* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 6 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE ENAM 2018 - 6/1/2018 : 18 Rabiul Akhir 1439H

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE ENAM 2018 - 6/1/2018
18 Rabiul Akhir 1439H

Al-Hamdulillah… langkah bertukar langkah silih berganti.
Pastinya kita memulakan langkah pertama dengan ikhlas dan beramanah.

Jom… حي على الفلاح  marilah menuju kejayaan sering kedengaran saban waktu. 10 kali dalam azan dan 5 kali dalam iqamah. Satu seruan yang sepatutnya mampu menggerakkan hati setiap manusia.

Untuk menjadi seorang yang berjaya, hari ini Si Kerdil kongsikan 5 ciri penting orang berjaya :

  1. Akal Yang Sihat
    Ini merupakan ciri paling penting yang dimiliki oleh manusia. Bagi kebanyakkan manusia,  akal yang sihat adalah kemampuan untuk respon kepada pertimbangan logik dan praktik tentang berbagai urusan harian.
Untuk itu, kita perlu ketepikan idea-idea yang tiada hubungan dengan persoalan pokok yang dihadapi pada satu-satu masa dan berusaha untuk menguasai intipati persoalan tersebut. Kemampuan utama untuk meraih kejayaan adalah 'menyederhanakan' persoalan. Dalam memimpin sekumpulan manusia dan berhadapan dengan pelbagai peringkat manusia, hal yang penting adalah mengubah masalah yang rumit menjadi mudah.
Akal yang sihat boleh dikembangkan. Antara kaedah untuk meningkatkan kemampuan akal adalah dengan belajar dari kesalahan orang dan dari kesalahan diri sendiri. Kajian sejarah terdahulu penting sebelum mengorak langkah seterusnya.

  1. Kuasai Bidang Anda
    Pengetahuan khusus mengenai bidang kita. Ahli geologi, Philip Oxley, bekas presiden Tenneco Oil Exploration and Production Co. dan ketua Tenneco Eropah, menganggap kejayaannya disebabkan dia bekerja dibidang minyak. Dengan "duduk diatas telaga minyak dan memerhatikan para pekerja terumbang ambing" dia belajar dari dekat selok belok perniagaan tersebut.
    Pengetahuan khusus bukanlah sesuatu yang boleh kita perolehi begitu saja. Proses belajar akan terus berlangsung, bahkan setelah kita mencapai masa kemuncaknya. Untuk meraih kejayaan, kita harus menginginkannya, kemudian  berusaha untuk mempertahankannya."
     
  1. Kepercayaan Diri
    Golongan yang berjaya banyak bergantung kepada sumber daya dan kemampuan yang mereka miliki.
    Kepercayaan diri bukanlah bagaimana perasaan kita atau bagaimana baiknya kita, melainkan apakah kita mempunyai inisiatif untuk melakukan sesuatu tindakan.
    Faktor kejayaan dalam bidang yang kita ceburi bukan hanya berbangga dengan jenama, tapi dengan keberanian dan kesediaan melaksanakan amanah.
     
  1. Kecerdasan Umum
    Ini merupakan hal yang penting untuk mencapai prestasi luar biasa kerana kecerdasan umum mencakupi kemampuan a’lamiah untuk memahami konsep-konsep yang sulit secara cepat dan untuk menganalisisnya secara jelas dan tepat.
    Kecerdasan umum seorang manusia terdiri daripada paling kurang tiga unsur disamping I.Q : iaitu wawasan yang luas dan kemampuan membaca serta menulis dengan baik.
Golongan yang mencapai puncak prestasi tidak hanya memusatkan tumpuan kepada satu perkara sahaja…atau menutup pintu untuk meneroka pengetahuan atau kemahiran lain. Akal yang suka menyelidik dan minat yang sangat mendalam merupakan dasar untuk meraih kejayaan.

  1. Kemampuan Untuk Melakukan Sesuatu Hingga Selesai
    Golongan yang memiliki prestasi yang tinggi berada pada deretan orang yang "sangat efisen" dalam menyelesaikan tugas mereka. Mereka bersetuju bahawa paling kurang tiga ciri penting telah membantu melakukan hal seperti itu iaitu kemampuan organisasi, kebiasaan kerja yang baik dan ketekunan (Itqan).
Disamping 5 ciri ini, masih ada lagi faktor lain yang mempengaruhi kejayaan…cth: kepimpinan, kreativiti, hubungan dengan orang lain dan tentu saja qada’ qadar kita. Akal yang sihat, menguasai pengetahuan tentang bidang yang diceburi, kepercayaan diri, kecerdasan dan kemampuan untuk mengerjakan segala sesuatu hingga selesai merupakan ciri yang paling penting. Jom kembangkan ciri-ciri ini, Insya Allah… akan berjaya.

Jom kita… Hidup kita bukan berakhir di sini..
Kembara Mersing Hebat masih jauh.

#DariHatiKeHati
#MersingHebat

#MenciptaSejarahMemahatTamadun

TITIK POSITIF HARI KE LIMA 2018 - 5/1/2018

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE LIMA 2018 - 5/1/2018

Motivasi akan memulakan langkah, tapi sikap akan meneruskannya.
Motivasikan diri dengan aura positif dengan penuh penghayatan kepada Qada’ dan Qadar Allah SWT.

Orang yang berjaya sering menjadikan kegagalan sebagai batu loncatan untuk mencapai kejayaan. Mereka akan membuat refleksi dan penilaian semula, seterusnya memulakan langkah lain untuk menggapai kejayaan. Mereka tidak gentar dengan kegagalan dan akan terus melangkah.

Ingat…. Kejayaan datangnya daripada Allah SWT….Kegagalan adalah satu cabaran yang Allah datangkan untuk meningkatkan nilai diri manusia. Itu tandanya Allah sayang kita, tidak semua orang Allah SWT berikan peluang tersebut.

Kepada yang takut untuk memulakan langkah pertama untuk berubah, fikirkanlah tentang diri kita apabila kita mula-mula belajar melangkah buat kali pertama. Ternyata…. kita semua sememangnya dilahirkan untuk sentiasa berkembang dan berubah daripada meniarap kepada berdiri, kemudian berjalan dan seterusnya berlari dan percayalah , setiap perubahan itu harus dimulakan dengan langkah pertama. Tanpa langkah pertama kita dahulu, mustahil kita akan membesar menjadi seperti diri kita sekarang ini.
Walaupun jatuh bangun kita dahulu meninggalkan parut, tetapi percayalah, setiap kejayaan menuntut pengorbanan. Tidak dapat tidak… lumrahnya begitu..

Jom kita… Hidup kita bukan berakhir di sini..
Kembara Mersing Hebat masih jauh.

#DariHatiKeHati
#MersingHebat

#MenciptaSejarahMemahatTamadun

TITIK POSITIF HARI KE EMPAT 2018 - 4/1/2018

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE EMPAT 2018 - 4/1/2018

Hadirkan hati dalam setiap usaha dan tindakan kita bagi mengekalkan aura positif.
Tetapkan hati dalam kebaikan secara berterusan.
Mulakan dengan niat yang ikhlas.

"Bila hati telah dikuasai cinta dunia, maka nasihat pun tidak manfaat baginya"
[Imam Malik Bin Dinar رضى الله عنه]

“ Jadi guru itu tidak usah punya niat bikin pintar orang. Nanti kamu hanya marah-marah ketika melihat muridmu tidak pintar. Ikhlasnya jadi hilang. Yang penting niat menyampaikan ilmu dan mendidik yang baik. Masalah muridmu kelak jadi pintar atau tidak, serahkan pada Allah. Didoakan saja terus menerus agar muridnya mendapat hidayah.”
(Kiai Hj. Maemun Zubair)

TERUS BERBUAT BAIK
TANAMKAN AURA POSITIF DICELAH CABARAN NEGATIF.

#DariHatiKeHati
#MersingHebat

#MenciptaSejarahMemahatTamadun

TITIK POSITIF HARI KETIGA 2018 - 3/1/2018

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KETIGA 2018 - 3/1/2018
Kekal Positif.

Si Kerdil kongsikan coretan sahabat semoga menjadi jariah berpanjangan.
*JOM BERSIHKAN HATI*

Hati bersih hidup​ ​bahagia.
1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2. Jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.
3. Jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.
9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

KEMBALI KEPADA YANG ASAL.
Sekadar untuk Muhasabah tanpa prejudis.

#MersingHebat
#MenciptaSejarahMemahatTamadun

TITIK POSITIF HARI KEDUA 2018 - 2/1/2018

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KEDUA 2018 - 2/1/2018

AlHamdulillah...kekalkan titik positif kita pada hari ini untuk kekalkan positif tsb di 363 hari mendatang..
Jauhi sikap negatif dan lestarikan makruf kebaikan dlm apa jua yg kita fikirkan dan tindakan..
Kalaupun kita terjumpa titik negatif dlm diri kita atau terserempak dlm diri rakan kita..cepat-cepat betulkan..
Itu tandanya Allah SWT sayang kita kerana peluang itu tidak diberikan kpd semua orang.
Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul atas jalan kebenaran.
Mulakan titik-titik kehidupan dunia yg akan mencorakkan kehidupan kita di akhirat nanti.
Jauhi pemikiran terpisah dunia akhirat...rangkaikan titik-titik yang ada utk masa depan kita yg lebih cerah.

#TPPDMG

#MersingHebat

TITIK POSITIF HARI PERTAMA 2018 - 1/1/2018

Reaksi :  
Assalamu alaikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI PERTAMA 2018 - 1/1/2018

  • Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat.
  • Manusia yang tidak berharap untuk menang sebenarnya telah sedia kalah.
  • Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.
  • Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri.
  • Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang.
  • Matlamat atau azam itu mudah sahaja untuk diungkap. Beritahu sahaja dunia, "Azam saya tahun 2018 untuk berjaya dalam hidup." … tapi apa prosesnya?
Adakah kita JELAS dengan apa yang kita mahu?

1] Nak jadi siapa pada tahun 2018?
2] Nak buat apa pada tahun 2018?
3] Nak ke mana pada tahun 2018?

Dah ada jawapan JELAS?
Pesan puan guru, "Satu perkataan yang mampu menganjakkan paradigma saya ialah PERCAYA."
Selagi kita percaya apa yang kita mahu, kita akan dapat apa yang kita percaya.
Insya-Allah.


#MersingHebat
Ahad, 31 Disember 2017

Penjelasan Isu Pengasingan Murid

Reaksi :  


" Selaras dengan Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula dilaksanakan tahun ini, sekolah tidak lagi perlu mengejar GPS, kerana kita mahu semua murid dididik secara holistik, dan tidak terlalu mementingkan pencapaian akademik semata-mata.

Tiada keperluan untuk pihak sekolah mengasingkan murid mengikut tahap akademik. Sebaliknya, kita menggalakkan semua pelajar yang mempunyai tahap penguasaan akademik dan kelebihan berbeza dicampurkan supaya dapat saling membantu." - Datuk Dr. Amin Senin
KPPM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/12/367585/henti-asing-kelas-sekolah-kawalan


Sumber : Kenyataan daripada FB Dato' KPPM.

Saya mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan pelbagai respons daripada pelbagai pihak be rkaitan kenyataan akhbar saya tentang pengasingan murid dan sekolah kawalan. Susulan pelbagai respons itu saya berasa perlu memberikan sedikit penjelasan lanjut untuk mengelakkan kekeliruan dan salah tafsir.

1.  Saya memberikan kenyataan tersebut dalam konteks pengukuhan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula dari Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah Rendah dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 di sekolah menengah. Prinsip asas PBS ialah menekankan kepada kemenjadian murid secara holistik kerana PBS merupakan salah satu instrumen utama menterjemahkan Falsafah Pendidikan Negara dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

2.  Oleh sebab itu tidak ada keperluan pengasingan murid mengikut akademik apatah lagi seawal tahun satu. Pengasingan murid sebagai ciri KEKAL dan berterusan tidak bersesuaian dengan prinsip pendidikan holistik yang menjadi teras pendidikan Malaysia. Tetapi saya tidak menolak jika pengasingan itu digunakan sebagai kaedah atau alat pedagogi yang mempunyai tujuan khusus dan bersifat SEMENTARA  dan ada intervensi yang jelas seperti kelas LINUS. 

3.  Dalam masa yang sama konsep sekolah kawalan yang diamalkan sekarang perlu dinilai kembali dalam konteks pengukuhan PBS juga. “Sekolah Kawalan” yang saya maksudkan ialah sekolah KAWALAN PENTADBIRAN yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri/Pejabat Pendidikan Daerah untuk tujuan atau keperluan tertentu. “Sekolah Kawalan” tersebut adalah inisiatif jabatan pendidikan negeri-negeri berkenaan dan bukannya dasar Kementerian Pendidikan Malaysia. Ini berbeza sama sekali dengan kategori sekolah seperti Sekolah Berasrama Penuh, SMK Agama, Kolej Vokasional, Sekolah Seni dan Sukan, sekolah kategori ini ada tujuan khusus dan kriteria khusus yang menjadi dasar yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekolah kategori ini tidak termasuk dalam “sekolah kawalan” yang saya maksudkan di atas.

Sekali lagi saya tegaskan, dengan segala kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh rakan pendidik, saya sentiasa percaya warga pendidik di Malaysia mampu merubah lanskap pendidikan Malaysia tanpa mengorbankan prinsip asas pendidikan dan kepercayaan guru berjiwa pendidik yang berikut; tanggungjawab asas para guru ialah mengangkat HARGA DIRI dan maruah anak didik mereka; percaya setiap anak didiknya mempunyai POTENSI untuk dikembangkan; dan percaya setiap orang anak didiknya boleh dan dapat DI-DIDIK sebaik-baiknya.

WALLAHUALAM.

Perutusan Menteri Pendidikan 2018 - Selamat Kembali Ke Sekolah

Reaksi :  

Ambang 2018: Saya masih ingat pada bulan Julai 2015, ketika saya mula-mula diberikan mandat untuk menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia.  Pernah saya catatkan dalam penulisan saya sebelum ini bahawa cabaran yang hebat menanti saya dalam memastikan sistem pendidikan negara dapat ditransformasi.
Jemput baca selanjutnya di pautan berikut; 

Saya menyeru para ibu bapa pelajar agar mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah berkaitan sumbangan kepada tabung PIBG sekolah masing-masing sebelum membuat apa-apa andaian yang dikhuatiri akan menyebabkan salah faham dan kekeliruan kepada masyarakat umum.
Kita perlu bekerjasama dalam semangat kekeluargaan demi kemenjadian pelajar pada masa hadapan.

PERUTUSAN AWAL TAHUN PERSEKOLAHAN SESI 2018 - PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

Reaksi :  
Bismillahirrahmanir rahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia, Salam Negara ku Malaysia dan Salam Muafakat Johor.

Tuan-tuan, puan-puan dan warga pendidik negeri Johor dikasihi sekalian.

Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya kita dapat bersama-sama melabuhkan tirai untuk meneruskan tugas dan tanggungjawab pada tahun 2018 ini. Atas kesempatan itu, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2018 kepada semua warga pendidikan negeri Johor sekalian. Semoga tahun ini kita dapat menyumbangkan keringat dan usaha untuk melonjakkan kecemerlangan dengan sekolah berkualiti dan kemenjadian murid kita ke tahap yang terbaik.

Bermula 2016, kini masuk tahun ke 3 saya memimpin Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Sepanjang menerajui JPN Johor ini, banyak perkara telah saya pelajari tentang pengurusan modal insan yang perlu dilakukan dengan teliti dan pelibatan dengan pemimpin pendidikan perlu dibuat secara diplomatik. Berkat doa dan sokongan semua pihak, saya akan terus menerajui perubahan bersama-sama warga pendidikan demi memartabatkan sistem pendidikan negara amnya dan hala tuju pendidikan negeri Johor khasnya. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada warga pendidik negeri Johor yang telah berusaha dengan gigih dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan sepanjang tahun 2017.

Tahun 2018 merupakan tahun ketiga dalam Gelombang 2 pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013—2025. Sasaran Gelombang ini adalah memacu peningkatan dan penambahbaikan dalam memacu sistem. Sebagai warga pendidikan yang berpandangan futuristik, kita harus sedar bahawa terdapat agenda yang lebih besar untuk menyediakan modal insan Johor bersifat holistik yang boleh mendepani cabaran masa hadapan. Wacana Transformasi Nasional 2050 atau TN50 yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak merupakan dasar futuristik yang bersifat holistik dan inklusif yang digagaskan untuk memeta hala tuju negara bagi tempoh tiga dekad akan datang. Sebenarnya kita warga pendidikan tidak perlu risau untuk merealisasi hasrat kerajaan ini kerana kita telahpun menyediakan asas yang kukuh dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang diterapkan melalui PPPM. Kita juga bersedia untuk memenuhi aspirasi global kerana pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) ke Empat mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal pada tahun 2030. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi minda yang membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.

Visi, Misi, Slogan, Motto dan segala perancangan telah disusun di sektor di JPN, unit di PPD dan sekolah bagi pelan tindakan tahun 2018 ini. Justeru, dengan prinsip kerja dan iltizam kita, marilah kita bergerak sederap berganding bahu dan bekerjasama untuk memastikan cita-cita, sasaran dan aspirasi murid yang kita dambakan menjadi realiti. Dengan tagline “Kerja Berkualiti, Ibadah Dihayati” dapat meneruskan usaha dalam kecekapan dan kecemerlangan kerja buat kita. Kerja berkualiti boleh dicapai dengan mengambil tindakan yang cepat, tepat, integriti (CTI) dalam melaksanakan amanah sebagai warga pendidik dan disokong pula dengan produktiviti, kreativiti dan inovasi (PCI) dalam mencapai keberhasilan kerja. Konsep ibadah dihayati perlu diperkukuhkan dengan pemahaman yang jelas. Kita menjalankan tugas dengan niat yang betul, dilaksanakan mengikut tatacara dan prosedur yang telah diberi garis panduannya, tugas yang dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh serta mempunyai matlamat untuk mencapai keberhasilan yang berimpak tinggi dan boleh dimanfaatkan oleh semua.

Amanat saya pada tahun ini bertemakan SEKOLAH UNGGUL, JAUHAR ULUNG. Dalam konteks lanskap pendidikan negeri Johor kita menyahut Fokus dan Gerak Kerja Profesional KPPM, Datuk Dr. Amin bin Senin yang menjadikan dua perspektif dalam sasaran mikro iaitu kualiti sekolah dan kualiti kemenjadian murid sebagai keberhasilan utama Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam konteks pendidikan negeri Johor, kualiti sekolah diukur dengan menggunakan satu standard dan instrumean yang diguna pakai oleh semua sekolah iaitu Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2) yang dibangunkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) dengan pencapaian 90% dan ke atas. Sekolah yang dapat mencapai tahap ini setelah diaudit akan dijulang sebagai SEKOLAH UNGGUL. Sekolah unggul ini diverifikasikan mengikut kelompoknya. Manakala kualiti kemenjadian murid memfokuskan kemenjadian dan keberhasilan murid melalui keberkesanan pelaksanaan dan pelaporan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang meliputi Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), PAJSK (SEGAK dan Kokurikulum) dan Psikometrik. Pendekatan holistik yang bersepadu meliputi semua aspek dalam membangunkan potensi individu iaitu jasmani, rohani, emosi dan intelektual murid. Selain itu, murid juga diiktiraf melalui pelibatan dalam kokurikulum seperti JSLC, aktiviti-pembentukan karakter murid Johor dan sebagainya. Sekiranya murid dapat memenuhi kriteria pengukuran ini, murid diiktiraf sebagai JAUHAR ULUNG.

Harapan saya agar usaha murni yang dilakukan oleh warga pendidik negeri Johor akan meningkatkan lagi motivasi dan komitmen dalam melaksanakan segala amanah yang telah dipertanggungjawabkan. Saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan sekalian terus beristiqamah, beriltizam, menjiwai semangat, roh dan etika keguruan dalam menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa. Akhir kata, saya berharap kita semua dapat bekerja dalam satu pasukan yang mantap dan kukuh demi menjayakan SEKOLAH UNGGUL JAUHAR ULUNG. Mudah-mudahan segala usaha dan keringat yang dicurahkan umpama mutiara yang berharga akan tetap dipandang mulia walau banyak dugaan melanda.

Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
HAJI SHAHARUDIN BIN SHARIFF
Pengarah Pendidikan Negeri Johor 


27 Disember 2017

SEDARLAH KITA INI MURID

Reaksi :  
Setinggi manapun kita belajar,
Setebal manapun kitab yang kita khatam, Gelaran apapun yang kita terima, Besar manapun pangkat kita;
Kita tetap perlu menjadi KOSONG dihadapan mana-mana GURU kita.
Terutama GURU yang BUKA JALAN untuk kita berjalan ke akhirat.

Banyak yang terjadi hari ini, dulunya MURID dihadapan GURU, tetapi setelah menempuh SEDIKIT pengalaman, tiba-tiba berlagak menjadi GURU dihadapan GURU.
Dahulunya mencium tangan, kini tidak lagi. Dahulunya berkhidmat, kini tidak lagi. Bahkan mengharap dirinya pula DIKHIDMATI. Dulu memanggil GURU dengan penuh hormat, kini hanya menyebut nama. Kini dirinya pula minta DIHORMATI.
Semua GURU mengharap MURIDNYA lebih darinya.
Tetapi MURID tidak akan mampu melebihi dari GURUNYA.
Duhai MURID, jangan mudah engkau LUPA DIRI. Jika tidak kerana GURU engkau, tidak engkau kenal jalan ini.
Jangan hilang ADAB dengan GURU !Tiada ADAB maka hilanglah KEBERKATAN.
Kalau murid itu umpama bulu mata,
Maka guru Umpama kening
Walau tinggi mana bulu mata naik
Tak akan sampai setara dengan guru.
Semoga Allah ﷻ mengurniakan kita adab bersama GURU kita sepertimana yg diingini Guru kita bahkan lebih dari itu InshaAllah .

Selamat Kembali ke Sekolah 2018

Reaksi :  


 


TIDAK WAJAR BAGI ORANG YANG BODOH, BERDIAM DIRI ATAS KEBODOHANNYA.
DAN TIDAK WAJAR BAGI ORANG YANG BERILMU, BERDIAM DIRI DENGAN ILMUNYA.

Tanda ilmu tidak berkat ialah semakin kita menuntut ilmu, semakin angkuh dan sombong samada dengan Allah SWT mahupun sesama manusia.
Semakin berilmu, semakin merasa diri hebat, tidak langsung merasa kehebatan Allah SWT.
Penyakit hati makin tebal bersarang dalam dada dan memandang rendah kepada orang lain.