* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 2 September 2017

TIPS BELAJAR

Reaksi :  
Antara tips belajar yang disebutkan ulama' silam ialah seperti berikut:

Kata Imam Sufyan al-Thauri:

Permulaan ilmu itu ialah engkau diam, kemudian kau dengar dengan baik, kemudian hafal, lalu kau amalkan kemudian barulah disebar dan diajarkan kepada orang lain.
[Jami' bayan al-Ilm wa fadhlih 1/118]

1. Diam. Jangan rasa serba tahu. Bagaimana nak dapat ilmu kalau awal-awal lagi dah rasa tahu semua benda. First step to gain knowledge is to humble ourself by admit that we know nothing and we want to learn.

2. Dengar betul-betul apa yang disampaikan. Tak semestinya kita perlu terima bulat² apa yang disampaikan but atleast dengar dulu apa yang disampaikan sebelum menilai.

Masalah kita ialah kita nilai dulu sebelum dengar penjelasan. Kita judge dulu sebelum baca full statement. Listen first before make any conclusion.

3. Amal. Banyak ilmu yang melekat dalam kepala sebab kita amal. Yang kita tak amal, mudah kita lupa. Lagipun memang tujuan ilmu untuk beramal. So try our best to practice what we have learn. It much better than only memorize it.

4. Sampaikan. Ini sebenarnya last stage. Bila dah dengar, fah belajar dan kaji, amal pun dah barulah kita sampaikan.

Tapi sebahagian daripada kita malah terbalik. Belajar tak mahu tapi bab sampaikan laju. Bab mengulas dialah jaguh, bab mendengar dan mengkaji dialah raja tangguh. Belum lagi bab amal, dialah paling jauh.#
Khamis, 31 Ogos 2017

Doa Hari Kemerdekaan

Reaksi :  
#DoaHariKemerdekaan

Doa Syeikh Ahmad bin Mohd Said (Mufti Negeri Sembilan yang Pertama) pada Hari Kemerdekaan 1957.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سَائِرَ العُمَّالِ وَالوُزَرَاءِ وَالسَّلاَطِينَ وَالمُلُوكِ وَالأُمَرَاءِ لِرِعَايَةِ أُمُورِ الدِّينِ وَالمُحَافَظَةِ عَلَى حُقُوقِ المُسْلِمِينَ وَإِقَامَةِ العَدْلِ فِى الأَحْكَامِ وَالتَّمَسُّـكِ بِفَضَائِلِ الإِسْلاَمِ،

اَللَّهُمَّ وَأَصْلِحْ بِهِمْ شُئُونَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ حَتَّى تَتَرَقَّى وَتَتَقَدَّمَ إِلَى أَعْلَى مَا يَتَحَقَّقُ بِهِ بُلُوغُ الأُمْنِيَّةِ. اَللَّهُمَّ وَانْصُرْنَا مَعَاشِرَةَ الأُمَّةِ المَلاَيُوِيَّةِ وَاهْدِنَا وَسَدِّدْنَا خَيْرَ البَرِيَّةِ وَاهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْـتَقِيمَ صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِينَ،

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا الكُرُبَاتِ وَسَـلِّمْنَا نَحْنُ مِمَّا فِيهِ مِنَ الآفَاتِ وَاحْفَظْنَا مِنْ كُلِّ سُوءٍ وَمَلاَمٍ وَبَـلِّغْنَا كُلَّ مَقْصُودٍ وَمُرَامٍ وَأَصْلِحْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ غَيْرِنَا حَتَّى تَكُونَ فِى أَمَانٍ وَسَلاَمٍ. وَفَرِّجْ عَنَّا كُرُبَاتِنَا فَرْجًا عَاجِلاً بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ،

اَللَّهُمَّ كُنْ لَنَا وَلَهُمْ وَلِهَذَهِ البِلاَدِ حَافِظًا مِنْ جَمِيعِ البَلاَيَا وَدَافِعًا عَنَّا وَعَنْهُمْ جَمِيعَ الرَّزَايَا، وَانْصُرْنَا عَلَى الأَعْدَاءِ وَالحُسَّادِ وَاحْلُلْ غَضَبَكَ وَنِقْمَتَكَ عَلَى البَغْيِ وَالفَسَادِ اَللَّهُمَّ وَاحْرُسْ بِعَيْنِكَ الَّتِي لاَ تَنَامُ وَاكْـنُفْ بِكَنَفِكَ وَرُكْنِكَ الَّذِي لاَ يُرَام. اَللَّهُمَّ اِرْمِ رَايَةَ الإِسْلاَمِ مَنْشُورَةً وَمَوَاطِنَ الدِّينِ وَالحَـقِّ مَعْمُورَةً.

Yang bermaksud: Ya Allah! Anugerahkanlah taufiq kepada sekalian pentadbir awam, jemaah menteri, para sultan dan raja, serta pemimpin negara bagi memelihara kehendak-kehendak agama, memelihara hak keistimewaan umatnya, menegakkan keadilan dalam undang-undang dan berpegang kepada keindahan Islam.

Ya Allah! Jadikanlah mereka agen perubah hal keadaan orang-orang Melayu, agar bangsa ini meningkat maju dan kehadapan sehingga tercapai cita-cita yang diidam-idamkan. Ya Allah! Bantulah bangsa Melayu, bimbinglah serta jadikanlah kami menjadi sebaik-baik manusia. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau kurniakan kepada umat Islam yang telah menikmatinya, bukan sebagaimana orang yang Engkau murkai dan bukan juga orang yang sesat.

Ya Allah! Hindarilah kami daripada sebarang kesusahan, sejahterakanlah kami daripada segala yang boleh memudharatkan, peliharalah kami daripada segala buruk lagi keji dan tunaikanlah segala yang diharap dan dihajati. Harmonikanlah antara kami dan bangsa lain selain kami hingga kami sentiasa dalam keamanan dan keselamatan. Bebaskanlah kami dengan segera daripada segala kepayahan dengan rahmatMu wahai Tuhan yang Maha Merahmati segala yang penyayang.

Ya Allah! Jadikanlah bagi bangsa kami, kaum yang lain dan negara ini penjaga daripada segala bala, yang menghalang kami dan mereka daripada sebarang pencerobohan. Bantulah kami menewaskan segala musuh dan orang yang dengki. Zahirkanlah kemarahanMu dan kemurkaanMu kepada orang yang melampau dan yang melakukan kerosakkan. Ya Allah! Awasilah dengan penglihatanMu yang tidak pernah lena dan bentengilah dengan perlindungan dan bentengMu yang tidak mudah diterima.

Oleh: Al-Marhum Syeikh Haji Ahmad bin Muhammad Said, doa ini dibaca ketika pengisytiharan Kemerdekaan Negara di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31hb Ogos 1957.
Rabu, 30 Ogos 2017

Sifat-Sifat Orang Yang Terbilang

Reaksi :  
Apakah Sifat-Sifat Orang Yang Terbilang?
1.       Percaya kepada Allah SWT
2.       Ada sense of survival.
3.       Sanggup menghadapi cabaran.
4.       Sanggup bersusah payah.
5.       Ada semangat untuk belajar dan menguasai ilmu.
6.       Percaya kepada diri sendiri bahawa kita boleh menjadi lebih baik.
7.       Bertaubat dan berubah.

Bagaimana nak jadi terbilang?
1.       Yakin diri
2.       Kenalpasti kesilapan dan memperbaikinya.
3.       Bentukkan satu perubahan bersepadu :
3.1.     Tingkatkan IQ
3.2.     Mantapkan EQ
4.       Redha dengan ujian Allah.
5.       Cari ilmu dan kemahiran.

Allah amat benci kepada orang yang patah semangat dan Syaitan amat suka kepada orang patah semangat.

Adakah Anda Orang Yang Terbilang?

Kenapa Kita Tak Terbilang ?
1.       Tak kenal Tuhan
2.       Tak kenal diri
3.       Kurang bersemangan dalam bertindak
4.       Tak tahu menilai di mana kita berada
5.       Tak kenal orang sekeliling

Lima Sifat yang perlu disimbangkan supaya menjadi orang yang terbilang :
1.       Sifat Manusia
2.       Sifat Malaikat
3.       Sifat Binatang
4.       Sifat Syaitan
5.       Sifat Tuhan

48 JAM YANG PENTING..

Bila dapat ilmu tapi tak amalkan dalam tempoh 48 jam, maka berkemungkinan besar ilmu tersebut kita tak akan amalkan.

MESEJ INTEGRITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) SIRI 8/2017

Reaksi :  

Isnin, 28 Ogos 2017

5 Steps to activate VLE ID

Reaksi :  

Doa Mohon Tunjuk Kebenaran

Reaksi :  

Cara Meninggalkan Kejahatan

Reaksi :  
Cara untuk meninggalkan kejahatan ialah dengan lebih fokus melakukan kebaikan. Sering dipesankan,  buatlah kebaikan sehingga kita penat untuk melakukan maksiat. Kejahatan terjadi kerana banyak masa dan tenaga yang tidak digunakan untuk melakukan kebaikan!

Tegasnya, cara meninggalkan kejahatan ialah dengan melakukan kebaikan.  Di situlah letaknya hikmah para Syeikh yang meminta salik (murid) membanyakkan zikrullah dalam proses bermujahadah melawan nafsunya.

Cara mengurangkan masa menggunakan talipon bimbit  ialah dengan membaca Al Quran.

Cara meninggalkan mengumpat ialah dengan  berzikir dan berdakwah.

Cara mengusir buruk sangka kepada seseorang ialah dengan mendoakannya.

Cara menghilangkan rasa benci dan marahkan seseorang ialah dengan memaafkannya.

Cara mengusir kesedihan diri ialah dengan menggembirakan orang lain.

[Ustaz Pahrol Muhamad Juoi]

Sah Jawatan Baru Boleh Tukar

Reaksi :  
"Jika hendak bertukar, hendaklah mereka sah dalam jawatan" YB Menteri Pendidikan perjelas isu ini.

Akhbar: Utusan Malaysia 28 Ogos 2017 Utusan Online

Peraduan Semangat Merdeka KPM

Reaksi :  

Ahad, 27 Ogos 2017

Mana Yang Lebih Baik?

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth.
AlHamdulillah, kali ini kita manfaatkan ruang waktu yang ada dengan merenung coretan di bawah yang memungkinkan penambahbaikan dalam amalan profesional dan kehidupan kita.

ADA SEGOLONGAN ORG YG KUAT BERIBADAH TAPI 'BERAKHLAK BURUK' &  ADA SEGOLONGAN ORG YG TIDAK BERIBADAH LANGSUNG TAPI 'BERAKHLAK BAIK'

YANG MANA LEBIH BAIK ??

"Wahai Syeikh, MANAkah yang lebih baik, seorang MUSLIM yang KUAT berIBADAH tetapi AKHLAKnya BURUK dan seorang yang TIDAK berIBADAH LANGSUNG tapi amat BAIK AKHLAKnya !!", tanya seorang pemuda...

"SUBHANALLAH !! KEDUA2nya BAIK", ujar Syeikh sambil tersenyum...

"MENGAPA boleh jadi BEGITU ??", desak si pemuda tadi...

"KERANA orang yang TEKUN berIBADAH itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk berAKHLAK MULIA bersebab IBADAHnya... 
Dan kerana ORANG yang BAIK PERILAKUnya itu boleh jadi nanti akan diBIMBING Allah untuk semakin TAAT kepadaNYA ."

"Jadi SIAPA yang LEBIH BURUK ??", desak si pemuda tadi...

AIRMATA mengalir di pipi  Syeikh...
"KITA... wahai anak muda ",  ujar beliau...

"KITAlah yang seLAYAKnya berAKHLAK BURUK sebab KITA seringkali menghabiskan waktu UNTUK MENILAI ORANG LAIN dan meLUPAkan DIRI kita SENDIRI..." 
"Padahal KITA akan diHADAPkan di depan ALLAH dan diTANYAkan tentang DIRI KITA...
BUKAN tentang ORANG LAIN !! "

RENUNGKAN...