* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 24 Februari 2018

TITIK POSITIF HARI KE-54 2018 23 Februari 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-54 2018
23 Februari 2018
7 Jamadil Akhir 1439H
Jumaat

Maaf kerana agak lewat kongsikan 1TP1H...
sepatutnya cerita semalam ni.. 

Kali ini Si Kerdil kongsikan nukilan sahabat yang boleh kita sama-sama ambil pengajarannya. (Kamarul Ilmar) 

“勇気” Yuuki
Berani

Corak individu yang mempunyai bakat, idea, motivasi, semangat, komitmen, passion dan yang cuba mengubah diri di Malaysia ini, banyak antara mereka menunggu diri untuk di ‘scout’ atau dipilih bagi merealisasikan impian mereka.

Hakikatnya, peluang sebegini amatlah tipis untuk diperolehi. Orang yang anda harapkan untuk memilih mungkin sibuk dengan urusan mereka dan sering terlepas pandang bakat anda.

Cara yang terbaik untuk mencapainya, keluar dari kepompong ‘menunggu’, pilihlah jalan kepada ‘berani’. 

Berani untuk berdikari dan melaksanakan impian anda. Tak perlu menunggu orang lain. 

Mungkin pada awalnya niat baik kita akan dirasakan jengkel oleh orang sekeliling. Mereka jengkel kerana mereka tak biasa dengan perubahan.

Namun sekiranya kita terus istiqomah, insyaAllah orang akan lali dan menerimanya.

Kesimpulannya, jika anda mempunyai impian untuk menyumbang ke arah penaiktarafan nilai kehidupan masyarakat kita.... 

Lakukanlah!! Beranilah!! Keluarlah dari kepompong!! Berusaha sendiri!

Usah dihiraukan suara sumbang yang cuba memperlahankan atau mematahkan semangat anda! 

Bisikan harian motivasi kepada diri sendiri...
Yuuki wo dase! (Beranikan diri!)

Kamachan

#IbnM
#MersingHebat

0 komen ::

Catat Ulasan