* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Sabtu, 10 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-69 2018 10 Mac 2018 22 Jamadil Akhir 1439H Sabtu

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-69 2018
10 Mac 2018
22 Jamadil Akhir 1439H
Sabtu

Mendengar daripada satu pihak maka kita akan berada dalam gelap..

Dengarlah daripada kedua-dua belah pihak ...semuanya akan menjadi terang.

Fiqh Tabayyun perlu diberikan keutamaan kritikal dalam menghadapi isu-isu era teknologi maklumat hari ini. Semua pihak perlu membuat penapisan bagi mengelak mencipta dan menyebar fitnah.
Allah SWT memerintahkan golongan Mukmin memeriksa dengan teliti berita yang disampaikan sebagaimana firman-Nya yang bermaksud:
“Wahai orang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum dengan tidak mengetahui, maka jadilah kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Firman Allah menggunakan perkataan “fatabayyanu” yang bererti “maka periksalah dengan teliti.
Allah SWT memberi peringatan supaya berhati-hati dalam semua perkataan dan tindakan yang dilakukan yang akan dipertanggungjawabkan sebagaimana firman-Nya bermaksud:
“Sesungguhnya, kami menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. (Ingatlah) ketika dua malaikat mencatatkan (perbuatannya), yang satu duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri. Tidak ada suatu kata yang diucapkan melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang selalu siap (mencatat).” (Qaf: 16-18)

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan