Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah
TITIK POSITIF HARI KE-66 2018
7 Mac 2018
19 Jamadil Akhir 1439H
Rabu
IKHLAS
1. Ikhlas itu ketika kita menyembunyikan amal soleh, sebagaimana menutup rapat keburukan.
2. Ikhlas itu ketika kita meniatkan seluruh ibadah hanya untuk ALLAH, sehingga tidak bangga akan pujian dan tidak peduli pada kecaman.
3. Ikhlas itu ketika kita dapat menolong sesama manusia, namun tidak mengharapkan apa-apa balasan.
4. Ikhlas itu ketika kita mampu membahagikan rezeki yang diperolehi, meskipun dalam keadaan terhimpit.
5. Ikhlas itu ketika kita rela mengalah dan merendahkan ego peribadi, agar tidak terjadi pertelingkahan.
6. Ikhlas itu ketika kita tersenyum melihat orang lain bahagia, walaupun kita sedang berduka.
7. Ikhlas itu ketika kita harus melepaskan sesuatu demi kebaikan bersama, sekalipun kita yang terluka.
8. Ikhlas itu ketika kita dihujani kata-kata yang menyakitkan, tapi masih terus berdoa untuk kebaikan..
9. Ikhlas itu ketika kita mampu memaafkan, tanpa perlu mengingatnya lagi dengan kebencian.
10. Ikhlas itu ketika kita membalas setitis kejahatan melalui selautan kebajikan..
11. Ikhlas itu ketika kita menerima kenyataan bahawa takdir adalah kehendak ALLAH, walau terkadang (di awal) tidak seperti yang diinginkan..
Ikhlas memang seperti surah Al-Ikhlas.. Tidak ada kata 'ikhlas' pada ayatnya, tidak terlihat, tidak tergambarkan, tidak terdengar, tidak terdefinisi, kerana ikhlas hanya akan terasa di lubuk hati seseorang yang berjaya memahaminya..
Kuasailah keikhlasan.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H
0 komen ::
Catat Ulasan