* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Selasa, 6 Mac 2018

4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD 2018)

Reaksi :  
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA) akan menganjurkan 4th International Conference on Teacher Learning and Development (ICTLD 2018) pada 14 hingga 16 Ogos 2018 bertempat di Hotel Royale Chulan, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Persidangan ini bertujuan untuk menyediakan satu platform bagi pengamal pendidikan, pembuat dasar dan warga pendidik dari seluruh dunia untuk berkongsi amalan terbaik, kepakaran dan penyelidikan dalam bidang pendidikan guru, dengan tema "Sharing Visions in Changing Times: Developing Transformative Pedagogies".
ICTLD ke-4 2018 akan membincangkan amalan-amalan pedagogi untuk memenuhi permintaan dan keperluan EDU 4.0 pada abad ke-21.
Objektif persidangan ini adalah seperti berikut:
  • berkongsi kepakaran dan pengetahuan tentang pelaksanaan pendidikan guru dalam kalangan pengamal pendidikan;
  • menjana amalan pedagogi terbaik dan inovasi terkini dalam pendidikan guru berdasarkan penyelidikan;
  • menghasilkan dan mengukuhkan jaringan dan kerjasama dalam penyelidikan pendidikan guru;
  • menjana aspirasi pembelajaran sepanjang hayat.
Kami mengalu-alukan penyertaan dan pembentangan daripada para pengamal pendidikan, pembuat dasar dan warga pendidik untuk berkongsi dan bertukar pengalaman, pengetahuan, sumber dan penemuan penyelidikan yang memberi dorongan kepada perkembangan pedagogi transformatif.
Layari ICTLD 2018 untuk maklumat lanjut dan penyertaan dalam persidangan tersebut.
ICTLD2018
Sumber : Portal KPM

0 komen ::

Catat Ulasan