* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Ahad, 25 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-84 2018 : 25 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-84 2018
25 Mac 2018
7 Rejab 1439H
Ahad


Kalau kita hendak hidup bergaya,
Janganlah sampai papa kedana, 
Kalau kita hendak hidup berjaya,
Elakkan diri daripada membuat perkara yang sia-sia.

Antara perkara sia-sia yang sering dilakukan oleh kebanyakan manusia ialah membiarkan setiap umurnya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu atau bekerja atau memberi perkhidmatan yang terbaik.

Buatlah yang terbaik, hayatilah amanah jawatan dan tugas kita. Jangan sampai saat dan ketikanya kita menyesalinya kerana tidak berbuat sesuatu atau qada (ganti) kelompangan tugas yang mungkin ada sepanjang perkhidmatan kita.
Berbaktilah semaksimumnya sebelum tibanya saat akhir perkhidmatan kita.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan