* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 12 Ogos 2017

KEMASUKAN KHAS KE SKIM PERKHIDMATAN TADBIR DAN DIPLOMATIK

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah.

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

Adalah dimaklumkan bahawa satu urusan kemasukan khas ke Skim Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik akan dilaksanakan oleh Jabatan ini dari kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan & Profesional dan Pengurusan Tertinggi dari Gred 41 dan ke atas.

Pelawaan ini meliputi penjawat awam di kalangan Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan / Perkhidmatan Awam Negeri (PAN) / Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengguna pakai sistem saraan Kerajaan yang berkhidmat secara tetap atau kontrak. Calon-calon yang memohon perlu melepasi syarat-syarat dan proses seperti yang telah ditetapkan. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di laman web JPA (www.jpa.gov.my) atau SPA (www.spa.gov.my) bermula 9 Ogos 2017 dan tarikh tutup permohonan adalah pada 18 Ogos 2017.

Bersama-sama ini disertakan surat makluman urusan kemasukan khas ke skim perkhidmatan Tadbir & Diplomatik untuk rujukan selanjutnya.

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia

0 komen ::

Catat Ulasan