* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Jumaat, 19 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-19 2018 - 19/1/2018 2 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-19 2018 - 19/1/2018
2 Jamadil Awwal 1439H

SABAR ANUGERAH TERINDAH

Kenyataan hidup di dunia yang penuh dengan ujian, musibah dan cabaran sebenarnya menuntut kita semua untuk mempersiapkan diri dengan bekalan yang ampuh iaitu sabar. Allah SWT telah mengingatkan kita tentang hakikat kehidupan di dunia yang tidak sunyi daripada ujian dan musibah. Saban hari kita juga dihidangkan dengan pelbagai berita musibah dan ujian yang terpaksa dihadapi oleh ramai manusia di sekeliling kita seperti kekecewaan, kehilangan, kemalangan, kematian, dan pelbagai kerenah manusia. Tambahan lagi berlaku konflik nilai dalam hubungan sesama manusia dalam sesuatu organisasi atau masyarakat. Konflik nilai dan etika juga boleh berlaku antara pemimpin dan yang dipimpin.
Kita balik kepada perkara pokoknya, iaitu cabaran dan ujian Allah SWT hanya berikan kepada orang-orang yang terpilih…. Allah sendiri yang pilih.
Kesabaran amat penting. Allah janjikan sesuatu yang lebih besar, bila kita sabar.

Hikmah Sabar :
  1. Kesejahteraan, rahmat dan hidayah.
  2. Penghapusan dosa.
  3. Ganjaran pahala tanpa hisab.
  4. Kelayakan untuk tinggal di Syurga.
Be patient  + seeking for forgiveness = peaceful mind.
Dunia akan damai bila ramai orang yang melestarikan sabar dalam diri mereka.
Dan….kiranya tak ramai orang yang sabar, tidak salah kiranya kita yang ada ni, jadi minoriti.

Bak lagu Michael Jackson "Man In the Mirror";

"If you wanna make the world a better place
Take a look at yourself and then make a change"

Mulakan dengan diri sendiri.
Tenang seadanya.

#MersingHebat

#MengupayakanOrganisasi

0 komen ::

Catat Ulasan