* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

الإنسان يحاسب على الأفعال والله يحاسب على النيات

MEMPERKASAKAN KEPIMPINAN

MEMBINA KOMITMEN, MENCIPTA KEBERSAMAAN

TINDAKAN SE ALIM KATA

MENGUPAYAKAN ORGANISASI,
MEMINIMUMKAN KUASA DOMINASI

MENCIPTA SEJARAH, MEMAHAT TAMADUN

MEMINTAS ARUS MENCIPTA SEJARAH

ASPIRE TO INSPIRE BEFORE YOU EXPIRE

Man punishes the action , but Allah the intention

Mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan segala urusan dan tindakan kita. Sokongan dan kerjasama anda adalah satu penghormatan kepada usaha merealisasikan hasrat slogan MERSING HEBAT berteraskan kepada amalan HIKMAH, EFEKTIF, BADAR, AMANAH dan TAWAKKAL.

اللهم اجعلنا من المستمعين القول فيتبعون أحسنه

Idea dan cadangan tuan amat dialu-alukan.

SEBARANG KESULITAN DAN KELEMAHAN AMAT DIKESALI.

Sila salurkan cadangan, komen dan aduan tuan/puan ke alamat email berikut : akademikmg@gmail.com.
...................................................................................................
Isnin, 26 Mac 2018

TITIK POSITIF HARI KE-85 2018 : 26 Mac 2018

Reaksi :  
Assalamu a’laikum wrth
Salam Mahabbah

TITIK POSITIF HARI KE-85 2018
26 Mac 2018
8 Rejab 1439H
Isnin

YA YANG DICARI, TITIK YANG DINANTI.


Dalam sesebuah organisasi atau dalam pergaulan kita, samada semasa berurusan rasmi atau pergaulan sosial, kita tidak terlepas daripada berjanji.
Janji juga boleh merubah nilai kepemimpinan dan kepengikutan dalam sesebuah organisasi atau jemaah. 

Berkata Ya adalah tanda akur. Berkata Insya Allah sebagai satu janji dengan disaksikan oleh Allah SWT untuk selesaikan sesuatu tugasan dan sebagainya.

Ramai orang yang berkata itu dan ini bagi menzahirkan sesuatu ... ok, maklum dan sebagainya.

Ok itu janji.
Insya Allah itu janji.
Noted itu janji.
Maklum itu janji.
Nanti saya buat itu janji.
Maklum balas itu janji.
Ya itu juga janji.
Beres itupun janji.
Wokey juga janji.
Yalah juga begitu.

SEMUA ITU ADALAH JANJI.

Sahabat@Rakan sejati adalah orang yang dapat berkata benar denganmu, berkata benar di depanmu, berkata benar di belakangmu.... 
dan bukan hanya orang yang dapat membenarkan kata-katamu sahaja.

Setiap Ya yang dimulakan, akhirilah ia dengan titik noktah akhir (tanda selesai@siap)
Lestarikan kebenaran dalam kehidupan kita.

Cabaran ini ada di mana-mana. Setiap orang Allah SWT berikan cabaran yang berbeza.

Allah SWT nak uji kita. Sesuaikanlah, carilah penyelesaian yang terbaik.

#IbnM
#MersingHebat
#1TP1H

0 komen ::

Catat Ulasan