* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 19 September 2017

Pelantikan dan Pergerakan Guru Besar - 16 Sept.2017

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa En. Nordin Bin Abd. Rahman Guru Besar SK Pulau Aur telah bertukar ke SK Taman Indahpura 1 Kulai dan En. Ahmad Bin Awang Guru Besar SK Pulau Pemanggil telah bertukar ke SK LKTP Bukit Batu Kulai, berkuatkuasa pada 16 September 2017.

PPD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Nordin Bin Abd. Rahman dan En. Ahmad Bin Awang yang telah menabur jasa kepada daerah ini semasa beliau bertugas di sini. Semoga mereka akan lebih cemerlang di sekolah yang baru.

Sukacita dan tahniah diucapkan kepada En. Mohd Fauzi Bin Desa di atas pelantikan sebagai Guru Besar SK Penyabong. Diharap beliau akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Penyabong di bawah kepimpinan beliau. Tarikh kuatkuasa pelantikan ini juga pada 16 September 2017.

Sekian. Terima kasih.



0 komen ::

Catat Ulasan