sendiri, seseorang harus mengembangkan bentuk komunikasi timbal balik yang baik dengan dirinya sendiri.
Mereka perlu melahirkan kemampuan untuk melihat dan mendengar apa yang dikatakan oleh dirinya sendiri agar mampu memahaminya dengan baik. Proses ini adalah ketrampilan yang harus diasah terus-menerus.
Pada peringkat awal mungkin akan terasa berat, kerana sebelum bertindak seseorang harus mengkomunikasikannya terlebih dahulu dengan dirinya sendiri, “apakah ini adalah sesuatu yang sesuai dengan diri saya? apakah ini benar-benar menjadi keinginan diri saya?” Dengan kata lain proses mengenal diri sendiri adalah proses membangkitkan kesedaran diri. Dan, yang paling susah ialah belajar untuk disiplin.

Apakah anda sanggup melakukan disiplin diri?

Salah satu bentuk disiplin mengenali diri sendiri ialah dengan mengamati diri secara cermat – mengamati setiap perasaan, fikiran, harapan, keinginan, kegembiraan dan lain-lain yang terjadi dalam diri sendiri.
Pengamal spiritual dan pengamal psikologi sering melakukan pengamatan ini. Pengamatan ini akan melahirkan kesedaran yang lebih tenang, yang mampu melihat secara telus fikiran dan perasaan yang sedang terjadi, kemampuan, bakat dan ketrampilan yang dimiliki, kekuatan dan kesempatan untuk menggunakan semua fikiran, perasaan, kemampuan, bakat dan ketrampilan itu untuk sebaik-baiknya.
Pengamatan diri ini dapat dilakukan di setiap saat semasa menjalani kehidupan harian.
Justru dalam kegiatan seharian itulah seseorang berkesempatan untuk menyedari betapa banyak gejolak fikiran, perasaan yang muncul silih berganti.

Kenali Jendela@Tingkap Diri Anda

Reaksi :  
Image result for tingkap jauhari

Image result for tingkap jauhari


Ada empat jendela dalam Jendela Johari.

1. Jendela terbuka. Hal-hal yang kita tahu tentang diri sendiri, tapi orang lain pun tahu. Misalnya keadaan fisik, profesi, asal daerah, dan lain-lain.

2. Jendela tertutup@terlindung. Hal-hal mengenai diri kita yang kita tahu tapi orang lain tidak tahu. Misalnya isi perasaan, pendapat, kebiasaan tidur, dan sebagainya.

3. Jendela buta@rahsia. Hal-hal yang kita tidak tahu tentang diri sendiri, tapi orang lain tahu. Misalnya hal-hal yang bernilai positif dan negatif pada kepribadian kita.

4. Jendela gelap. Hal-hal mengenai diri kita, tapi kita sendiri maupun orang lain tidak tahu. Ini adalah wilayah misteri dalam kehidupan.

Semakin besar daerah/jendela terbuka, kita akan semakin baik, kerana ia bererti kita mengenal diri secara baik. Orang yang memiliki daerah tertutup lebih besar akan mengalami kesulitan dalam pergaulan. Adapun mereka yang memiliki daerah buta sangat besar, bisanya akan membuat orang lain merasa kasihan.

Ada dua cara untuk membuat jendela kita terbuka lebar, iaitu:

1) Bersedia menerima umpan balik, secara verbal mahupun non-verbal.
Bersedialah untuk menerima kritikan, saranan dan pendapat daripada orang lain tentang diri kita. Kalau ada orang yang memberikan kritikan yang sangat pedas, ada baiknya dikaji. Jika ianya tidak benar, tanyakan, mengapa dia mengungkapkan hal itu, cari klarifikasi, dan bukan membalas atau mengkritik balik. Kritikan adalah bentuk umpan balik yang berisi informasi negatif tentang diri kita, yang mungkin kita anggap kelemahan. Harusnya kritik itu berisi saranan, kerana kritik itu bererti menunjukkan kesalahan dan boleh memberitahu bagaimana jalan keluarnya

2) Kita juga harus mahu lebih membuka diri. Ungkapkan kalau ada kekesalan, kejengkelan dan sebagainya. Boleh secara lisan atau bertulis... harus diungkapkan terus terang. Ia akan memberi kekuatan yang baharu kepada kita.

Image result for tingkap jauhari
Rabu, 1 November 2017

Selamat Menduduki STPM dan SPM 2017

Reaksi :  





Ahad, 29 Oktober 2017

Kajian Intervensi Pengurusan Pendidikan Mersing Tahun 2018

Reaksi :  
Kajian Intervensi Pengurusan Pendidikan Mersing Tahun 2018

Tempoh Kajian :
29 Okt. - 9 Nov. 2017

Punca kuasa :
Keputusan Mesyuarat Mingguan PPD Mersing Bil. 33 Tahun 2017 pada 29 Okt. 2017.

Objektif Kajian :
o  Menggarap pemikiran strategik berasaskan data@maklumat@fakta dalam kalangan warga Pendidikan Daerah Mersing.
o  Mengenalpasti isu, masalah dan punca utama Pendidikan daerah Mersing.

Sasaran :
o  Warga PPD Mersing
o  Pengetua dan Guru Besar
o  Pemimpin Pelapis Pendidikan
o  Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP)
o  Ibubapa
o  Murid

Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
Tel : 07-7991269, 07-7982750
Faks : 07-7991828

#MengupayakanOrganisasiMengurangkanKuasaDominasi
#MersingHebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakal)
#MenciptaSejarahMemahatTamadun

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfhOtPGMAsghUZwaJRHKM6JmqlaEUu4renbon_Whvh9cx7NBA/viewform

Lampiran :
Kajian_Intervensi_2018_PGB.pdf
Kajian_Intervensi_PPD.pdf
Sabtu, 28 Oktober 2017

Budaya Kerja KPPM - Dr. Amin Senin

Reaksi :  

SELANGAKAH KE HADAPAN
Ybhg. Datuk Dr. Amin Senin KPPM telah meletak kerja utk KPM menggorak langkah ke hadapan.
Satu perubahan sistemik akan berlaku. 
Fokus kpd kualiti sekolah dan kemenjadian murid.

Intipati Bajet 2018 - Pendidikan

Reaksi :  
Bertema 'Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahterakan Rakyat Menuju TN50' #Bajet2018 mengemukakan lapan tunjang utama mencakupi setiap aspek keperluan rakyat dan negara. 





Penambah baikan dan Penyelenggaraan Sekolah  
 Pembinaan pra sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah & menengah dan kolej  
vokasional serta matrikulasi: (RM654j) 


Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah: (RM550j) 


Bantuan Persekolahan 
 Bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan: (RM2.9b) 
 Bantuan persekolahan RM100 seorang: (RM328j) 


Pembiayaan Pengajian Tinggi PTPTN 
 Diskaun 20% untuk penyelesaian penuh pinjaman 
 Diskaun 10% untuk bayaran 50 % daripada baki hutang sekali bayaran 
 Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji 
 Menaikkan jumlah pinjaman maksimum pelajar keluarga B40: (RM200j) 
 Grace period pembayaran balik dilanjutkan daripada 6 kepada 12 bulan 

Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M)  
 Geran sepadan sehingga RM500 kepada pencarum: (RM250j) 
 Pelepasan cukai pendapatan individu bagi SSP1M selama 3 tahun 


Pendidikan untuk Generasi TN50 – RM250j  
 Menubuhkan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) 
 Mempertingkatkan modul Computer Science yang termasuk program Coding 
 Menaik taraf 2,000 kelas menjadi Bilik Darjah Pintar Pembelajaran Abad ke-21 bagi  
meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif: (RM190j)






Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.
Di sudut ini, 550 juta ringgit diperuntukkan dengan pecahan berikut:
•  Sekolah Kebangsaan - 250 juta ringgit;
•  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina - 50 juta ringgit;
•  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil - 50 juta ringgit;
•  Sekolah Mubaligh - 50 juta ringgit;
•  Sekolah Berasrama Penuh - 50 juta ringgit;
•  Maktab Rendah Sains MARA - 50 juta ringgit; dan
•  Sekolah Agama Bantuan Kerajaan - 50 juta ringgit.


Membina semula dan menaik taraf 2,000 sekolah daif menggunakan IBS: (RM2.5b) 


Memartabat Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET)  
 Institusi TVET di bawah 7 Kementerian dijenamakan TVET Malaysia 
 Pelan Induk TVET Malaysia: (RM4.9b) 
 Biasiswa Pelajar Cemerlang TVET: (RM4.5j)


Memartabat Pendidikan Tinggi  
 Biasiswa- RM2.2b; 
 Geran penyelidikan dan pembangunan kepada IPTA: (RM400j) 
 Bantuan baucar buku bernilai RM250 
 MyBrain untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran: (RM90j)

Kerjaya dan Bakat TN50  
 Program perantis dan temuduga terbuka di bawah SL1M: (RM40j) 
 Syarikat swasta yang berjaya mendapat kontrak Kerajaan diwajibkan memperuntukkan 1% daripada nilai projek bagi Program SL1M 
 Pusat sehenti menggabungkan agensi seperti JobsMalaysia, SL1M, PERKESO, HRDF dan TERAJU di UTC 
 Program National Leaders Circle untuk pengisian jawatan penting dan tertinggi

Meningkatkan Kecekapan Perkhidmatan Awam 
 Kenaikan pangkat time-based kali 2 bagi kump. pelaksana untuk tempoh 13 tahun selepas kenaikan kali pertama.
 Penjawat awam yang dibersarakan atas sebab kesihatan,  akan  menerima  faedah  persaraan
seolah-olah pegawai berkhidmat sehingga umur persaraan wajib;
 Membenarkan Gantian Cuti Rehat melebihi 150 hari digunakan sebagai cuti rehat pada tahun
persaraan.
 Menaikkan kadar Cuti Rehat Khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan daripada tujuh hari
kepada 10 hari setahun.
 Kemudahan 7 hari Cuti Tanpa Rekod (CTR) sepanjang perkhidmatan bagi menunaikan umrah.
 Tambahan satu lagi Waktu Kerja Berperingkat iaitu bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.
 Pakar Perubatan Gred UD54 dan ke atas (telah diwartakan 4 tahun) diberi kelonggaran 1 hari seminggu melaksanakan Waktu Kerja Fleksi 
 Pegawai wanita mengandung 5 bulan ke atas dan suami dibenarkan balik awal sejam (bekerja di lokasi sama) 
 Meningkatkan cuti bersalin daripada 300 kepada 360 hari (max 90 hari setahun); 
 Kursus Sarjana & PhD secara in-house 
 Menetapkan kadar pencen terendah sebanyak RM1,000 melibatkan lebih 50 ribu pesara
awam, dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan.
 Perluas kemudahan perubatan untuk ibu dan bapa pesara 
 Bayaran Khas RM1,500 kepada penjawat awam

Kesemua langkah di atas berkuat kuasa mulai 1 Januari 2018.

GST : Pelepasan GST sepenuhnya diberi ke atas perkhidmatan pembinaan bangunan sekolah dan rumah ibadat, yang dibiayai melalui sumbangan derma yang diluluskan.
Pelepasan ini berkuat kuasa bagi kontrak perkhidmatan pembinaan yang ditandatangani mulai 1 April 2017.

Demi memartabatkan syiar Islam dan pengutuhan jati insan, khususnya pengurusan sekolah tahfiz, diperuntukkan 50 juta ringgit kepada GiatMara bagi membaik pulih dan menyelenggara sistem
pendawaian di semua sekolah tahfiz yang berdaftar di seluruh negara.

Selain itu, bagi melatih pelajar sekolah tahfiz supaya lebih berkemahiran,  Skim  Latihan  Kemahiran  GiatMara  akan diperkenalkan.

Penutup : 
Bayaran khas sebanyak 1,500 ringgit kepada semua penjawat awam. Bayaran ini akan diberikan dua kali, iaitu seribu ringgit pada awal Januari 2018, dan 500 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidil Fitri tahun hadapan.
Manakala tidak pernah dilupakan, kepada pesara Kerajaan, bayaran khas sebanyak 750 ringgit, iaitu 500 ringgit dibayar pada Januari 2018, dan 250 ringgit lagi menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Lampiran :
Jumaat, 27 Oktober 2017

STPM dan STPM 2017

Reaksi :  

Khamis, 26 Oktober 2017

FIVE LAWS OF MEDIA AND INFORMATION LITERACY (MIL)

Reaksi :  

Awas - Keselamatan Siber

Reaksi :