* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

SALAM AIDIL FITRI 1441H

Pendidikan Holistik Johor - Mengoptimumkan Potensi, Memaksimumkan Keberhasilan

Hala Tuju PPD Mersing

Hala Tuju PPD Mersing
Selasa, 30 Januari 2018

INSTRUMEN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT-PENILAIAN KENDIRI SEKOLAH

Reaksi :  
PELAKSANAAN PENARAFAN SEKOLAH YANG MEMBUDAYAKAN KBAT DI BAWAH INISIATIF #20 – PENILAIAN KENDIRI

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa di bawah Pelan Perancangan Inisiatif #20 PPPM : Pembudayaan Kemahran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Dalam Pembelajaran Abad Ke-21, pentaksiran kendiri KBAT merupakan salah satu aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh semua sekolah di seluruh negeri.

Pelaksanaan pentaksiran kendiri KBAT bertujuan memastikan sekolah:

i. melaksanakan KBAT secara menyeluruh meliputi aspek yang dinilai.
ii.membudayakan amalan Professional Learning Communities (PLC) untuk meningkatkan profesionalisme guru dalam KBAT.

Instrumen Standard Penarafan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Penilaian Kendiri Sekolah yang dihasilkan oleh Jawatankuasa Penarafan KBAT digunakan dalam pelaksanaan pentaksiran kendiri seperti berikut:

i.Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan – Penilaian Kendiri Sekolah
ii.Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) – Penilaian Kendiri Sekolah
iii.Kokurikulum - Penilaian Kendiri Sekolah

Sehubungan itu, kami memohon kerjasama pihak tuan untuk memastikan setiap sekolah (Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah) dalam daerah tuan melaksanakan penarafan kendiri dengan menggunakan ketiga-tiga instrumen di atas, kecuali sekolah yang telah melaksanakan penilaian kendiri pada tahun 2016 seperti di Lampiran 1. Semua instrumen penilaian kendiri sekolah tersebut boleh dimuat turun melalui Portal Jabatan Pendidikan Negeri Johor. Bersama-sama ini disertakan juga prosedur pelaksanaan penilaian kendiri sekolah seperti di Lampiran 2 untuk rujukan pihak sekolah.

Pihak tuan perlu menghantar Skor Kelayakan penarafan yang diperolehi dari setiap sekolah dalam daerah tuan kepada Pegawai Meja KBAT di JPNJ pada atau sebelum 28 Februari 2018. Sila hubungi En Junit bin Yasir, Penolong Pengarah Sains di talian 019-7351360 / 07-2310172 untuk sebarang pertanyaan. Kerjasama tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

LAMPIRAN
 Instrumen Penilaian Kendiri KBAT (KOKURIKULUM) 2017 (-- Sila Pilih --)
 Instrumen Penilaian Kendiri KBAT (PdP) 2017 (-- Sila Pilih --)
 Instrumen_Penilaian_Kendiri_KBAT (Lain-Lain)

0 komen ::

Catat Komen