* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
.....................................................................................................

Dari Hati Ke Hati

PPD Mersing : Selamat Menduduki UPSR 2017

Jumaat, 25 Ogos 2017

Laporan Tahunan 2016 PPPM 2013-2025

Reaksi :  
Untuk Makluman: Buku Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 boleh di akses melalui capaian berikut:
http://www.padu.edu.my/annual_report?year=2016



IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Reaksi :  
IKLAN PELUANG KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
================================================
Tarikh Tutup Iklan : 3 September 2017 (Ahad) jam 11.59 malam

Sila klik pautan Borang SPA8i di bawah untuk memohon :
1) https://putra2.spa.gov.my/spa8new/login.jsp
2) https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Sekian, terima kasih.




Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM telah menerima pelawaan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengemukakan pencalonan dari kalangan pegawai Kumpulan Pelaksana untuk memohon kemudahan penajaan bagi mengikuti pengajian di peringkat Sijil dan Diploma Kemahiran Malaysia (TVET), Diploma dan Ijazah Pertama Secara Sepenuh Masa Sesi 2018. 

3.         Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Awam Persekutuan yang berminat untuk memohon kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa Kumpulan Pelaksana (CBBPDBKP) boleh melayari portal JPA www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara permohonan. Permohonan dibuka mulai 28 Ogos 2017 sehingga 15 September 2017. Bersama-sama ini disertakan salinan surat pelawaan JPA(I)S.178/1/5-13 KLT 4(10) bertarikh 21 Ogos 2017.

4.         Pegawai yang berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan masing-masing serta memenuhi semua syarat/dasar permohonan yang ditetapkan oleh JPA. Semua data yang dikemukakan oleh pemohon perlu disemak dan dipastikan tepat oleh Ketua Jabatan.  Para pemohon perlu diingatkan bahawa adalah menjadi kesalahan jika maklumat yang tidak tepat dikemukakan kepada Ketua Jabatan/BPSM dan boleh diambil tindakan mengikut peruntukan peraturan/undang-undang sedia ada.

5.         Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dimuat turun dan dicetak sebanyak dua (2) salinan  dengan disertakan dokumen-dokumen berikut: 

i.              Borang Permohonan (Lampiran A - JPA(L)LDP 1B/96);
ii.            Borang JPA(L)LDP 1A/96 (Lampiran B - disediakan oleh BPSM, KPM);
iii.           Borang Perakuan Ketua Jabatan (Lampiran C);
iv.           Salinan SPM bagi pegawai yang memohon pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah Pertama; dan
v.            Salinan Sijil Perkahwinan dan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkeluarga).
     
6.         Permohonan yang dikemukakan tanpa melalui Ketua Jabatan serta dokumen yang tidak lengkap secara automatik tidak akan dipertimbangkan.Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 September 2017 (Jumaat) jam 5.00 petang kepada:

6.1       Bagi Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru (PBG)
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E12, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Puan Paridah binti Ali, Tel: 03-8884 7947
u.p.: Encik Danial Abdillah bin Suhaimi, Tel: 03-8884 7943
Faks: 03-8884 7925

6.2       Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
Sektor Peningkatan Keilmuan
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
u.p.: Encik Azalan bin Afendi, Tel: 03-8884 1242
u.p.: Encik Shahrizan bin Ab. Rahim, Tel: 03-8884 1385
u.p.: Puan Hanafiah binti Hussin, Tel: 03-8884 1228
Faks: 03-8884 1274
Ahad, 20 Ogos 2017

Jemputan untuk menyertai Bengkel "Embracing Technology To Engage Learning"

Reaksi :  
Kepada
Semua Pengetua dan Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor

Jemputan untuk menyertai Bengkel "Embracing Technology To Engage Learning"

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa SEAMEO RECSAM akan menganjurkan satu bengkel yang bertajuk "Embracing Technology To Engage Learning"

2. Tujuan Bengkel ini adalah untuk membantu dalam peningkatan tahap kompentensi dan profesionalisme guru sains dalam bidang teknologi pengajaran selaras dengan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025

3. Bengkel tersebut akan diadakan pada tarikh seperti berikut :
Tarikh : 2-3 Oktober 2017
Tempat : SEAMEO Hall, SEAMEO RECSAM, Pulau Pinang
Yuran : Rujuk lampiran
Tarikh tutup : 22 September 2017
Fasilitator : Dr. Fazzlijan Mohamed Adnan Khan

4. Sehubungan dengan itu pihak SEAMEO RECSAM Pulau Pinang menjemput guru-guru yang berminat untu menghadiri bengkel ini. Bersama ini disertakan brosur dan borang pendaftaran. Sila fakskan borang pendaftaran ke 04-6522737 pada atau sebelum 22 September 2017.

5. Sebarang pertanyaan sila hubungi Puan Rabiatul Adawiah di telefon 04-6522743 atau Puan Noriani Daud di telefon 04-6522741.

Sekian terima kasih.
LAMPIRAN
 Broser Bengkel (Borang)
 Borang Permohonan dan Pendaftaran (Borang)

Program Waqaf Saham Larkin Sentral

Reaksi :  
Assalamualaikum dan Salam Muafakat Johor

Tuan/Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan JCorp mempelawa individu dan semua institusi untuk terlibat dalam Program Waqaf Saham Larkin Sentral. Individu warga Negara Malaysia, berumur lebih 18 tahun dan institusi yang diperbankan di Malaysia adalah dijemput untuk menyertai Waqaf Saham Larkin Sentral. Sebanyak RM 85 juta saham ditawarkan untuk program ini.Langganan minima ialah RM100 dan boleh dibuat melalui potongan gaji (Angkasa), CDM Maybank, Maybank2U dan Jom Pay. Individu atau institusi yang mewakafkan akan mendapat potongan cukai daripada aggregate pendapatan.TIADA UNSUR PAKSAAN dalam tawaran waqaf ini.

3. Pelaksanaan Program taklimat ke Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah seluruh Negeri Johor ini telah mendapat kebenaran daripada Pengarah Pendidikan Negeri Johor sebagai sokongan daripada pihak Jabatan dengan program yang di jalankan.

4. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi En.Azman bin Ansar di talian 07-2311484 di Unit Kokurikulum, JPN Johor.

Sekian terima kasih.
“SEHATI SEJIWA”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
LAMPIRAN
 Video Waqaf Saham Larkin Sentral (Lain-Lain)
 Taklimat berkaitan Waqaf Saham Larkin Sentral (Lain-Lain)
Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2017 yang dijadualkan pada 25-27 Oktober 2017.

Sehubungan dengan itu, Kumpulan-kumpulan KIK daripada PPD dan Sekolah Negeri Johor yang telah bersedia dengan projek masing-masing dijemput untuk menyertai Konvensyen KIK pada tahun ini.

Untuk makluman tuan, format penilaian adalah mengikut kriteria panduan KIK yang lama sepertimana digunakan semasa Konvensyen KIK Tahun 2016.

Bersama ini dilampirkan Surat daripada KPM no rujukan KPM.100-13/6/2Jld.3(53) yang menerangkan lebih lanjut mengenai perkara ini.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 Surat Jemputan Kumpulan Inovatif dan Kreatif KPM 2017 (Surat)
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia Negaraku,
YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mempunyai skim atau instrumen simpanan yang direka khas bagi tujuan pendidikan tinggi. Skim yang ditawarkan mematuhi Syariah konsep "Wakalah Bil Istithmar" di mana pendeposit melantik PTPTN untuk menguruskan deposit mereka bagi tujuan pelaburan.

3. Terdapat dua (2) skim iaitu: -
a. Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i)
b. Skim Simpanan Pendidikan Nasional Plus (SSPN-i Plus)

4. Objektif utama Skim ini diperkenalkan adalah bagi membudayakan tabiat menabung di kalangan warganegara Malaysia amnya dan kepada murid-murid dan pelajar-pelajar sekolah khususnya bagi tujuan pendidikan tinggi sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pinjaman.

5. Selain itu juga, di dalam Bajet 2017, PTPTN juga telah memperkenalkan insentif pemberian Geran Sepadan sebanyak RM50 kepada murid-murid yang berdaftar tahun 1 di sekolah bantuan kerajaan pada tahun 2017.

6. Kami berbesar hati ingin berkongsi informasi lengkap mengenai skim-skim yang telah disediakan ini melalui video durasi pendek yang dipautkan bersama.
7. Bersama-sama ini disertakan pautan bagi akses kepada video yang telah disediakan:
Video SSPN-i dan SSPN-i Plus https://tinyurl.com/ycom9rd4
Video Geran Sepadan 2017https://tinyurl.com/y765yus2
8. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sila hubungi Encik Ardi Syazwan bin Mohd Dahalan di talian 03-88846232. Kerjasama dan tindakan dari pihak YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai.

Sekian, terima kasih.
LAMPIRAN
 SURAT EDARAN VIDEO INFORMASI (Surat)

Asas Usul Nama IAB

Reaksi :  

Panduan Pemilihan Penceramah Bertauliah

Reaksi :  

Panduan Pelaksanaan Ibadah Korban di Sekolah

Reaksi :