* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

Al-Hamdulillah, adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah (SPKS). Ia Bertujuan agar sekolah boleh membuat penarafan kendiri bagi menilai tahap keselamatan sekolah masing-masing. Di samping itu, pihak sekolah dapat melaksanakan arahan-arahan keselamatan seterusnya menguatkuasakan peraturan-peraturan keselamatan di sekolah.

3. Sehubungan itu, semua sekolah diminta menggunakan SPKS melalui laman sesawang http://spks.moe.gov.my untuk penilaian penarafan keselamatan sekolah masing-masing dengan mengisi dan melengkapkan instrumen sebanyak dua kali dalam setahun iaitu:

i) Fasa 1 : bermula 1 April 2017 hingga 30 April 2017.
ii) Fasa 2 : bermula 1 Ogos 2017 hingga 31 Ogos 2017.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Penolong PPD Pembangunan Kemanusiaan En. Nor Azmi bin Mohd Nor di talian 013-7676345

Sekian, untuk makluman dan tindakan tuan. Terima kasih.

Lampiran :

0 komen ::

Catat Ulasan