الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات
MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN
MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN
TINDAKAN SE ALIM KATA
MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI
MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN
MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH
ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
Man punishes the action , but Allah the intention
Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.
اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه
Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.
SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.
Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Penggantian Frasa "Saya Yang Menurut Perintah" dengan Frasa "Saya Yang Menjalankan Amanah" dalam urusan penyediaan surat Kerajaan berkuat kuasa 20 September 2018.
#infografikjpa
#infografikjpa
Surat daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia no rujukan JPA.BPP(S)193/6/84 Jld.4 (3) bertarikh 20 September 2018 yang jelas menerangkan maksudnya.
Lampiran :
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-258 2018
14 Sept. 2018
4 Muharram 1440H
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-258 2018
14 Sept. 2018
4 Muharram 1440H
Jumaat
Prinsip Bersendiri
Sesebuah organisasi yang hebat memerlukan sistem penyiaran dan penyampaian yang hebat.
Penyampaian serta merta dan tepat boleh menentukan kelajuan sesebuah organisasi.
Budaya mendengar, mencatat dan menyampaikan
serta tindakan serta merta penting dalam sesebuah organisasi.
Penyebaran maklumat yang tepat dengan cepat kepada semua anggota organisasi atau kelompok kecil mengikut bidang dan tugasan amat penting kepada sesebuah organisasi supaya tindakan boleh diambil serta merta.
Informasi yang diperolehi oleh seseorang anggota organisasi bukan hak eksklusif individu, tapi hak organisasi.
Sampaikanlah tanpa prejudis dan mematuhi akta rahsia rasmi atau peraturan yang berkuat kuasa sekarang.
Salah satu punca kelemahan sesebuah organisasi yang tumbang ialah kerana lemahnya sistem penyampaian dan penyiarannya. Budaya menunggu dan silo mengekang tindakan proaktif.
Sampaikanlah.......
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-257 2018
13 Sept. 2018
3 Muharram 1440H
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-257 2018
13 Sept. 2018
3 Muharram 1440H
Khamis
Hidup Berprinsip
Setiap orang ada prinsip sendiri yang dipengaruhi oleh faktor dalaman diri dan juga keluarga.
Kita perlu meraikan kepelbagaian prinsip tersebut dengan mengambil jalan tengah yang penuh hikmah, bertoleransi dan tolak ansur.
Setiap organisasi juga mempunyai prinsip sendiri yang dibentuk oleh ketua sesebuah organisasi. Tanggungjawab tersebut diletakkan atas bahu seorang pemimpin.
Seorang ketua akan mencorakkan prinsip sesebuah organisasi yang mementingkan halatuju organisasi.
Di sana mungkin ada konflik antara prinsip organisasi dan prinsip individu anggota sesebuah organisasi.
Seorang pengikut perlu mengutamakan prinsip organsasi.
Pengikut tidak boleh berkeras mempertahankan prinsip sendiri hanya untuk kepentingan diri sendiri sehingga menafikan prinsip organisasi@jemaah keseluruhannya.
Kiranya organisasi bergerak dengan kelajuan 80 km sejam, jangan pula kita berkeras untuk mempertahankan kelajuan kita yang hanya 50 km sejam. Ini akan memperlahankan kelajuan organisasi keseluruhannya.
Setiap anggota dalam sesebuah organisasi perlu bergerak serentak dengan kelajuan yang sama dan prinsip yang sama.
Dengan kata lain, tidak ada anggotanya yang bergerak dengan haluan sendiri.
Organisasi akan menjadi lebih mantap sekiranya semua anggotanya bersatu hati dan ikhlas.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-256 2018
12 Sept. 2018
2 Muharram 1440H
Rabu
Mengharapkan perubahan.
Kita sering menaruh harapan agar rakan-rakan di sekeling kita turut berubah.
Pelbagai pendekatan digunakan untuk membina perubahan tersebut.
Manusia boleh berubah, tapi bukan dengan cara sepertimana yang kita mahukan.
Oleh itu janganlah cepat putus asa.
Kalau kita sebagai ketua, sudah tentu kekecewaannya amat dirasai.
Kiranya kita sebagai pengikut, juga kecewa dan kesal dengan apa yang berlaku.
La tahzan...
Mungkin Allah SWT tangguhkan dahulu perubahan tersebut.
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui perubahan yang diperlukan dan kesesuaian dengan masa.
Sementara kita adalah manusia yang dangkal tapi merasakan kita lebih tahu daripadaNYA.
Teruk betul kita ni.
Berserahlah kepada Allah.
Budayakan mendengar. Budayakan mencatat. Budayakan penyampaian@perkongsian dalam organisasi.

TITIK POSITIF HARI KE-255 2018
11 Sept. 2018
1 Muharram 1440H
Selasa
Ramai orang bercakap dan menulis tentang perubahan@hijrah sempena tahun baharu Hijrah 1440H.
AlHamdulillah, semua orang mahu berubah menjadi lebih baik.
Perubahan yang sebenar tidak akan berlaku hanya dengan menutur dengan lidah atau mengukir coretan dalam bentuk tulisan.
Perubahan sebenar adalah bermula dengan langkah yang pertama. Mulakan langkah pertama bagi mengatur perubahan seterusnya.
Perubahan juga perlu berlaku serentak dari semua sudut dan arah.
Jom mulakan langkah positif untuk langkah seterusnya.
Selamat Menyambut Tahun Baharu Hijrah 1440H.

TITIK POSITIF HARI KE-254 2018
10 Sept. 2018
30 Zulhijjah 1439HIsnin
Kita tidak mampu mengubah hati orang untuk bersangka baik kepada kita, tapi kita mampu mendidik hati kita untuk bersangka baik terhadap orang lain.
Jom... segarkan hati kita.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-254 2018
10 Sept. 2018
30 Zulhijjah 1439HIsnin
Jom... segarkan hati kita.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-253 2018
9 Sept. 2018
29 Zulhijjah 1439H
Ahad
Renungan Diri
Orang paling merbahaya ialah orang yang selalu berpura-pura.
Di hadapan manis lunak berbicara.
Tapi di belakang, dia mencaci dan menghina.
Semoga kita tidak tergolong dalam kelompok manusia tersebut.
Dan kita minta dijauhkan daripada mereka.

TITIK POSITIF HARI KE-252 2018
8 Sept. 2018
28 Zulhijjah 1439H
Sabtu
Allah SWT mendidik seseorang dengan kaedah dan pendekatan yang berbeza.
Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang.
Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar kita.
Allah ambil sesuatu untuk didik reda kita.
Bila tiba masanya nanti... , Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganjaran.
Saat itu kita akan rasa bersyukur dengan apa yang Allah telah aturkan.
Bertenanglah.... Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang sabar.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-252 2018
8 Sept. 2018
28 Zulhijjah 1439H
Sabtu
Allah tiupkan kekuatan melalui ujian-ujian yang datang.
Allah tangguhkan sesuatu untuk didik sabar kita.
Allah ambil sesuatu untuk didik reda kita.
Bila tiba masanya nanti... , Allah akan berikan sesuatu yang lebih baik sebagai ganjaran.
Saat itu kita akan rasa bersyukur dengan apa yang Allah telah aturkan.
Bertenanglah.... Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang sabar.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-251 2018
7 Sept. 2018
27 Zulhijjah 1439H
Jumaat
Jangan Berhenti
Sabar tidak bertepi.
Syukur tidak berhujung.
Tidak ada kebahagian yang datang terus menerus dan tiada sebaliknya.
Teruslah berjalan, jangan berhenti.
Sepahit manapun kehidupan ini, jika disemai dengan iman, Insya Allah, Allah SWT akan bantu.

TITIK POSITIF HARI KE-250 2018
6 Sept. 2018
26 Zulhijjah 1439H
Khamis
Dunia di akhir zaman memperlihatkan banyak perkara yang aneh.
Yang lurus akan selalu dipukul hingga tenggelam.
Sedangkan yang dah bengkok, pastinya akan dibiarkan.
Yang baik kian pupus manakala yang tidak baik timbul seperti cendawan.
Ianya berlaku diluar kebiasaan yang akhirnya menjadi biasa.
Jom betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-249 2018
5 Sept. 2018
25 Zulhijjah 1439H
Rabu
Hati manusia sentiasa berbolak balik dan tidak tenang...... sentiasa ada sahaja perkara yang boleh membuatkan kita merasa gelisah.
Ada beberapa tip untuk menenangkan hati kita selain doa yang utama.
1) Latih hati kita agas sentiasa menerima ketetapan dan ketentuan Allah SWT. (Bersangka baik dengan Allah)
2) Latih diri agar percaya dan menerima bahawa Allah akan memberikan kita pahala setiap kali kita diumpat.
3) Latih diri agar sentiasa bergantung kepada Allah SWT dan tidak terlalu mengharapkan manusia.
4) Latih diri agar sentiasa bersyukur.
5) Latih diri sentiasa memaafkan orang lain dan sentiasa memohon ampun daripada Allah SWT
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
#IniIbadahku
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-248 2018
4 Sept. 2018
24 Zulhijjah 1439H
Selasa
Kenapa mudah lupa?
Dalam banyak situasi, kita sering terlupa sesuatu.
Kadang-kadang ia datang dengan tiba-tiba.
Kejap ingat, kejap lupa.
Lebih parah lagi bila ia datang semasa kita berurusan dengan orang lain. Kadang kala kelupaan itu menjejaskan perjalanan organisasi. Dasar organisasi juga boleh berubah-ubah dan bercelaru bila kita lupa.
Apa puncanya ?
Kita sendiripun tak menyangkanya kerana ia terlalu dekat dengan kita. Cubalah.....
1) Kurangkan makan bawang besar.
2) Kurangkan makan makanan berempah.
3) Kurangkan makan ketumbar kering.
4) Kurangkan menonton hiburan.
5) Kurangkan membaca majalah hiburan.
6) Kurangkan ketawa yang terbahak-bahak.
7) Kurangkan minum air batu, berais dan bergas.
8) Kurangkan makan organ dalam spt usus atau hati.
9) Tidak melakukan perkara maksiat.

TITIK POSITIF HARI KE-247 2018
3 Sept. 2018
23 Zulhijjah 1439H
Isnin
Tinggalkan 5 Perkara :
1) Tinggalkan pandangan yang liar, Insya Allah kita akan tekun dan khusyuk.
2) Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescayakita akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
3) Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya kita akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
4) Tingggalkan melihat kekurangan orang lain, nescaya kita akan lebih mengenal kekurangan diri sendiri.
5) Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya kita terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan. Ini kerana akal manusia tidak mampu berfikir ke peringkat tersebut.

TITIK POSITIF HARI KE-246 2018
2 Sept. 2018
22 Zulhijjah 1439H
Ahad
Luqmanul Hakim pernah ditanya...:
" Apakah perkara terindah yang pernah kamu lihat dalam kehidupan kamu? "
Beliau menjawab :
" Ianya adalah seorang yang melihat keaibanku, tapi masih menyukaiku. "
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-245 2018
1 Sept. 2018
21 Zulhijjah 1439H
Sabtu
Kita biasanya akan membungkus hadiah yang berharga dengan bungkusan yang paling baik.
Pada fahaman kita, bungkusan hadiah yang baik memberi gambaran bahawa hadiahnya mesti yang mahal.
Namun mesej Allah berbeza.
Hadiah yang Allah nak berikan kepada kita, kadang kala tidak terbungkus dengan indah, bahkan dibungkusnya dengan masalah.
Tapi di dalamnya tersimpan sejuta keberkatan.
Fahamilah bagi mereka yang berakal.

TITIK POSITIF HARI KE-244 2018
31 Ogos 2018
20 Zulhijjah 1439HJumaat
Sesungguhnya hati manusia itu mati, kecuali mereka yang berilmu.
Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena, kecuali mereka yang beramal.
Sesungguhnya mereka yang berilmu tanpa beramal umpama seperti pokok yang tidak berbuah.
Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu, kecuali mereka yang ikhlas.
(Imam Al-Ghazali)
Jadilah orang yang jujur dengan ilmunya. Terokailah ilmu, sebarkanlah dan amalkanlah kerana ia merupakan jariah kita.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-244 2018
31 Ogos 2018
20 Zulhijjah 1439HJumaat
Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena, kecuali mereka yang beramal.
Sesungguhnya mereka yang berilmu tanpa beramal umpama seperti pokok yang tidak berbuah.
Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu, kecuali mereka yang ikhlas.
(Imam Al-Ghazali)
Jadilah orang yang jujur dengan ilmunya. Terokailah ilmu, sebarkanlah dan amalkanlah kerana ia merupakan jariah kita.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-243 2018
30 Ogos 2018
19 Zulhijjah 1439H
Khamis
"Jaga tepi kain sendirilah, tak payahlah nak jaga tepi kain orang. "
Kita sering mendengar rungutan atau respon tersebut dalam pergaulan kita dalam sesebuah organisasi, persahabatan dan masyarakat.
Bagi yang degil dan sombong, akan merasa sentap bila ditegur. Mungkin mereka tidak boleh menerimanya dengan hati yang terbuka.
Seorang kawan yang baik akan sentiasa ingat mengingat sesama kawan.
Seorang pemimpin yang baik akan memastikan semua anggota yang dibawah kawalannya berada dalam keadaan yang baik... ikut peraturan, berdisiplin, berakhlak mulia dan sebagainya.
Itu semua adalah satu tanggungjawab... kalau boleh kita nakkan semua rakan kita dan anggota di bawah kawalan kita bersama-sama masuk syurga.
Bagi yang tidak memahami taklif@tanggungjawab ini, mereka akan terus meronta dan melahirkan rasa tidak puas hati.
Ini akhirnya akan menimbulkan konflik tanggungjawab dan popular.. Biasanya pemimpin yang tidak membetulkan keadaan dan sebaliknya membiarkan salah laku anggotanya beterusan akan jadi popular. Baguslah dia ni, tak pernah ambil tahu hal orang lain. . Sedangkan sebenarnya ia adalah satu tanggungjawab yang diabaikan.
Bagi pemimpin yang sering menggalas dan cuba melaksanakan tanggungjawab tersebut akan menjadi tidak popular bahkan akan dibenci.
Inilah dunia akhir zaman..
Kembalilah kepada yang hak.

TITIK POSITIF HARI KE-242 2018
29 Ogos 2018
18 Zulhijjah 1439H
Rabu
Dalam banyak keadaan dan situasi, ada sahaja perkara yang boleh mencetuskan rasa kebencian.
Kadangkala ia boleh mengganggu perjalanan hidup dan organisasi.
Janganlah membenci kerana ia menjadikan kita sama buruknya, bahkan lebih buruk daripada orang yang dibenci.
Jadinya....
Peganglah cermin selalu untuk selalu melihat kesalahan diri sendiri, bukan memegang kanta pembesar untuk melihat kesalahan orang lain.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-241 2018
28 Ogos 2018
17 Zulhijjah 1439H
Selasa
Hati kita sentiasa berbolak balik dan perlukan pujukan yang berterusan daripada kita sendiri.
Kadang-kadang kita tidak berpuas hati dengan kekurangan. Belajarlah bersyukur.
Belajarlah untuk rasa ikhlas bila kita tidak rela atau reda.
Belajarlah taat walaupun ianya berat.
Belajarlah memahami walaupun tidak sehaluan.
Belajarlah setia walaupun banyak godaan.
Belajarlah memberi walaupun tidak seberapa.
Belajarlah mengasihi walaupun disakiti.
Belajarlah mengingati walaupun dilupai.
Belajarlah berbuat baik walaupun tidak dibalas.
Belajarlah bersabar walaupun sedang marah.
Belajarlah merendah diri walaupun rasa bangga dengan diri sendiri.
Belajar dan belajarlah sesuatu.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-240 2018
27 Ogos 2018
16 Zulhijjah 1439H
Isnin
Serpihan Yang Hilang
Dalam banyak keadaan dan situasi, kita rasa hati kita kosong. Ada sesuatu yang tak kena dengan diri kita. Tiada ketenangan. . Jiwa kita jadi kosong.
Ini mungkin menyebabkan kita rasa sunyi, sepi, gelisah, gundah gulana... stress..
Macam-macam kita buat. Ada yang memilih hiburan sebagai jalan penyelesaiannya.
Ada yang cuba mengisi kelompangan itu dengan cinta. Kadangkala cinta yang tidak hala menjadi pilihan sehingga menghampiri zina atau sebagainya.
Ada juga mengisi kekosongan hati itu dengan gelak ketawa dan berbual kosong atau buat-buat cerita.
Ada juga yang suka menonton filem, drama, main game dan meluahkan perasaan dalam media sosial.
Tapi.. .. hati masih terasa kosong.
Serba serbi rasa tak kena..
Sehingga satu peringkat, kita mula sedar bahawa pengisian hati sebelum ini adalah salah.
Kekosongan hati itu sebenarnya mempunyai bentuk yang unik. Ia tidak boleh diisi dengan sewenang-wenang dengan apa saja yang terlintas di fikiran kita. Jika tidak, sampai bila-bila kita takkan berjaya menyelesaikan kebuntuan dan misteri kesunyian hati.
Apakah serpihan terakhir yang kita lupakan itu?
Sebenarnya kita semua tahu, apakah yang sepatutnya mengisi kekosongan hati kita. Tapi kita berdegil. Tetap tak mahu isi dengan yang selayaknya. Kita paksa kekosongan itu diiisi dengan serpihan-serpihan lain, sehingga hati menjadi rosak dan mula terkoyak.
Renung-renungkanlah... Mengapakah selepas melakukan pelbagai perkara, hati kita masih rasa kosong... Boleh jadi, selama ini kita mengisinya dengan sesuatu yang salah.
KEMBALILAH KEPADA YANG ASAL.

TITIK POSITIF HARI KE-239 2018
26 Ogos 2018
15 Zulhijjah 1439H
Ahad
Bangunkanlah potensi diri. Ia akan memberi impak yang berterusan kepada anak-anak didik kita yang tahap kematangan mereka berbeza.
Gunakanlah semua ilmu dengan penuh ikhlas untuk merangsangkan perkembangan potensi anak-anak kita.
Buangkan persepsi terhadap murid bahawa mereka memang lemah dan tak boleh berjaya, dah tak boleh buat apa..ubah cara kita berfikir dan bertindak.
Allah telah pilih kita untuk terlibat secara langsung dalam bidang ini, bukan saje-saje.. PILIHAN ALLAH ADALAH YANG TERBAIK… kuasailah pilihan Allah SWT…
o Pilihan Hati belum tentu baik
o Pilihan Allah adalah yang terbaik.
Elemen penting dalam jiwa seorang guru adalah kasih sayang..
o Sayangilah diri kita.
o Sayangilah anak-anak kita, ada rasa bersalah kiranya anak-anak tak dibentuk.

TITIK POSITIF HARI KE-238 2018
25 Ogos 2018
14 Zulhijjah 1439H
Sabtu
Kaedah menarik@membina inergi dalam diri - Gosok Ke dua tapak tangan.
- Baca Bismillahirrahmanirrahim.
- Selawat ke hadrat Nabi x 3
- Tadah tangan mengadap ke muka… Pandang pada tapak tangan.
Bayangkan tapak tangan kita umpama cermin muka.. tilik dan cermin wajah masing-masing sambil menarik nafas dan lepaskan nafas..(bayangkan anda lepaskan semua perkara yg sedang membelenggu fikiran anda).
Selepas itu nak buat apa?
- Gosok tapak tangan buat kali yang kedua sehingga rasa bahangnya…
- Raupkan pada wajah sambil berdoa :
1. Ya Allah jadikanlah wajah aku baik di dunia dan baik di akhirat
2. Ya Allah, jauhilah aku daripada sifat bermuka-muka yang penuh dengan hipokrit.
3. Ya Allah, kekalkan aku dalam keikhlasan dan keabdian kepadaMu Ya Allah.
4. Ya Allah, perelokkanlah akhlak dan rezekiku sebagaimana Engkau perelokkan kejadianku.
Dan lagi... dan lagi..
Pastikan adab berdoa dipatuhi.

TITIK POSITIF HARI KE-237 2018
24 Ogos 2018
13 Zulhijjah 1439H
Jumaat
AlHamdulillah rakan-rakan.. kita telah mengharungi kehidupan ini dengan baik, dengan cemerlang sekali, dengan kehadiran dan komitmen orang-orang yang hebat sebagai penggerak masa depan generasi Mersing.
Kita telah melalui pelbagai peringkat umur. Kita pernah lalui zaman roh, zaman janin – Rahim, zaman bayi, zaman kanak, zaman remaja, zaman dewasa, zaman murid, dan zaman guru…. Kita benar-bebar faham keperluan di semua peringkat.
Namun....
Di celah-celah kerektor, ada watak tersendiri, ada rendah diri sendiri, ada ego sendiri… dan sikap itu perlukan perhatian kita sendiri sebenarnya..
Tilik dan nilailah melalui cermin diri dengan iman dan ihsan kita…. Bukan nafsu..

TITIK POSITIF HARI KE-236 2018
23 Ogos 2018
12 Zulhijjah 1439H
Khamis
Kita sering bersedih jika kita kehilangan sesuatu. Besar atau kecil hanya yang pernah melaluinya yang mengetahuinya.
Jangan bersedih jika kehilangan sesuatu, mungkin jika memilikinya akan lebih besar kesedihannya.
Allah SWT sahaja tahu yang terbaik.
Redalah dengan ketentuan Yang Maha Pencipta.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-236 2018
23 Ogos 2018
12 Zulhijjah 1439H
Khamis
Jangan bersedih jika kehilangan sesuatu, mungkin jika memilikinya akan lebih besar kesedihannya.
Allah SWT sahaja tahu yang terbaik.
Redalah dengan ketentuan Yang Maha Pencipta.
#1TP1H
#IbnM
#MersingHebat
#KekalPositif
Langgan:
Catatan (Atom)