* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Sabtu, 5 Ogos 2017

PERKONGSIAN PROFESIONAL, KEJAYAAN, KEBITARAAN DAN AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN

Reaksi :  
u.p. Semua Pegawai, Pengetua, Guru Besar dan Pemimpin Pelapis Pend. Mersing
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

PERKONGSIAN PROFESIONAL, KEJAYAAN, KEBITARAAN DAN AMALAN TERBAIK PENDIDIKAN

Al-Hamdulillah, kami merafa’kan kesyukuran ke hadrat Allah SWT.
Kami merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah turut serta mengimarahkan budaya perkongsian ilmu dalam rangkaian media penyampaian Pendidikan Mersing di Telegram PGB@PPD Mersing, Telegram Pemimpin Pelapis Mersing dan Telegram Mersing Hebat selain blog Mersing Hebat, Portal Rasmi PPD Mersing serta Facebook Mersing Hebat.

Kami percaya bahawa perkongsian turut berlaku dalam media yang lain dalam kelompok kecil tertentu bagi menyokong kepada usaha untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam slogan Mersing Hebat (Hikmah, Efektif, Badar, Amanah dan Tawakal).
Kami amat menghargainya.
Semua itu tidak lari daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kami melihat ada berlaku kesesakan dan pertindihan hebahan berupa arahan, tindakan, maklumbalas, perkongsian kejayaan, amalan terbaik serta kebitaraan sekolah yang mungkin berlaku pada ketika puncak penggunaan media telegram PGB@PPD Mersing dan Telegram Pepimpin Pelapis Mersing. Paling ketara berlaku dalam group PGB@PPD Mersing.

Sehubungan itu, bagi mengelakkan kesesakan tersebut dan mewujudkan pembezaan fungsinya, kami menetapkan bahawa penggunaan telegram PGB@PPD Mersing dan Pemimpin Pelapis Mersing hanya difokuskan kepada hebahan berupa arahan, tindakan, maklumbalas dan perbincangan kelompok kecil sahaja, manakala perkongsian lain seperti kejayaan, amalan terbaik serta kebitaraan sekolah elemen peningkatan profesional pendidikan boleh dibuat dalam group telegram Mersing Hebat.

Sehubungan itu juga, kami mengharapkan semua pihak dapat mempertingkatkan nilai kesegaraan dan kecaknaan serta menjadikan rangkaian media komunikasi ini sebagai satu wadah yang positif bagi menyahut seruan sunnah Tabligh yang telah praktikkan oleh baginda Ar-Rasul SAW.  Semua itu perlu berasaskan kepada Siddiq, Amanah dan Fathonah…

Wassalam.

IbnM
#MersingHebat
#MengupayakanOrganisasiMengurangkanKuasaDominasi
Jumaat, 4 Ogos 2017

Amalkan Formula SSID (Syukur, Sedikit, Istighfar dan Doa)

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth dan Salam Mahabbah

AlHamdulillah, didoakan rakan-rakan sentiasa berada di bawah rahmat Allah SWT.
Kali ini, Si Kerdil kongsikan coretan seorang sahabat tentang formula SSID.. moga bermanfaat.
............
Bila kita melakukan amalan taat seperti sedekah, dakwah, perjuangan dan lain-lain setelah bermula dengan ikhlas, amalkan formula(SSID) Insya Allah amalan kita diterima dengan baik oleh Allah swt.

S..lahirkan rasa SYUKUR dengan pertolongan Allah, amalan ni dapat ditunaikan, sebab tu cerita amalan puasa di tutup dengan perkataan syukur.

S..lahirkan rasa SEDIKIT saja amalan yang dilakukan walaupun sebanyak mana dilakukan berbanding nikmat Allah pada kita, rujuk surah almuddasir ayat 6.

I..dalam buat taat sentiasa ISTIGHFAR dan selepasnya pun, sebab ia boleh menampal cacat amal itu, selepas solat, istighfar adalah zikir pertama baginda lafazkan.rujuk juga(albaqarah:199)

D..DOAlah setelah melakukan amalan taat,semoga Allah  menerimanya kerana ini adalah sunnah para anbiya..

#jariahsahabat
Khamis, 3 Ogos 2017

Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025

Reaksi :  

NKRA Pendidikan

Reaksi :  

“The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system”

“The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians”

“Our real work will begin as we make the transformation of government services happen” 


Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

1. Sub-NKRA Prasekolah

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah

Dasar Pendidikan Kebangsaan

Reaksi :  
This is the HTML version of Dasar Pendidikan Kebangsaan Page 1
To view this content in Flash, you must have version 8 or greater and Javascript must be enabled. To download the last Flash player click here



Imbasan Sejarah Pendidikan di Malaysia

Reaksi :  

Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 - Zaman Pengukuhan

  • Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
  • Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
  • Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
  • Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua

Laporan Rahman Talib dan Akta Pelajaran 1961 - Zaman Kemaskini

Ciri-ciri Laporan Kabinet 1979

Rang Undang Undang Pendidikan 1995

Laporan Tahunan 2014 : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Reaksi :  
This is the HTML version of Laporan Tahunan 2014 : Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Page 1
To view this content in Flash, you must have version 8 or greater and Javascript must be enabled. To download the last Flash player click here


Laporan Tahunan 2015: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

Reaksi :  
This is the HTML version of Laporan Tahunan 2015: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Page 1
To view this content in Flash, you must have version 8 or greater and Javascript must be enabled. To download the last Flash player click here

Laluan Pendidikan Di Malaysia

Reaksi :  

Peluasan Pelaksanaan Perolehan Hijau

Reaksi :  
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Untuk makluman YBhg. Datuk/Dato’/ Datin / Tuan / Puan, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) telah mengeluarkan  Pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bilangan 1 Tahun 2017 mengenai Pelaksanaan Sistem ePROPER bagi melaksanakan urusan Perkhidmatan iaitu Pengesahan Pelantikan Tetap (PPT)Pengesahan Dalam Perkhidmatan (PDP)Pelanjutan Tempoh Percubaan (PTP) dan Pemberian Taraf Berpencen (PTB) secara atas talian bagi Anggota Perkhidmatan Pendidikan (APP) yang dilantik di bawah bidang kuasa SPP.
3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan pekeliling tersebut untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
Sekian, terima kasih
Sumber : KPM
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Adalah dimaklumkan bahawa, semua warga Kementerian Pendidikan Malaysia diingatkan supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan berkaitan dengan pemberian dan penerimaan hadiah.
3.         Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan surat peringatan tersebut untuk makluman dan rujukan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan.
Sekian, terima kasih
UNIT INTEGRITI (TADBIR URUS)KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Aplikasi Percuma Untuk Edit Gambar dan Foto

Reaksi :  
Gambar lukisan, pemandangan, kartun, nombor dan pelbagai lagi jenis gambar atau foto sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ada antaranya sesuai dan ada kalanya tidak sesuai dan memerlukan editing untuk memenuhi keperluan sesi pengajaran tersebut atau kegunaan di sekolah.
 lihat maklumat seterusnya di sini...

Kenyataan Media: Kontinjen Negara Bawa Pulang 22 Pingat Emas

Reaksi :  


Kenyataan Media: 34 Buku Reka Bentuk Tercantik Terbitan Malaysia Ke Frankfurt

Reaksi :  

Transformasi Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah

Reaksi :  

Orang Terbilang

Reaksi :  
Apakah Sifat-Sifat Orang Yang Terbilang?
1.       Percaya kepada Allah SWT
2.       Ada sense of survival.
3.       Sanggup menghadapi cabaran.
4.       Sanggup bersusah payah.
5.       Ada semangat untuk belajar dan menguasai ilmu.
6.       Percaya kepada diri sendiri bahawa kita boleh menjadi lebih baik.
7.       Bertaubat dan berubah.

Bagaimana nak jadi terbilang?
1.       Yakin diri
2.       Kenalpasti kesilapan dan memperbaikinya.
3.       Bentukkan satu perubahan bersepadu :
3.1.     Tingkatkan IQ
3.2.     Mantapkan EQ
4.       Redha dengan ujian Allah.
5.       Cari ilmu dan kemahiran.

Allah amat benci kepada orang yang patah semangat dan Syaitan amat suka kepada orang patah semangat.

Adakah Anda Orang Yang Terbilang?

Kenapa Kita Tak Terbilang ?
1.       Tak kenal Tuhan
2.       Tak kenal diri
3.       Kurang bersemangan dalam bertindak
4.       Tak tahu menilai di mana kita berada
5.       Tak kenal orang sekeliling

Lima Sifat yang perlu disimbangkan supaya menjadi orang yang terbilang :
1.       Sifat Manusia
2.       Sifat Malaikat
3.       Sifat Binatang
4.       Sifat Syaitan
5.       Sifat Tuhan

48 JAM YANG PENTING..

Bila dapat ilmu tapi tak amalkan dalam tempoh 48 jam, maka berkemungkinan besar ilmu tersebut kita tak akan amalkan.

Semakan Buku Rekod Mengajar Pengetua dan Guru Besar Daerah Mersing Tahun 2017

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

SEMAKAN BUKU REKOD MENGAJAR
PENGETUA DAN GURU BESAR DAERAH MERSING
TAHUN 2017

AlHamdulillah, dengan hormatnya kami merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan/Puan Pengetua dan Guru Besar yang telah memberikan kerjasama yang baik kepada usaha tersebut.
Bagi bulan Ogos ini, Tuan/Puan tidak perlu menghantar BRM tersebut ke PPD Mersing.
Pegawai kami akan diarahkan ke sekolah untuk mencerap PdP Pengetua dan Guru Besar.
Pencerapan PdP tersebut akan mengguna pakai instrument Std. 4 SKPMg2 yang berkuatkuasa sekarang.
Terima kasih .
Wassalam.

TPPD Mersing
#bpKPPD
#upPPPDSM
#mersinghebat
Rabu, 2 Ogos 2017

Sesi Dialog Pembugaran LINUS2.0

Reaksi :  

Selasa, 1 Ogos 2017

Extension Of Abstract Submission Deadline: IPCSM’17 & ICSTEM’17

Reaksi :  

The 5th International Postgraduate Conference on Science and Mathematics 2017 (IPCSM’17) & International Conference on Science, Technology, Engineering and Mathematics 2017 (ICSTEM’17)

7 - 9 October 2017

Convention Hall, E-Learning Building, Sultan Abdul Jalil Shah Campus (KSAJS), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak, Malaysia


Sukacita dimaklumkan bahawa
PENEMPATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) DG41 BAGI SEKOLAH MENENGAH BIL.6/2017
boleh dicapai melalui Portal Rasmi KPM mulai 31/07/2017. 
URL : https://egraduan.moe.gov.my
Tarikh mula : 31/07/2017
Tarikh Akhir : 13/09/2017
Tarikh Penempatan : 14/08/2017
Waktu Mula Semakan Penempatan : 12 pagi

Assalamualaikum WBT dan Selamat Sejahtera.

Bersama-sama hebahan ini dilampirkan Buletin Integriti Siri 2/2017 untuk tatapan / bahan bacaan semua warga KPM.


*Nota: Sila muat turun buletin penuh di pautan berikut: