* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam melalui Mesyuarat Program Baharu Rolling Plan 3 (RP 3) Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) pada 20 Disember 2017 telah memutuskan agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) melaksanakan Kajian Indeks Keterlibatan Penjawat Awam 2018 (Kajian IKPA 2018) yang melibatkan semua Kementerian termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Kajian IKPA 2018 ini merupakan indikator persepsi dan komitmen pegawai terhadap kepimpinan dan pengurusan sesebuah organisasi. Objektif kajian tersebut adalah bagi mengukur tahap keterlibatan dan mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keterlibatan warga penjawat awam di Kementerian.

Kementerian mensasarkan sekurang-kurangnya 70% daripada warga KPM pelbagai peringkat perkhidmatan yang bertugas di semua Bahagian di Kementerian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) (tidak termasuk institusi pendidikan/sekolah) memberikan respon kepada kaji selidik tersebut. 

Sehubungan itu, semua warga Kementerian dijemput untuk mengisi Kaji Selidik Kajian IKPA 2018 KPM yang mula diaktifkan dari  15 Mac 2018 sehingga 14 April 2018 di pautan berikut:-


0 komen ::

Catat Ulasan