* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Isnin, 29 Januari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-29 2018 - 29/1/2018 12 Jamadil Awwal 1439H

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-29 2018 - 29/1/2018
12 Jamadil Awwal 1439H

INSAFI KESILAPAN DAN DOSA

Manusia tidak terlepas daripada dosa dan kesilapan, syaitan suka dan gembira bila kita berterusan melakukan kesilapan, apa lagi kiranya kita terus berdabik dada dengan dosa atau kesilapan yang dibuat, ataupun terus menegakkan benang yang basah dengan penuh rasa keegoan… dan rasa diri sentiasa betul.

Jom kita buat syaitan sedih… jadikan dosa dan kesilapan yang lalu sebagai titik tolak kepada keinsafan lalu bermotivasi dengan menggandakan amal kebaikan, betulkan kesilapan dan merendah diri.

Sesungguhnya, menyedari diri berdosa, akan mampu mengelakkan diri daripada penyakit riya’ (menunjuk-nunjuk), ‘ujub (kagum dengan diri sendiri), sum’ah (suka memberitahu orang lain amal baiknya) , takbur (sombong) dan sifat munafik.(bermuka-muka)

Jauhi syaitan dalam diri kita, perbaiki sikap bermula daripada hati.

#MersingHebat

#MengupayakanOrganisasi

0 komen ::

Catat Ulasan