* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................
Sabtu, 12 Ogos 2017

VIRUS ORGANISASI

Reaksi :  
Assalamu a'laikum wrth dan Salam Mahabbah.

AlHamdulillah, kali ini Si Kerdil ingin kongsikan coretan sahabat Cikgu Bagus bertajuk Virus Organisasi. Moga bermanfaat untuk semua..
Jariah berpanjangan kepada Cikgu Bagus.

“Sekiranya kita tak bersetuju dengan sesuatu usaha atau gerak kerja organisasi yang kita sertai, baik duduk diam sahaja. Tak perlulah kita pula menjadi VIRUS dan mempengarusi rakan sekerja yang lain. Ia tak memberi kebaikan untuk diri dan orang lain juga.” Begitulah pesanan seorang guru lama dan berpengalaman luas dalam kerjaya perguruan.
Saya yakin dan percaya, dalam sesebuah organisasi,tak semua suka atau setuju dengan apa-apa tindakan ketua mereka. Mungkin tujuan ketua itu baik, namun ia dirasakan kurang sesuai dengan iklim setempat. Lantas, ada sebahagian yang kurang bersetuju dan mula mempengaruhi rakan sekerja lain agar ikut serta mereka juga.
Antara perkara yang membuatkan sebilangan anggota organisasi kurang bersetuju adalah :
  1. Tugasan tersebut memenatkan.
  2. Tugasan tersebut sukar untuk dicapai.
  3. Sikap seseorang yang sentiasa tak bersetuju dengan ketua mereka.
  4. Malas.
  5. Banyak tugasan lain perlu dilaksanakan.
  6. Berada dalam organisasi zon selesa sebelum ini.
  7. Perlukan kos kewangan.
  8. Kurang jelas dengan matlamat hasrat ketua.
Sekiranya terdapat rakan organisasi yang sentiasa berusaha ‘menjatuhkan’ ketua organisasi, anda perlu bertindak segera bagi memastikan virus tersebut tidak merebak sehingga menjadi ‘barah’ yang sukar diubati. Ia bukan sahaja menyusahkan ketua organisasi, malah anda juga akan terpalit sama.
Antara usaha untuk menangani isu ini, soalan-soalan berikut boleh ditanyakan kepada mereka dan anda dengar apa jawapan daripada muliut mereka sendiri.
  1. Apa yang kamu mahu sebenarnya?
  2. Sekiranya kamu berada di kerusi ketua kita, apa tindakan kamu akan laksanakan demi organisasi.
  3. Kenapa idea ketua kita ini perlu dibantah?
  4. Bagaimana cara kita mahu bertindak dengan lebih baik untuk organisasi?
  5. Adakah ada cara kita bantu perkemaskan idea ketua kita itu?
Oleh itu, selagi kita masih berminat dengan kerjaya dan belum menjadi seorang ketua, kita perlu ikut apa jua arahan ketua selagi tak bercanggah dengan agama dan peraturan. Tunggu pada saat kita menjadi ketua nanti, dan rencanakanlah organisasi dengan acuan kita pula. Semoga bermanfaat.
Posted in Cikgu

0 komen ::

Catat Ulasan