* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات


MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 19 September 2017

Pelantikan dan Pergerakan Guru Besar - 16 Sept.2017

Reaksi :  
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah dimaklumkan bahawa En. Nordin Bin Abd. Rahman Guru Besar SK Pulau Aur telah bertukar ke SK Taman Indahpura 1 Kulai dan En. Ahmad Bin Awang Guru Besar SK Pulau Pemanggil telah bertukar ke SK LKTP Bukit Batu Kulai, berkuatkuasa pada 16 September 2017.

PPD Mersing merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada En Nordin Bin Abd. Rahman dan En. Ahmad Bin Awang yang telah menabur jasa kepada daerah ini semasa beliau bertugas di sini. Semoga mereka akan lebih cemerlang di sekolah yang baru.

Sukacita dan tahniah diucapkan kepada En. Mohd Fauzi Bin Desa di atas pelantikan sebagai Guru Besar SK Penyabong. Diharap beliau akan dapat meningkatkan lagi kecemerlangan SK Penyabong di bawah kepimpinan beliau. Tarikh kuatkuasa pelantikan ini juga pada 16 September 2017.

Sekian. Terima kasih.



Ahad, 17 September 2017

Pembangunan Guru Baharu

Reaksi :  

AMALAN EKSA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Reaksi :  

logo eksa

    DEFINASI LOGO 
    Logo ini dihasilkan daripada akronim Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau EKSA. Ia lebih ringkas dan dapat memperlihatkan dengan lebih jelas EKSA itu sendiri.
    Huruf E yang berada dalam kotak hijau merupakan satu aspirasi kakitangan awam yang mahu suasana yang kondusif tetapi tidak mengabaikan konsep 'Go Green'.
    Huruf KSA pula di tebalkan menunjukkan semangat dan iltizam kakitangan awam dalam mereliasasikan keadaan persekitaran yang kondusif. Warna-warna yang dipilih membawa kepada pengertian berikut:
    Hijau - konsep Go Green
    Merah - konsep kesepakatan antara semua warga JPNJ
    Biru - warna korporat Jabatan Pendidikan Johor dan kesepaduan antara warga JPNJ. 

    SLOGAN
    PERSEKITARAN KONDUSIF, PEMACU TEKNOLOGI HIJAU
Muat Turun: Bahan Taklimat Panduan Pelaksanaan EKSA
Muat Turun: Kriteria EKSA Khusus
Muat Turun: Kriteria EKSA Generik
Carta Jawatankuasa Pemandu EKSA Image Icon
Manual Pelaksanaan EKSA Jabatan Pendidikan Negeri Johor Image Icon
Dengan segala hormatnya saya telah diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan Urusan Pemangkuan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N22 Ke Gred N26 bagi tahun 2017.
3. Surat Siaran KPM dan juga dokumen sokongan boleh dimuat turun di portal JPNJ. Sebarang pertanyaan berhubung perkara di atas boleh hubungi Unit Naik Pangkat, JPNJ di talian 07-2311 422 atau 07-2311 423.
Sekian, Terima Kasih.
LAMPIRAN
 SURAT KPM DAN JPNJ (Surat)
 DOKUMEN SOKONGAN N26 (Borang)
 SENARAI SEMAK N26 (Borang)
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 2.      Adalah dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengadakan Urusan Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Secara Time-Based Berasaskan Kecemerlangan (TBBK) di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula seperti Jadual di bawah:

Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat Pengetua/Guru Besar/Ketua Bahagian (Di Bahagian/IAB/ IPG/KM)
Tarikh Iklan Buka dan Tutup Peringkat JPN/Pengarah Bahagian/IAB/IPGM
25 September 2017 hingga
22 Oktober 2017
(Jam 11.59 malam)
23 Oktober 2017 hingga
31 Oktober 2017
(Jam 11.59 malam)

Urusan ini terbuka kepada:
  1. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG32 Hingga Gred DG54 Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017;
  2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ke Gred DG44 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017;
  3. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44 ke Gred DG48 yang mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Bagi Urusan Tahun 2015 hingga 2017 (HANYA PPP yang belum menggunapakai pengalaman PPPLD semasa ke Gred DG44 SAHAJA); dan
  4. Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) Bagi Urusan Tahun 2015 Hingga 2017.
3.         Pegawai yang terlibat TIDAK PERLU MEMOHON dan sebaliknya perlu diperakukan terus oleh Ketua Jabatan menerusi iklan ePangkat yang DIBUKA BERMULA  25 SEPTEMBER 2017.
4.         Untuk makluman YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, semua perakuan kenaikan pangkat hendaklah diperaku menerusi sistem ePangkat yang akan dibuka seperti tarikh di atas beserta JUSTIFIKASI KECICIRAN WAJIB diisi dalam ePangkat semasa perakuan dibuat (MANDATORI) KECUALI pegawai dalam keadaan berikut yang perlu diperakukan SECARA MANUAL iaitu:
  1. Pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP), Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) atau Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG);
  2. Pegawai yang telah diluluskan Cuti Separuh Gaji (CSG) dan/atau Cuti Tanpa Gaji (CTG) – sila kemukakan sesalinan surat kelulusan CTG/CSG oleh Ketua Jabatan;
  3. Pegawai yang telah dikenakan pelanjutan tempoh percubaan dengan berdenda (TPB) – sila kemukakan sesalinan surat pengesahan TPB oleh Ketua Jabatan;
  4. Pegawai yang pernah diperaku tetapi gagal dalam urusan berkenaan kerana markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) / Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) / Penilaian Tahap Kriteria Kecemerlangan (KC) tidak mencapai tahap yang ditetapkan;
  5. Pegawai yang layak dipertimbangkan kenaikan pangkat SEBELUM bersara wajib / bersara pilihan / meninggal dunia yang diperaku oleh Ketua Jabatan.
5.      LKPPP Bilangan 5 Tahun 2015 telah memutuskan bahawa PPP yang sedang disiasat / dalam prosiding tatatertib / telah dikenakan tindakan tatatertib TIDAK BOLEH DIPERAKU dalam urusan pemangkuan / kenaikan pangkat. Ketua Jabatan hanya boleh memperaku PPP tersebut setelah keputusan tatatertib diperolehi dan kes selesai.  
Nota: Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan urusan kenaikan pangkat PPP di bawah seliaan YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan terjejas dan KEMENTERIAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG MASALAH PERAKUAN YANG TIDAK DIPERAKU DISEBABKAN PERCANGGAHAN MAKLUMAT ATAU TIDAK LENGKAP (Contoh: Tidak memuatnaik halaman BPK seperti yang tercatat dalam nota paparan ePangkat)
Muat turun Surat Siaran 

#MyDigitalMaker Fair'17

Reaksi :  

Kepada calon yang LULUS UKCG, anda dimohon agar memuat turun dokumen senarai semak bagi tujuan temuduga seperti berikut:

Senarai Semak Dokumen Jawatan Guru Interim Tahfiz dan Guru Interim Dini di Sekolah Menengah

Segala pertanyaan berhubung tarikh dan pusat temuduga, sila hubungi Ustaz Hairul Hisyam adam di talian 03-8321 7277 atau emel: hisyam.adam@moe.gov.my dan Ustazah Nor Anisa Musa di talian 03-83217317 atau emel anisa@moe.gov.my.
Sekian, terima kasih.

Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2)

Reaksi :  

KEMPEN KESEDARAN BUKU PERKHIDMATAN KERAJAAN (BPK) BAGI BULAN SEPTEMBER 2017

Reaksi :