* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Negaraku,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempunyai skim atau instrumen simpanan yang direka khas bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan mematuhi Syariah konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

3. Terdapat dua (2) skim iaitu: -
a. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
b. Skim Simpanan Pendidikan Nasional Plus (SSPN-i Plus)

4. Objektif utama Skim ini diperkenalkan adalah bagi membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia amnya dan kepada murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah khususnya bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

5. Selain itu juga, di dalam Bajet 2017, PTPTN juga telah memperkenalkan insentif pemberian Geran Sepadan sebanyak RM50 kepada murid-murid yang berdaftar tahun 1 di sekolah bantuan kerajaan pada tahun 2017.

6. Kami berbesar hati ingin berkongsi informasi lengkap mengenai skim-skim yang telah disediakan ini melalui video durasi pendek yang dipautkan bersama.
7. Bersama-sama ini disertakan pautan bagi akses kepada video yang telah disediakan:
Video SSPN-i dan SSPN-i Plus https://tinyurl.com/ycom9rd4
Video Geran Sepadan 2017https://tinyurl.com/y765yus2
8. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ardi Syazwan bin Mohd Dahalan di talian 03-88846232. Kerjasama dan tindakan dari pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 SURAT EDARAN VIDEO INFORMASI (Surat)

0 komen ::

Catat Ulasan