* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 11 Julai 2017

DAPATAN AUDIT AKADEMIK “POST MORTEM” SUMATIF 2 TAHUN 6 DAN TING.5 2017

Reaksi :  
u.p. Semua Pengetua dan Guru Besar
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

DAPATAN AUDIT AKADEMIK “POST MORTEM”
SUMATIF 2 TAHUN 6 DAN TING.5 2017

AlHamdulillah, kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjalankan tugas serta memberikan perkhidmatan yang terbaik demi kemenjadiaan murid-murid di Sekolah masing-masing.
AlHamdulillah, pihak Sekolah telah melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan baik termasuk Pentaksiran Sumatif 1 dan 2 Bagi Tahun 6 dan Tingkatan 5.
Sehubungan itu, atas keperluan sebagai persediaan Dialog Prestasi Negeri Johor Bil. 2 Tahun 2017 pada 17 Julai 2017 nanti, kami memerlukan DAPATAN AUDIT AKADEMIK “POST MORTEM” SUMATIF 2 TAHUN 6 DAN TING.5 2017 setiap sekolah.
Kami amat mengharapkan pihak sekolah menyediakan bahan tersebut dalam bentuk analisis SWOT dan ada tindakan penambahbaikan (intervensi) yang dirancang.
Pihak Tuan/Puan diharapkan dapat menghantar dapatan@bahan tersebut dalam bentuk softcopy melalui telegram kepada pegawai kami seperti berikut pada atau sebelum 13 Julai 2017 :

1)  Tingkatan Lima : Azamani Ghazali
- Penyeleras Kecemerlangan SPM
2)  Tahun Enam : Zanariah Basri
- Penyelaras Kecemerlangan UPSR

Wassalam.

IbnM
Wan Nadzri bin Wan A Rahman
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Mersing
Tel : 07-7991269, 07-7982750
Faks : 07-7991828
Email : wan.nadzri@moe.gov.my

0 komen ::

Catat Ulasan